Friday, November 11, 2011

Threaten

"threaten pregnancy which could lead to miscarriage"

ok. seyes aku takut. alkisah, semalam, perut rasa sakit. mcm nk period punye sakit. so en suami insist utk call doc. lepas call doc, die suh datang clinic immediately. cuak nk mampus!

rupenye, aku sedang mengalami kencing yg teramat kotor. sbbnye, tak kencing2. mau tak kencing, minum air muntah, minum air muntah. in the end, aku tak minum langsung. dan terus dehydrated. kemudian kencing kotor. padan muka aku. tp kesian kat baby.

doc kate lagik. kencing kotor jgn main2 dlm pregnacy. sbb kita tatau setakat mana infection tu telah berlaku. in my case, kencing aku sgt kotor yg die kene hantar pegi hospital check amende yg telah infect sampai aku rasa sakit tu. bayaran utk check air kencing aje RM95. whattt?

tp alhamdullillah, baby sihat. alhamdullilah. syukur ya Allah. biarlah aku sakit, lindungilah anak dalam kandunganku. ok, masuk2 je pintu, doc terus suh baring, takde chit-chat2 dah. sbb die risaukan baby. owh, wat ultrasound perut, bukan vagina lagik. (seb bek aku tak bukak sluar lagik. blush*). yg tak bestnye, tempat kene scan tu, btl2 kat parut operation aritu. sedikit perit la.

tp again, alhamdullillah, dapat tgk baby dgn jelas. 3.35cm now. dah ada tangan dan kaki. dan tangan dia sgt cergas bergerak2 mcm melambai2. doc siap kate, hah tu baby lambai kat daddy, assalamualaikum daddy. (ok, die tak sebut mummy langsung sbb die mara mummy tak minum air sampai kencing kotor).

again, a little confusion about the 'age' of pregnancy. kalo ikutkan, rabu lepas, baru masuk 9 week. tp semalam, according to the imaging, already reach 10w 1d. again, doc kate, ade discrepancy sket. (ok, makcik pelik tp takot nk tanye banyak sbb doc tak mmg tgh mara kan). so kalo according to the last date of first period, by right, we should be in 11 weeks. (see, again the 2 weeks discrepancy).

tp kata2 doc yg paling menakutkan.
"threaten pregnancy which could lead to miscarriage"

sumpah aku minum air setiap masa. owh, dapat ubat muntah kot bontot. hah amik ko. masuk kot bontot, pastu minum air sampai kembung (in fact skang terasa nk kencing). tp, perut masih sakit. iskk.

ya Allah, kau lindungi lah anak dalam kandungan ku ini. dan kau berikanlah aku kesihatan sepanjang kehamilan ini. sesungguhnya, Engkaulah tuhan yang maha pemurah lagik maha penyayang.
amin.

5 comments:

  1. Salam....Dear, i silent reader you..... pragnancy i previously kena UTI.... Malas minum sbb malas g toilet..hehehe buleh pulak eh gitu....tp mmg penyelesaian nya adalah plain water...@least 2 liter sehari.... Sambil tu blh try cranberry juice....

    ReplyDelete
  2. salam. setakat ni, lepas amik ubat tahan muntah kat bontot, mmg ok sikit la. tp kene warm water. kalo tak warm, mmg tak bole telan. lepas tu, sekarang ni i pelik, mende2 masam confirm muntah. kene bende2 sweet je. cranberry pun tak leh nk lepas tekak. kene strawberry juice gak. walhal, mmg sgt tak suka strawberry juice b4 this. erm.. betul la org kate, pregnancy buat selera lain macam.

    ReplyDelete
  3. ishhhh cuaknyeeee! mmg kencing kotor tu common kalau pgnant tapi takleh wat tattau je la..sbb takot infection kan. minom air byk2! rajin2kan je gi toilet tuh ;P heheh...waaaaaa dah ada tangan kaki semuaaa weee seronoknyaaa..mesti die buat peace kat ko tapi ko xnampak sbb tangan die kecik ;P tersengeh2 lak aku bace! aku plak tersengeh! :P

    ReplyDelete
  4. jay: cuak gile weh time tu. ubat berkoyan2 kene telan skang nih. tp skang, masuk ubat kot bontot pun muntah gak. haiyooo. hahaha, jari2 belum completely developed lagik la. kalo nampak peace confirm aku pengsan weh!

    ReplyDelete
  5. salam kenal..

    tahniah anyway & take care ye..

    ReplyDelete