Wednesday, May 30, 2012

Susu Ibu

breastfeeding, aku berani bet itu idaman setiap ibu2 baru.

ye la, sape tanak bagi anak susu sndrik? paling bagus adalah susu sendrik. kan?

susu ibu byk khasiatnya, mudah hadam, beri antibodi dekat baby. yada yada yada.

hospital langsung tak galakkan penggunaan susu formula. paksa bagi susu ibu. kalo takde susu, amik pil tambah susu. takde jugak, hah, minum formula, tp pakai cawan.

waktu anak aku warded sbb jaundice, time tu umur dia baru 3hari. dan dia dah terbiasa dgn susu formula, ye la aku ceaser, nurse dekat kohilal dah bagi die formula, pastu plak, susu aku tak banyak. takkan nk biar die lapar? formula la jawapannya.

ok, berbalik kepada jaundice tu, balik je tg malim, baby disahkan jaundice. pdhal aku br je kuar hospital semalamnya (day 2). mental aku tak bersedia lagik utk masuk hospital. tp, sbb baby jaundice, warded jugak dekat hospital slim river. dan malam itu adalah nightmare. sgt!

sampai2 je hospital, baby tak berhenti menangis. dibogelkan dan diletakkan di bawah phototherapy. kalo aku kate anak aku tak berhenti menangis, aku rasa ramai tak percaya. dia cuma berhenti menangis bila aku bawak kuar dari phototherapy tu dan peluk dia. time tu anak aku diam. letak balik dalam bekas tu, dia tak berhenti menangis. sejuk gamaknya. kaki dan tangan anak aku biru jadiknya sbb sejuk. dan dgn bodohnya aku (well, ibu baru), aku tak terfikir utk pakaikan booties dan mittens. sbb kate nurse, tinggalkan pampers saje. dan dgn bodohnya, aku tinggalkan pampers saja.

aku tak tidur langsung malam tu. bayangkan. sekejap2 terbangun, sakit ok bangun duduk. sbb pakai otot perut. br 3 hari lepas operation.

dan aku skeptikal dgn hospital kerajaan. nurse cam hampeh. anak menangis, lantak la. tp ada gak yg baik. dtg tgk, dan bila aku kata anak saya sejuk nurse, kesian dia. nurse cakap, pakaikan booties dan mittens. owh bole? tadik nurse tu kata, pakai pampers je? owh, bole la, dah dia sejuk. takpa.

ok, otak aku terus kata, bodoh la kau, nurse pertama! tak nampak ke anak aku kesejukkan, menggigil2 dia.! aircond dah la melampau, aku pun sejuk! mmg la bawah phototherapy tu patutnya panas, tp kalo tul la panas, asal anak aku tetap menggigil?

berbalik kepada susu ibu. susu aku takde. anak aku lapar. lapar sgt2. terpaksa dia hisap susu yg takda. dan menangis lagik la dia. bole minum formula, tp hanya formula yg hospital provide, dan minum pakai cawan. bayangkan, anak aku umur 3hari minum pakai cawan. didudukkan dan diberi minum pakai cawan? terpaksa, sbb aku sedar diri aku takde susu. dan anak aku lapar. terpaksa.

makin malam, makin sejuk susu tu, makin sejuk anak aku, makin lapar dia. dan susu aku tetap degil, tanak kuar banyak. anak aku tak berhenti menangis, aku dah nk jadik gila, tatau nk wat camna. pegi stesen nurse, derang takde. pegi stesen susu. susu dah sejuk, terpaksa bagi jugak baby minum. dia lapar. aku tak tidur langsung. baby meniarap dalam phototherapy, tp 30min aku pusingkan, sbb nnti dia panas. dan tak berhenti tepuk bontot dia kasik dia tidur. tp, bila menelentangkan dia, dia terus menangis.

menangis, sbb sejuk
menangis, sbb lapar.

dan aku pun menangis,
menangis, sbb baby menangis.

