Thursday, September 20, 2012

Bertiga tapi Berdua

harini adalah kali pertama sambut birthday bertiga, tapi masih berdua, sbb daddy jauh di perantauan.

okeh. sgt tidak best.

ditambah pulak dgn suara yg serak2 basah ni. sexy la sgt. badan sakit2. tekak sakit yg amat, badan seram sejuk, kepala sakit.

yet, aku bersyukur ya Allah masih bernafas dan bernyawa. alhamdullillah.

ok, jom cite pasal malam tadik.

hamza melilau2 carik daddy, dah tido pun bgn balik sbb die tahu daddy kalo balik lambat pun akan tetap balik dan main dengan dia dan dia akan gelak2. ok, mummy tak bape pandai sgt wat hamza gelak compared to daddy. melilau carik daddy, resah kot.

pastu terlena. dan bangun balik kul 12, kul 1, kul 3, menjerit menangis yg tak bole nk pujuk. mata terbeliak pandang atas, pastu menangis. pandang kiri kanan terbeliak menangis. ah sudah! sape plak yg kacau anak aku nih?

kul 12 paksu n maksu sampai datang pujuk sama. baru dia diam.
kul 1, aku call maksu, dengar je suara maksu kat tepon, die diam.
kul 3, tepuk2 pujuk2, baru diam

owh, tp disamping tu, aku punye la marah sambil pandang atas dan kata "JGN GANGGU ANAK AKU!"

hangin tul aku satu badan. dan la tak sihat, mmg tak ley nk tido sbb batuk dan semput, hamza plak terganggu tido. iskkk.

ok, kenapa aku cakap ayat tu? sbb ayah penah kata, kalo kita rasa lain macam, ckp je AKU TAK KACAU KAU, KENAPA KAU KACAU AKU? atau pun JGN GANGGU AKU.

insyallah berkesan. cubalah.

3 comments:

  1. hehe takpe la hamza ade. nnt die tiupkan lilin utk mommyyy :D

    ReplyDelete
  2. hahahha. kecik sgt tu. tatau pun arini bday mommy

    ReplyDelete