Tuesday, July 23, 2013

Ada Apa Dengan Nama?

kalo kowang kaki fb, mesti penah nampak post cenggini kan

owh, ni bukan dari fb, aku amik dari SINI. tp lebey kurang je pun dalam fb tu.

jadi ko percaya? aku mmule dulu pun macam, owh ye ke? tp kan nama tu cantik. sedap plak tu. eh, takde pun dalam nama dilarang dalam islam. oklah, katanya nama ini nama biasa digunakan oleh jin. wallahualam. aku bukan pakar ilmu ghaib mahupun perubatan islam, maka aku tak boleh comment lelebey. wallaualam.

pastu biasa la aku, ignorance. plain ignorance.

cuma nk share dari pandangan dan pengalaman aku sndrik.

adik lelaki aku, kecik2 dlu pun pernah tukar nama. pernah ye. maksudnya tak lama dia tukar, lepas tu kembali ke panggilan asalnya. erm, sihat je aku tgk. but again, wallaualam. aku kecik lagik time tu, igt2 lupe.

meh cite pasal Muhammad Ameer Hamza.

camni, hamza mmg ada kekadang tu menangis malam ttiba. yg mana menangis tu mcm dipukul. mata tutup tapi menangis masyallah. (owh, mind u, hamza bukan anak yg mudah menangis. kecuali lapar la kan atau sakit, atau bila kehendak die tak dapat.) bile dah basuh muka dia, bawak layan kids song, bole menangis dalam ketawa. ini serius. menangis sambil ketawa.

dan aku sedar, lately aku mmg kurang sikit sabar, setiap kali jadi cenggitu, daddy hamza akan amik alih. astagfirullah. byk kali mara hamza sbb menangis cenggitu. dan setiap kali esoknya hamza bangun sengih2 cam takde mende malam tu. dan setiap kali tu jugakla, aku rasa kesian sgt kat dia sbb marah2 die malam tu.

isnin lepas, maksudnya ahad malam tu, hamza buat lagik cenggitu. owhhh, mmg ilang sabar jadiknya, sbbnya, sabtu tu dekat umah atuk/wan, die pun menangis cenggitu. penat sgt. tp, ari sabtu tu, hamza start menangis bila ayah balik tgh malam. kata mak ayah, mungkin ada yg mengikut. ayah plak lupa kiteorg ada kat umah, balik terus je masuk umah. aku cuma owh kan.

dan bila ahad jadik, bayangkan kami yg tak tido sabtu tu camne? mmg rasa nk tarik rambut je. so isnin tu, aku EL, abg pun sama. dan kami amik keputusan, 'eh ini tak bole jadik ni, kene berubat nih.' sbb mak aku ngn makcik2 aku bising suh bawak berubat.

pertama kali bawak hamza berubat cara perubatan islam. dgn ustaz dekat senawang. makcik aku bawak. ustaz tu mintak bawak air botol 2, bawang putih, lada itam dan susu hamza. ini pertama kali ok aku pergi berubat secara islam seumur hidup aku. skeptic, yet xsalah berusaha kan.

ustaz tu die baca surah (aku tak jelas sgt, yg aku perasan surah al ikhlas) dekat bahan2 yg kami bawak tu. dan pesan utk mandikan hamza dgn air tu. sebelum nk mandikan tu, baca 
- fatihah 1x
- al-ikhlas 21x
- alam nashroh 1x
- ayat kursi 1x

lepas tu dia tanya nama. bila aku bgtau nama penuh hamza.
maksudnya:
Muhammad - yang terpuji
Ameer - Putera
Hamza - nama sahabat/pakcik nabi, panglima

dan, nama panggilannya, hamza. 

ustaz tu diam, angguk2. pastu kata, berat nama tu. terus aku menyampuk. "nama mana yg berat tu?"
"hamza tu. takpa la panggil ameer je la"

aku diam. angguk. tp dalam hati degil. apa salah panggil hamza?

ustaz tu kata lagik. "keras hati budak ni"

daddy hamza sambung "biasala, apa dia nak, dia nak la. budak2"

ustaz kate lagik "takpa, panggil je la ameer"

pastu ustaz tanya alamat. dan kata umah tu mmg ada gangguan. tak banyak. tp ada. owh itu aku tahu. sbb member aku yg hijab die terbuka pernah kata, cuma dekat sliding door. sbbnya berhadapan dgn bukit dan rumah tak siap.

ustaz tu mintak kami datang lagik bawak air bukit. nnti dia ajar cammana nak tawarkan umah tu. 
bila aku kata mmg aku dah ada pasang ayat ruqyah, dia cuma angguk dan pesan, bacalah quran byk2. kalo bole semuka sehari.

insyallah.

dan kami pun balik.

dalam kete aku tanya daddy hamza, betul ke nama hamza berat? nk tukar panggil ameer ke camne? sbb sbaner tak heran hamza keras hati, sbb mommy mmg keras hati pun.

dan kami setuju panggil AmeerHamza. degil nk jugak panggil hamza. hahaha

esoknya, meting. ada sowang Dr dari Kulliyyah Islamic Reveal Knowledge (he's an Indonesian), so aku tanya la pasal nama hamza.

(A=aku, B=dia)

A: dr, apa makna hamza ya?
B: hamza itu namanya paman nabi. sahabat nabi

A: bukan maknanya panglima, pedang?
B: erm, ia, mmg sahabat nabi hamza itu panglima. *diam*

A: nama anak saya Muhammad Ameer Hamza
B:owh, kalau di indonesia, itu namanya penyair. *senyum*

A: betul ke nama hamza itu berat?
B: maksudnya apa?

