Thursday, April 8, 2010

BOOK REVIEW: Kasih Villa Cinta

(gambar dari haizanajwa.blogspot.com)
Penulis : HAIZA NAJWA
Harga : RM 20
Terbitan: Kaki Novel

Synopsis Belakang Buku:
TERATAK KILAU… segah namanya. Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka, duka, misteri malah pembunuhanan paling kejam yang masih tersimpan rapi bersama perginya mereka yang menghuni satu per satu. Ia bagaikan satu sumpahan kepada mereka yang menyebutnya dan satu kematian bagi mereka yang cuba menyelongkar rahsianya.
Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM ‘berkampung’ di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka! 
Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Jati, Kelam, Fauzan (yang ‘ayu), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.

Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu….

I kate:
sebagai penggemar triller novel (sbb penangan Ramlee Awang Murshid) aku rasa buku ni ok. menarik. beli di mph aplha angle ketika jln2 ngn abg, dan abg baik ati membelikan. owh, belikan la lagik sayang!
olahan yang menarik tentang misteri rumah villa tu sendrik. sentuhan menarik mengenai fauzan @ zana. seorang lelaki lembut yang lebih gemar berkawan dgn perempuan. watak yang menarik. penceritaan watak yang menarik. mmg menarik minat untuk terus menghabiskan dalam masa separuh hari. cuma, dlm pertengahan cerita, aku rasa, seolah-olah plot makin longgar. emosi pembaca diusik dgn sedarnya fauzan tentang kekhilafan dirinya dan yang mana fauzan dapat menghidu rahsia sebenar vila tersebut. tiba-tiba fauzan hilang. hilang yang mana kawan2nya langsung tak heran. kemana perginya fauzan. seolah2 persahabatan selama ini tiada nilai. dan setelah menjumpai mayat fauzan (yg kemudiannya ilang balik), mereka still sanggup lepak kat villa tu? i mean, come on, who in the right mind would wanted to stay there knowing tat member mereka di bunuh di situ. killer is still loose. bagi aku, disitu agak shaky sedikit. dan penceritaan di akhir2 cerita tidak menepati jankauan aku. sbb tergantung. menutup buku ini dan berkata dlm hati, cess, ini je ending die? sia-sia aku baca. duh.

blogwalking tadi, terjumpa blog penulis sendiri. difahamkan ada sambungan cerita ini. owh. maybe sbb tu pembaca digantungkan begitu sahaja. tapi pelik, kenapa tidak diwar-warkan yang ianya akan bersambung. at least, tak de la pembaca mcm aku rasa sia-sia membaca.

nway. kite tunggu sambungan cite ni. nnti review lain.

No comments:

Post a Comment