Monday, May 13, 2013

1 Tahun Lepas

arini genap usia hamza 1thn 2hari.

alhamdulillah.

mcm baru semalam je hamza lahir. mcm tak percaya pulak.

baru naik lunch, sembang2 pasal kelahiran anak. biasalah, setiap org punya cerita melahirkan yg berbeza. ada yg kuar kut pintu, ada yg kuar kut tingkap. masing2 punya pengalaman sndrik.

aku bukak cerita pasal kelahiran hamza. erm, hamza lahir tidak dijangka, genap2 37minggu hamza lahir. c-sect. siang aku bole pegi keje nek tangga turun tangga, makan eskrem sesama lepak pantry, ttibe malam beranak. hoho.

pegi check doctor, routine check up sbaner malam tu, bile doc tgk, eh u dah ada opening.

dan aku macam, dah ada opening??? (see those questions marks?)

doc sambung lagik. ye, dah 3cm, u tak rasa sakit contraction ke?

dan aku macam, err sakit contraction camne? sy sakit tru out pregnancy, sy tak bole nk differentiate sakit contraction ke sakit camne? (bayangkan seorg bakal ibu yg sgt blur)

doc sambung lagik. la, takpe meh kite check baby camne. eh, baby tak engaged ni. sy cadangkan u c-sect.

dan aku macam, .......??? (sambil pandang abg, abg pandang aku balik)

doc sambung, tali pusat terbelit, baby tak engaged, u pun dah ada opening, contraction akan bertambah. might as well u operate je drp sesia sakit tp kena operate jugak sudahnya.

dan aku macam, .......???

doc sambung lagik, takpe u kuar dlu bincang ngn husband ngn family, pastu masuk jumpe sy balik.

keluar bilik doctor, aku terus call mak. bgtau yg doc suruh operate. mak kata kalo dah doc suruh, operate je la. nnti kalo tak operate lagik bahaya. ok.

masuk balik bilik doctor.

ok doctor, sy operate. bile? (mind u, it was 9pm. aku masih dgn baju kerja, abg pun sama. belum naik umah lagik. beg baby masih dalam umah. beg aku sndrik tak siap lagik)

doc selamba cakap, "well, malam ini"

aku terus sebut "tp sy belum dinner lagik!"

hahahahhaha. bengong kan. ok honestly aku rasa aku dah tulis semua ni dlm entry yg lepas. tp aku tetap nk tulis gak lagik. it was a memorable experience. tak salah tulis bebanyak.

so malam tu, lepas dinner kami balik umah, amik baju, solat hajat dan terus pegi kohilal. yg lagik best, sampai kat kohilal, aku mintak air dekat nurse, nk rendam akar siti fatimah.

nurse kata "eh, u dah nk operate mana bole makan minum"

aku kate "ehh tak bole eh. kalo haus nk minum pun tak bole?"

haha. bengong.

alhamdulillah, hamza dilahirkan malam tu jugak, kira2 pukul 4 pagi. dan alhamdulillah lagik, semuanya lancar.

nk dijadikkan cerita, hp mati, charger tak bawak. nice. so aku n abg swap hp so tat die balik umah bole charge. die balik umah around 5pagi. aku suh die datang pagi2. bosan kot. abg datang hospital balik kul 11pagi. sbb die tertido. nice!

famili aku sampai dlu. alhamdulillah sekalik lagik, aku rasa sgt sihat. sampai ramai yg tanya, ko ni baru lepas beranak ke tak?

petang tu, aku mintak nurse bukak saluran air kencing tu sbb aku nk bangun pegi tandas. mlm tu aku rasa sakit yg amat, rupanya sebab plaster atas perut tu. doctor bukak plaster tu, terus hilang sakit. ok, aku ada masalah kulit gamaknya.

esoknya aku yg minta balik. tp tak bole balik lagik. isnin baru balik. nurse pujuk duduk semalam lagik. tp aku rasa mcm dah tak perlu duduk hospital, aku nk balik. semua org pelik. sbb tak nampak mcm br lepas beranak.

balik terus kampung, besoknye masuk plak hospital sbb hamza kuning. ok, sgt seksa. sbb aku beranak kat private, tp lepas tu masuk hospital kerajaan. maaf kata, tp layanan mmg berbeza, nurse aku rasa sume dah la sombong, tak membantu langsung. seyes!

hari pertama aku masuk. dukung hamza atas katel. aku duduk bersila. depan katil aku, ibu muda jugak, terkepit2 duduk. sambil mata terbeliak pandang aku. aku senyum je.

dia tanya " tak sakit ke tu? sambil tunjuk kat aku"

aku pandang bawah "sakit ape?" (seyes aku tak paham apa die tanya)

tuuuuu.. sambil tunjuk bawah tuttt

ooooh. pahamla saya "owh, sy c-sect. tak sakit kt bawah. bole duduk camni. sakit time dari baring nk bangun" senyum.

ok, bukan nk riak atau megah. aku bersyukur sgt sebab tak rasa sakit delivery and post-delivery. dan bile aku bercerita, bukan niat utk berlagak. tak langsung. kenapa nk berlagak? sepanjang aku mengandung aku sakit. tru out pregnancy aku sakit. org morning sickness 1st trimester je. aku sampai beranak dok muntah2. so aku tak berlagak. sungguh tidak. dan terus terang aku kata, aku takut dgn sakit beranak. sbb aku tak pernah rasa. demi Allah!


No comments:

Post a Comment