Monday, November 24, 2014

Gadget

imbas kembali.

ameerhamza kecik2 dlu mcm2 gadget kami sediakan mcm contoh, bumbo seat, walker, harnest-kasik-die-jalan-sendrik-sumpah-aku-lupa-apa-nama-dia, tablet etc etc. yela,  anak 1st kan, lama lak tu nunggu. so segala mak nenek org kata bagus, semua la nk belikan.

but little we know that by introducing those kind of thing, sebenarnya kita membantutkan perkembangan anak2 kita. contoh bumbo seat. konon nk kasik die duduk, walhal belum masanya utk die duduk lagik tp kita paksa gak die duduk. walker, belum masanya utk die bjln lagik tp kita paksa gak sbb nk senang kita wat keje. sebab nk kita senang. utk ibubapa senang. bukan utk anak2.

bila kita paksa die cenggitu, kita membantutkan proses semulajadi utk die belajar semuanya. makanya bila proses tu terbantut, perkembangan akan lambat. aku mengaku aku salah sbb interupt perkembangan hamza. maafkan mummy hamza.

jadi, utk aqeelharraz, no bumbo seat, no walker, no whatever. explore sndrik ye sayang.

ini pengalaman aku. siapa yg bagi anak2 pakai semua tu tp anak2 takde delay, semua cepat. alhamdulillah. segala puji bg Allah. tp sila jgn bash aku.

Wednesday, November 19, 2014

FAQ: AmeerHamza Speech Therapy

Q: anak kau sakit apa sebenarnya?
A: tak sakit. sihat. cuma speech delay.

Q: Umur berapa?
A: 2thn 7 bulan

Q: la. kecik lagik nnti besar die becakap la. pastu tak berhenti. baru ko tahu.
A: alhamdulillah die bercakap tak berhenti. petah. setiap hari dari dalam perut lagik mmg doakan die petah & fasih berkata2.

Q: mana tahu die speech delay?
A: (dlm hati 'sbb aku mak dia!), erm, mother instinct. sbb vocab dia masih sikit. hanya bole ckp ma, da, nak, dah, jom, bye

Q: eh banyak la tu
A: ikutkan umur 2thn ++ dah bole cakap 2patah perkataan, macam 'nak makan' atau 'nak minum'

Q: tp aku tgk anak ko ok je sihat, main bagai.
A: alhamdulillah. die mmg tak sakit. cuma speech delay.

Q: anak sipolan sipolan sipolan dlu pun lambat cakap, tp bila dah bercakap tak berhenti2. nnti lama2 dia bercakap la tu. nk risau napa?
A: (again, sebab aku mak dia, sebb tu aku risau!) errr... *malas nk sambung*

Q: sapa kata die speech delay?
A: aku pegi 3speech therapist. 1 private. berbayar. 1jam rm200. die diagnose perkembangan tahap 1:6years. pastu bawak pegi IIUM Speech & Hearing Clinic. diagnose lebey kurang jugak. sbb jauh, refer ke UKM. pun kata speech delay. ciri autism kurang, tp masih bawah pemerhatian. (3speech therapist. nampak tak aku risau pasal anak aku? nampak tak? nampak takkk!)

Q: apa yg die ajar sbaner? die ajar bercakap?
A: die ajar mcmmana kita nk ajar anak kita bercakap. aisehhhh.

Q: kenapa sibuk2 hantar terapi? nk sgt anak austis ke?
A: (sbb aku sayang anak aku sbb tu aku sanggup anta terapi). sbb early intervention tu kan penting. kalo die bukan autis, alhamdillah. kalo ye, kite dah bersedia. aku tetap sayang dia. jgn terlalu dalam denial mood bole? bukak mata tu.

ok, nnti ade masa aku tambah. stakat ni inilah soalan2 yg selalu org tanya kat aku.

Tuesday, October 28, 2014

Speech Delay

AmeerHamza is almost 2:6years old today. and yet to speak.

speech delay.

to be honest, aku dah lama perasan yg anak aku tak mahu bercakap sgt. setakat da,
dada => daddy.
ma => mummy
nak
jom
tak
bye

itu je. sebelum bersalin aqeelharraz, hamza nk jugak sebut 12345. siap record lagik. setiap malam b4 tido aku akan ajar die sebut. tp lepas harraz lahir, well, nk kata perhatian kurang, tak jugak sbb makin manja si hamza. cuma masa kurang la. tak sempat nk ajar die 12345 balik.

pantang kat umah mak. daddy lak balik seminggu 2x.

hamza makin kurang bercakap. mumbling selalu la. baby talk.

lama aku pendam napa hamza tak bercakap2. sampai la satu hari tu kiterorg bawak pegi chatterkidz therapy. utk evaluation. time tu hamza 2.4 years old.

evaluation by freelancer speech therapist. die kata hamza lambat dlm 8bulan. sbb perkembangan dia di takat 1:5 years old.

tak puas hati ngn freelancer tu. kiteorg bawak pegi IIUM Speech & Hearing Clinic. kat kuantan. jauh gile!

Highly recommended. Bukan sbb aku staff uia tp sbb mmg bagus. 

The way the therapist n audiologist handle hamza mmg buat hati rasa senang sbb derang sabar. Ikutkan aku sndrik tak sabar camtu.

Registeration fee:
Iium staff: rm5
Non iium staff: rm30

Sekali tu je bayar, lepas tu free sampai sudah.

The downside, jauh gile nk mampus kot kuantan tu! So audiologist cadangkan refer hamza ke ukm (bukan hukm ye).

Nnti aku share ukm plak. 


orang kata kite tak menyabar nk anak ckp cepat2. karang kalo dah cakap, tak berhenti. tp kami parents die, kami lebih tahu. aku risau sgt2. 

speech delay adalah tanda besar autisme ok! alhamdulillah, 2therapist kata, tak bukan autism cuma speech delay. alhamdulillah sgt2.

tho hati ibu, aku cukup runsing bila hamza masih tak bercakap lagik. die suka flapping hands, die suke pusing2 mcm helicopter. all the small2 things mmg buat aku risau. last time die susun kereta panjang2. tp sekalik tu je la. bile aku ckp ngn en suami, kiteorg wat experiment, takde lak panjang2.

atau aku terlebih risau? ok. mak mana tak risau woii?

oh ya, hamza dah start therapy kat ukm, setiap hari rabu. br pegi sekali. esok ada lagik. utk ukm, aku share nnti next entry.

da. nk solat pastu amik hamza pastu amik harraz pastu balikk!