sanggup kau tgk anak kau umur 3hari tak berhenti menangis?

mcm nk gila aku. peluk anak, mintak dia berhenti menangis, sambil aku sndrik menangis.
sambil rasa nk koyak2 je breast tak guna ni sbb takde susu.

owh, jgn kata aku meroyan, malam tu aku baca ayat kursi, mathurat tak henti2. walaupun aku dalam keadaan kotor, sbb aku risau anak aku menangis sbb benda lain.

tp dia tetap tak henti menangis. berhenti sekejap sbb penat dan terlena. terjaga, terus menangis.

pujuk baby, baby, bagi mummy tido 15min je sayang, 15 min je sayang, bole la manja.

maybe sbb kesian dekat mummy, dapat jugak la tido 15min setiap jam. ah tipu setiap jam. aku rasa aku tido cam tak tido je. satu sbb anak aku mudah tersedak, jadik aku tak tido perhatikan dia.

berbeza dgn kohilal. kohilal biarkan aku berehat. dan mereka yg jaga baby.

tp ini, ah, terbalik dunia pun lantak la, anak kau, kau uruskan. kau operate ke normal ke, rahim terkoyak ke, anak kau, uruskan. kami nurse hanya akan buat2 rajin bila sister datang. (ok, statement ini mungkin akan buat setengah2 org marah, tp hey, ini pengalaman aku. mungkin kowang tak rasa. good for you)

esoknya, abang pagi2 dah datang. bagi ubat tambah susu. bengkak breast aku, still susu tetap tak bnayk. nurse kata mungkin sbb tak urut lagik. ok, maybe.

discharge, tp terpaksa amik darah setiap hari. sanggup kau tgk tgn anak kau yg mmg biru (sbb kecik sgt darah tak berapa cukup-kata paed) jadik hijau sbb asik amik darah? owh, lupa nk bgtau, anak aku menangis dgn jayanya dekat hospital. sakit cucuk mungkin.

tp alhamdullillah, sekarang baby kurang menangis, mungkin sebab dah menangis teruk dekat hospital?

balik umah, susu masih tak kuar. baby mengamuk setiap kali aku breastfeed. sbb tak cukup, sbb lapar. pdhal breast bengkak. aku perah pakai tgn, kuar la titik2 je. pam plak tertinggal kat kl. so abg belikan manual pam.

sakit gila pam manual. still tak kuar. abes kuat pun 1/2 oz je. sikit. sgt. walhal breast bengkak dgn jayanya.

aku berhenti amik pil tambah susu. tp aku tetap pam, dan perah. tp masih sikit.

arini genap 3hari berurut. tukang urut kata, mmg aku takda susu. maybe sbb lambat urut? mmg takda rezeki baby. bukan aku tak usaha, setiap hari aku perah, aku pam, kuar la 1/2oz, paling byk.

aku makan ubat tambah susu sampai bengkak2.

aku berurut bagai. aku bertungku bagai, walhal patutnya ceaser tak perlu wat sume tu.

jadi aku paling hangin bila ada suara sumbang kata, susu ibu paling bagus, breastfeed kan baby, bukan aku tak usaha.

dan paling paling marah bila ada yg kata, ubat ada tanak makan.

apa motif makan, bengkak tp stil tak kuar. bengkak breast sakit ok. dan menjadikkan aku kurang bertenaga. mengantuk.

ya, ya, susu ibu baik. bukan aku tak mahu bagi baby susu ibu. dan mmg bukan rezeki dia. setiap hari aku pam. aku cuba. dah mmg bukan rezeki baby, rezeki dia susu lembu.

aku redha.
anak aku redha.

mak aku faham.
tukang urut pun faham.

kenapa yang lain tidak?

jadik, cukup2 la salahkan aku tak bagi susu ibu dekat anak aku.

anak aku.
mesti aku nk yg terbaik utk dia.

bodohla aku kalau tidak.

