Author: Ramlee Awang Murshid
Pages: 512
Price: RM21 (15% discounts for MPH/ AEON member)
Published September 2013 by Alaf 21
Sinopsis Belakang Buku:
Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.
Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.
Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.
Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.
Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.
Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.
Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.
Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!
I plak kate:
jujur, biasa-biasa sahaja.
jujur ni. sila jgn marah aku.
sbb aku rasa, ceritanya bole baca dari awal, yg mana bagi agak pelik kalo kita bole baca jalan cerita RAM dari awal. tak banyak kejutan yg berlaku. dengan kejutan, maksud aku, story twist.
semua mati. dan kembali ke zaman masing2. dan pengembaraan selama beberapa hari tu, adalah sebenarnya 10saat. ending yg kurang memberangsangkan.
tp kemudian, bila baca temubual ringkas alaf21 dgn RAM mengenai apa yg cuba disampaikan
"kiamat itu pasti. mati itu kiamat kecil"
ok, aku paham. RAM nk sampaikan yg dunia ini akan satu masa kucar kacir sebelum kemusnahan mutlak yakni kiamat.
tp, apa yg cuba disampaikan dgn pertemuan 5hero selain kiamat itu pasti?
betul, kiamat mmg pasti. mati takkan dapat kita lari.
tapi, apa rasional nya 5hero dipertemukan dalam setting yg sama?
bukan apa, aku menjangkakan sesuatu yg out of box. out of my reach.
setakat ini, penulisan RAM yg paling superb bagi aku ialah Rahsia Perindu.
yang paling akal aku tak menjangkakan tapi itulah sebenarnya.
yang itu.
Sunan.
tak. aku tak kata aku tak suka sunan. suke beb. suke sgt sampai lepas baca Bagaikan Puteri aku lagik suke sunan drp hang tuah. haha. cuma, berdasarkan novel2 sebelum ini, Sunan diangkat begitu tinggi, tp dalam novel ni Sunan seperti biasa2 sahaja.
dan Tombiruo,
bukankan mukanya dah hensem lepas pembedahan? correct me if im wrong but i believe the time setting when halo phenomenon occur is way before the time setting of Tombiruo itself?
Ryu-Watanabe.
no comment. sbb aku mmg tak minat hatiku diharajuku. pinjam je novel tu dlu. xbeli pun. hahahha. cheapskate kan. yela zaman belajar.
Mikhail
ok, sekalik lagik. time setting. ini berlaku sebelum time setting novel Mikhail itu sendri?
jujur, aku rasa supaya tidak confius, mereka2 yg tak pernah baca tulisan RAM, perlu baca novel2 sebelumnya kalo tak conpius. mcm aku. (note to self: baik, pasni baca balik yg lenlain tu)
Carlos.
yg ini aku setuju. pertembungan Bilal Piut dan Carlos. dan aku rasakan pengakhiran Bilal Piut dilanggar kereta adalah seperti closure bagi Carlos. which is yeah, not bad. tho aku tau ramai yg tak berkenan dgn wataknya dimatikan.
tapi ada jugak beberapa scene yg paling aku igt.
Ini Kalilah.
haha. walaupun scene tu sikit tak kelakar, tp hati aku tercuit bile baca bibit-bibit tersebut.
haha
bintang: 3.5
ps: lama dah aku tak wat review. beli baca pastu letak kat rak. pastu ulang balik baca. lagikpun, skang ni, aku mmbaca cuma waktu makan je. hurmm. takpe, note to self, buku2 yg belambak kat dlm bilik tu, jom review. but b4 that, kene ulang baca la kan. haiyaaaa
saya peminat RAM..tapi xsemua buku dia saya dah abis baca..
ReplyDeletesiri triologi Sunan mmg dah katam dah..dan beberapa novel yg lain saya dah baca..
sejujurmya sunan bg saya antara cireta yg terbaik yg dia pernah hasilkan..
keperibadian sunan tu buat org pomp teringat2..kalo la ada org macm tu muncul depan mata..sure terujakan..hehe..ciri2 idaman:)
saya jangka x akan beli Magis ..:) pinjam kt org mungkin kot.. hehe
hehe. sama lah kita. tak semua novel RAM saya ada. masih berkira2 nk completekan ke tidak. tp baca dah la. pinjam.
Deletesy cadangkan baca Rahsia Perindu. tu novel RAM yg mmg paling hebat story twist nya. bagi saya la
saya pun suka RAm.. masa mengandung pun asik baca buku RAM.. tapi sekarang tak sempat dah.. huhu
ReplyDeletesamalah kita. tp sy kalo makan, perlu membaca, kalo tak tak sedap rasanya makan. time makan je la sy membaca
Delete