Tuesday, April 6, 2010

BOOK REVIEW: aA + bB by Hlovate

Judul: aA+bB
Penulis: Hlovate


Harga: RM20.00

Synopsis Belakang Buku:

Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin
Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:

  1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran

  2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

Isaid:
kalau dicomparekan dgn 5thn 5bln, aku rasa cerita ini twice lebih menarik. perjalanan hidup benz yang sanggup menagih cinta isterinya sendiri. menarik. novel dimulakan dgn addin yang sedang bercuti, terpisah dr kawan2 dan jumpa dgn aie. dari situ da terdetik yang aie tu la sbaner benz. bole bace la cite ni. seyes! tp dipertengahan selepas addin da kawen ngn benz, aie masih wujud, seolah2 die bukan benz. tp hati aku kuat kate die mmg benz. and guess what? setelah mereka boleh menerima satu sama lain, addin dpt tau yg aie mmg benz. (owh, aku mmg hebat la sbb bole baca). hubungan kembali tegang. dan benz kembali cuba memikat addin. nice. seriusly nice. maybe sbb cerita ini tentang cinta selepas kawen. itu yang menjadikan die nice. dan tidak la terlalu meleret macam 5thn 5bln. hlovate semakin matang dlm penceritaan dia. penceritaan yang bersahaja tapi mesej itu sampai pada aku. cerita yang tak terlalu meleret-leret. cuma bile part die da lepas kawen dan miscarriage tu agak bosan. maybe hlovate nk memanjangkan buku ni. menambahkan page. maybe. tapi membaca aA+bB menjadikan aku sgt teringin nk membaca tunas, cerita awal mengenai addin dan benz.

bintang: 3.0. ok la tuh.



No comments:

Post a Comment