24 comments:

  1. Dulu kan, my SIL seminggu lepas dia beranak baru susu banyak. Seminggu tu jugak la anak dia minum formula. Even tak banyak, dia suruh jugak anak dia hisap (dlm keadaan tak berapa lapar) untuk encourage penghasilan susu. Lama2 susu dia makin banyak. Sekarang dah melimpah ruah sampai tak terminum pulak.

    My point is, u jangan give up lagi ok? U can try lagi, but dont force yourself. Mesti ada satu menda yang u makan kan boost susu u. Like my SIL, easy for her sbb milk booster dia cuma air kosong. I hope u akan jumpa yours soon.

    My MIL pernah bagi extract surah Quran untuk perbanyakkan susu. I will ask her tapi I cant give u now. Dia tgh holiday kat oversea. Bila dia balik nanti, I tnya n will let u know k. Pedulikan apa orang nak kata sebab u tau apa yang terbaik untuk anak u. Be strong ok?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks yanie. nnti kalo ur mil dah balik, tolong tanyakan ye. thanks

      Delete
  2. Takper dear. Org hanya boleh ckp sbb mgkin dia x merasainya. Jgn stress. Jgn down. Bak kata mmber kat twitter, "susu formula bukannya racun".teruskan pam dan pam. Bagi jgk baby hisap walaupun takde. Just utk rangsangan, buat jer. Jgn berhenti pam. Mmg ada sesetengah org susunya lambat sgt keluar. Mar sampai skrg pun bila pam, titik jer kluar. Kena tggu lamaaa baru penuh botol. Kdg 1oz pun x sampai. Tapi ttp jgk pam dan simpan sbb nk rangsang breast. Mmg
    stress tp nak buat mcm mana, perjalanan x semudah org lain.

    Jgn give up ok. Be strong. Pedulikan kata2 org. *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, thanks. tu la. sapa kata formula tu racun. aku dlu membesar pun minum susu lembu ape. sihat wlafiat je. alhamdulillah

      Delete
  3. Strong dear...pohon pada Allah utk permudahkan urusan sebagai ibu...kami sebagai mama to be pun faham...yg ptg jgn pedulikan org lain yg mengata sbb bukan mereka yg melaluinya...tabah ye...keep it up utk teruskan urutan dan manual pam susu setiap ari...insyaAllah, Allah permudahkan niat baik kita untuk insan tercinta yg baru lahir di dunia...aminnnnnnn :D

    ReplyDelete
  4. letak sket buah kundur dalam air bagi baby minum..kak ipar noora orang jawa,dia yang amal petua ni..cepat anak hilang jaundice..pastu jangan sedih pasal susu tu k,my sis semua xbagi anak susu badan sebab xde,bagi susu formula je..janji baby xlapar dan membesar dgn baik...psstt...nurse tu memang banyak lemak eh..geram lak bila baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. janji baby tak lapar dan membesar dgn sehat. alhamdulillah.

