Wednesday, October 26, 2011

Muntah

muntah tu macam dah sebati. makan, diam kejap dalam 20min, muntah. kuar semua yg makan.

mlm semalam, muntah, yg menyakitkan, tak tahu sbb keadaan muntah yg buat sakit kot? duduk kat jamban duduk sambil muntah kat lantai. keluar sampai makanan lunch. coney dog A&W. menjilat jari? tak. sakit, berbanding muntah kat sinki. tp ketidak laratan utk berdiri, terpaksa muntah dalam toilet. dan seperti biasa, sewaktu en suami sedang enak/mahu makan. kesian dia.

tak. sumpah aku tak mengeluh. utk anak, apa sahaja aku sanggup. cuma, mengenangkan hari ini terpaksa masuk ofis (nk mc, thn ni terlalu byk mc. nk cuti, bos dah warning tak boleh cuti. dan aku mcm wtf?)

takut. nk makan solid food. serius takut. tp kalau tak makan, badan lemah. kalau tak kesian kat diri sndrik, wajib kesian dekat baby kan? dilema.

mereka kata, sampai 4bulan je. insyallah, semoga lagi cepat dari itu morning sickness ini berakhir. owh, perlu mengadu dekat doc selasa ini. walaupun aku tau jawapan sarcastic itu "nk anak kan, u sabar je la sikit sayang."

ouch.

dan lunch arini, bliss satu botol kecik. owh sangat bliss!

dear bos, since u tak bagi i amik cuti? i nk mc i takut record i buruk, i tido je la kat surau bole? :P

4 comments:

  1. ak ah sampai 3-4 bulan je slalunye. insyallah kalau mcm2 simptom awal2 dah kena, insyallah nak beranak pun senang. kazen aku mengandung dari awal bulan takpenah muntah, pening, penat, takrasa ape2, boleh buat keje lasak2 mcm biase. jakgi dah nak beranak, susah gila..sampai dah nak overdue, org semua ckp kat dia, tu la tuhan dah bg senang masa mengandung, masa beranak pulak yg payah...insyallah aku doakan semua2 ni tak lama and ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  2. tula. berat aku turun 4kg. dan yg bestnye, doc tak marah pun. die kate takpe, makan je, muntah je. sbb the worst ur morning sickness, the healthier the baby shall be.

    ReplyDelete
  3. btol..sebab it means that badan ko punye hormon semua cukop utk bantu baby membesar..tapi tak semestinya gak org yg tak morning sickness tu die tak cukop khasiat ke apa..kazen aku tak morning sickness tu, nak beranak je la susah. last weekend aku dtg tgk, mak oi gedebab betol utk budak 2 bulan, dah boleh dukong sesuka ati mcm dukung budak 6bulan.

    ReplyDelete
  4. i skang ngan MS la nih..MS sepanjang hari...ai sanggup melukut di tepi mangkuk tandas.... T_T

    ReplyDelete