A: takde la, sbb anak sy menangis malam, katanya nama hamza tu berat utk dia bawak
B: eh, hamza itu maksudnya baik. tak salah panggil hamza. tiada istilah berat atau tidak. yg byk kata berat itu melayu. adat melayu.

A: so tak salah kalo sy nk panggil anak saya hamza?
B: it's a good name. *senyum*
A: ok dr. time kasih *senyum lebar tak hengat dunia!*

tanpa berlengah terus msg daddy hamza bagitau, dan kami sebulat suara kata, yeay, panggil hamza jugak! (see, degil!) tapinya, mak dan makcik aku dah bagitau kat semua org, suh panggil ameer. hahaah. takpe nama die jugak. tp aku belasah je panggil anak aku hamza, dan bile derang tegur, eh panggil ameer la, aku kate takpe, ustaz kat uia kate hamza is a good name! sengih.

jadinya, ada apa dengan nama? macam2!



(ok, petikan dari cite nujum pak belalang. ah tipu kowang tak igt dialog ini)
Ahli Nujum Negara Masai : Di manakah terletak kekuatan Datuk Laksmana Hang Tuah? Di kerisnyakah? Di tenaganyakah?
Nujum Pak Belalang : Kekuatan Datuk Laksmana Hang Tuah bukanlah terletak di kerisnya ataupun di tenaganya.
Ahli Nujum Negara Masai : Di manakah terletaknya?
Nujum Pak Belalang : Kekuatan Datuk Laksmana Hang Tuah adalah terletak di atas huruf Ta'nya (huruf T).
Ahli Nujum Negara Masai : Huruf Ta'?
Nujum Pak Belalang : Benar...
Ahli Nujum Negara Masai : Buktikan!!!
Nujum Pak Belalang : Oleh sebab huruf Ta'lah (huruf T) yang menguatkan ejaan Tuah. Ta' Waw Alif Ha' (TUAH). Cuba huruf Ta' (huruf T) digantikan dengan huruf Ba' (huruf B).
Ahli Nujum Negara Masai : Buah...
Nujum Pak Belalang : Datuk kenal pada Hang Buah?
Ahli Nujum Negara Masai : Tak kenal...


tapi itulah melayu kita. banyak sgt yg islam di melayukan.
islam bukan hak milik mutlak melayu.
sebab kadang2 muslim revert lebih islam dari melayu.

ok, aku tak kata aku tak percaya apa kata ustaz tu, tp aku rasa, bila nama itu bagus, apa salahnya?

tak gitu?



3 comments:

  1. aku pun taksure adat melayu atau mmg ade dlm islam gitu, wallahuallam, tapi istilah name berat tu ikut fahaman aku mcm ni, nama yg kite beri tu kan mcm doa utk anak tu, somehow seseorang anak tu dah diberi kekuatan dan kemampuan utk pikul tanggungjawap die nanti, ala camne ek nak explain. kan baby ni sbelum die lahir lagi die dah ade perjanjian dgn Allah kan. Yang aku faham, name berat tu maknenye tuan punya name tu takmampu nak pikul name yg die bawak tu. Ok name anak aku Muhammad Fahim Maliqi. Asalnya aku nak eja Maliqi tu Maliki. maknenye dlm ejaan jawi hurup kaf bukan qaf..sebab Maliki tu maksud dia "Yang Menguasai, mengetuai/Pengikut Mazhab Imam Malik" aku taknak die dah besar jd org gile kuasa lak heheheh. aku xnak anak aku jadi bossy nnt. dan aku taktau die mampu ke tak "menguasai" ape2 so aku letak Maliqi = Yang Cerdik. atleast ringan skit dari Yang menguasai..itu pendapat aku je tapi mmg ustaz yg aku berubat tu mmg ade ckp maksud name mmg main peranan gak..name Maliqi aku dapat dalam mimpi, aku mimpi ade org dtg suh buh name blkg die Maliqi..pak mertua aku terus suh panggil die Maliqi jgn panggil Fahim. Aku mcm ko gak degil, EH kite kan mak!hehehe ikot suke la mak nak panggil ape kan :P aku panggil gak Fahim. :P Yang ape aku ckp atas ni atas fahaman aku je, wallahualam tattau btul ke tak. Ok gak panggil AmeerHamza tp mcm panjang ekk..nak tukar dah besar plak anak ko..kang die konpius, mak aku ni nak panggil aku ape sbenanye? heheh
    Ape2 pun didikan tu yg penting, kalau kite mampu didik anak jd yg terbaik, insyallah die leh pikul name tu. Aku rase die kate berat tu sbb maksud "panglima" tu kot. Tapi alah, as long as ko bagi yg terbaik, baik lah anak ko. Aku rase xde kaitan dgn menangis tu kot? Sbb kalau ade, dari saat ko bg nama lagi die dah menangis..tah weh aku pun bukan pakar bebende gini :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, betul tu. kite nih dah melayu liberal sikit kot. hahaha. dah kata gen y. anak2 kite gen z. generasi perosak.

      eh tak, bagi aku, nama tu tak salah, kenapa nk dipersalahkan nama? husband aku siap cakap lagik, kalo nk kata nama berat, nama dia lagik berat. tp ye lah, depan org tua2, hanguk2 je la. jgn melawan.

      betul, macam2 ada pada nama, sbb nama ni akan mewakili susun atur kita di padang masyar nanti.

      cuma bab berat tu, aku rasa melayu yg byk pakai. sbb bile aku try tanye muslim lain, derang sengih2 je dgr aku tanya.

      wallahualam

      Delete
    2. tu la..mane tau hamza betul2 jadi "panglima" ? haaa...bangga mummy daddy..hehehe..insyallah jadi "panglima" utk agama, bangsa, dan keluarga. cewahh :P

      Delete