      kan, geram kan ngn nurse tu

      Delete
  5. be strong dear..bia la org nak kata apa.memang sakit untuk kita telan.tapi kena tahan jugak.
    sy dulu pun mcm tu jugak.mula-mula susu memang macam tak ada.dah la GH tu hospital rakan bayi.FM mmg diharamkan terus. unless, desperate sgt and nurse je boleh bagi.Masa dorang bg bby Alya kat sy, MIL and mom suh bg je breast. Bia dia isap. Memang nampak mcm tak keluar, MIL siap picit nipple sy smpai sakit mcm nak tendang orang je. still tak nampak susu kua pun. Dia siap cakap, mak dulu susu kua memancut2. TIPU! Sy g antenatal class, doc kata colostrum sgt pekat n picit tak kn terpancut. Macam-macam dah org duk kata. Diri dah separa stress. Called doc yg bg talk masa antenatal class tu. Dia pesan jgn stress sbb bleh effect milk production. Sy cuba kawal diri. Tp still, susah kot.
    Bila dah balik rumah, saya cuba pam breast yg bengkak. Susu tak keluar. Seriously sakit. Berair mata. Lama-lama, cuma buang sgala stress, pam, then bia je anak isap even macam tak keluar susu pun. Bia dia ngempeng lama-lama sampai sakit segala urat saraf, sampai terbukak wound ceaser ni. T__T
    Pam, dapat mcm S la..skit sangat2.. tapi, gigih jugak tanak give up.now, Alhamdulillah, each session dpat la 3oz. Memang la sikit if compared dgn mommies lain yg boleh dpt smpai berbelas oz. Tapi tak apalah, lama-lama nnt byk lah.. fikir mcm tu dlm kepala..
    Dear S, pls dont give up ok. and jgn amek port apa org keliling kata. bukan dorang rasa apa yg kita rasa. Kan?
    ** Ehem, mmg some nurses ni macam *&%&%^ je. Sy dulu pun sama la. Syukur ada sorang ni baik sgt. Tgk saya xdpt tidur duk kendong anak kehulu hilir sbb nanges, dia tlg jagakan sekejap so that sy dpt tido.
    And lagi 1..my bby Alya pun minum FM jugak. Campur ngan susu ibu. Sebab susu ibu dia tak meriah sgt mcm org lain. Alhamdulillah, even 0.5 oz pun..still ada rezeki utk anak2 kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula. sehari dapat la 0.5oz. tupun kadang2 baby minum tumpah2 takde ape yg tinggal.

      tape, fomula pun formula la. yg penting dia membesar dgn sihat. amin

      Delete
  6. well s... i have similar story with u... tak sempat nk update. bayangkan me with 2 babies? last2 terpaksa bg fm jugak. masa kt hospital mmg nightmare la... sian kt babies dibuat camtu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. mmg nightmare kat hospital. nurses cam dah takde perasaan tgk babies menangis. maybe sbb hari2 mengadap crying babies kot.

      tula, tak salah bagi fm. yg penting die sihat

      Delete
  7. isk, geram pulak baca story sal nurses tu..anak saya kena jaundice tinggi jugak, memang saya xbenarkan baby masuk ward..sbb xsampai hati nak biar baby menggigil bawah lampu tu..memang ikhtiar sendiri je macam mana nak turunkan bacaan jaundice baby masa tu..alhamdulillah, selepas beberapa hari memang bacaan turun kepada normal..syukur sangat..

    sal susu ibu vs fm tu, saya dapat susukan baby saya sampai dia 60 hari je..itupun dah mix fm dah..bukan sebab susu xda, tapi sebab anak refuse DF..so, lama-lama susu kering macam tu je walaupun dah amek milk booster, pump utk stimulatekan..tapi tetap xda rezeki utk baby..skrg baby dah nak masuk 4 bulan..memang fully fm dah..

    mula2 memang stress sebab xdpt berikan yg terbaik utk anak..smpi skrg pun masih stress kalau ada yg bertanya sal susu ibu ni, huhu..dah buat mcm2 nak bagi baby nak DF, tapi memang bukan rezeki saya dan baby..xpelah, fm pun susu jugak..ada jugak yg minum fm masa baby berjaya dlm hidup..

    sekurangnya, kita dah usaha nk berikan yg terbaik utk anak kan?bukan semua org diberikan rezeki yg sama..nasihat saya, lebih baik S nikmati saat2 bersama anak semasa dia masih bayi ni..nanti rasa cepat je anak membesar..so, enjoy ur life with ur princess ye, dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... tak salah bagi formula pun. yg penting baby sihat dan membesar dgn sihat.

      errr.. btw, anak saya lelaki. hehe

      Delete
    2. hahahahaha....kan dah silap..hehehe..sory ye dear..dok baca blog Hikari dpt girl, lupa baby awak boy..sory ye..

      Delete
  8. at least you tried. tak salah pun bagi fm. mana ada ibu yang langsung takberusaha untuk bf. kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. i cuba. semalam urut lagik sekalik. sakit gile. tp tukang urut ni pun kata, susu dah tak ada. skang tgh minum jamu nk banyakkan susu. bahana dia, sembelit.

      takpe, utk anak, takpe

      Delete
  9. sy fhm ape yg u rasa...sy pun situasi sama mcm u...tp sampai skang msh ada mulut longkang perli2....even dah pergi berurut segala bagai makcik tupun dah tak tau nak ikhtiar mcm mn...tak sangka boleh kering mcm tu jer.....kalau pump mmg sakit...then anak kena sakit mcm2 ms dalam pantang...mn nak pk...badan dah tak kuat anak asyik nangis...ada yg sound suruh sy bertaubat lg....sy akui kelemahan sy....tp mmg susah nak tutup mulut org...yg mn tak perlu pam tp mencurah2 keluar dgn bangga dan mendabik dada...dia tak kena part mcm kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. derang tak rasa, sbb tu derang tatau. pelik kan, camne bole kering pun tatau.

      erm, i try pam lagik, sakit gila, hasil tak sampai 0.5oz pun. sakit jgn kata, tp takpe, bagi gak baby minum

      Delete
  10. aku takleh komen sgt sebab takpernah ada pengalaman, tapi aku ade kwn2 yang exclusive bf anak, aku tanyekan eh nanti mcm mana nak solve prob ko ni.
    sbenanye mase pgnant tu kwn2 aku dah urut2 breast&nipple (kate diorg la) so susu senang keluar lepastu ada yang makan herba2 mcm fenugreek, habbatussauda mase pgnant utk bagi susu banyak. maybe it works for some women,maybe ada yang tak. tapi itu masa pregnant lah, kot lepas bersalin baru buat taktau menjadi ke tidak but u can try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku amik gak harbatussauda. kunyit, bla bla bla. tp tula, sikit sgt kuar, lm .5oz je.

      takpe la, at least aku cuba. dan .5oz tu mmg anak aku minum tul2 la.

      tp kalo datang angin nk menyakat anak, aku selamba je bagi breast kat die suh die isap time die lapar. merengek2 die mintak botol. hehehe.

      Delete
  11. Pengalamn ak sebagai suami rasa nak menangis...

    Istri slmt mlhirkn baby boy 30/10/2017 harini dah masuk 5 hari ,hari ptma mlm tu di wad hkl. Istri ak mmg susu ade tp xnk kluar dengn bnyk.baby isap x knyg.klu picit pkai jari nmpk kluar skit je.tu pon kne tkn kuat. Baby isap tenaga pon x kuat nk isap kuat2 .mlm tu bby nangis je manjang bni dok call tataw nk buat cmne.bgtao nurse dorg marh2 npe x bg susu badan.bni ak dah bnyk kali bgtao susu kua skit.dorg ni kje nk marah org tp xde jalan pnyelesaian.spottnye ko nurse bg la support mental skit kat mak2 kt sni..ad yg ank petama mcm ak..mmg zero hbis.bby ngis dorg g tolak d blik bg susu fomula kot.nurse tolak blik ke katil bby dah snyp tdo sbb knyg.. smlm n hrini bby dah kne kuning..smlm bcaan dia 247 harni 286 esoo kne g cek lagi.. skng ni bni ak dok pam je susu skit2 bg kua ltk dlm botol wlopon hasilnye skit sngt. X knyg baby.. ak belikn susu fm untuk stndby bile nk isap susu x kua..baru dua kali bg kt baby..ak tmgok bni ak ksian sngt smpai ak pon ngis tnegok dia pnye semangt.. spe2 ad petua hilngkn kuning ank x?? Nk hrpkan susu bdn x bnyk klua.org mngurut pon blum ad masa nk dtg..

    ReplyDelete