Monday, October 29, 2012

Ramblings

gila lama tak menulis.

sebab yg paling senang, malas.

jom cerita pasal eid adha yg lepas. pergi rumah emak sedara abg, pastu biasala confirm la ramai org kan, yg aku tak kenal pun ramai. mahu tak kenal, pegi setahun sekalik je, confirm la tak kenal. tp derang kenal dgn abg. tp bile tanye ngn abg, die pun tak berapa nk kenal. jiran2 makcik die. ah lantak la.

ada sowang makcik ni, sibuk bertanya pasal hamza.
1. warna kulit hamza kan berbeza dgn warna kulit daddy dia. tu yg menjadikan tanda tanya tu. hamza cerah tp daddy sedikit bulan purnama (ok, itu statement derang. aku quote je. lebey kurang)

2. hamza baru 5 nk masuk 6bulan. dan baru sowang je anak kami walhal dah kawen 3thn.

ok, soalan no 2 tu, aku sikit tak berkenan.

siap dia sebut

"owh, br 5bulan, kawen dah dekat 3thn, lambat gak no"

tp aku malas nk panjang2 cite, aku wat2 pekak je. + aku tak kenal org tua tu, nk amik ati pun malas.

cuma, aku terfikir, ada anak pun salah, kalo tak beranak lagik, confirm lagik banyak tanda tanya kan.
hurm, manusia, mmg tak pernah lepas drp tanda tanya. lagik2 kalo pasal org.


owh, satu lagik, time tgh teman abg makan, hamza makcik abg dukung, seperti biasa, bab beza warna kulit hamza n daddy dipersoalkan. aku malas nk ckp ape dah. abes kuat aku ckp "hamza turun mummy." dan biasanya mulut2 tu akan diam. tapi yg sowang ni tak.

die bole ckp ape ko tau?

"owh, lepas ni anak dara hampa mesti hitam manis kan. pasal hak ni dah putih"

aku jeling mata dan kata, "nape plak, putih cam hamza gak la"

die selambe senyum kambeng dan kata lagik "apa plak, hak ni dah putih. pasni hitam la plak".

iskkk la, makan penampar gak kang org tua ni. abg tau aku dah panas ati, suh aku masuk bilik tidur dlu. dan dgn segeranya aku masuk bilik.

owh, lagik satu, nk luahkan ketidak puasan hati.

ade ke patut ayah kate aku slalu bossy sgt kat abg.

iskkk, in my defense, no im not. i mean come on, having a child means that both parties should be responsible. takkan sume mende nk harapkan aku, so whats the point of hamza having a daddy?

alasan lelaki penat bekerja tidak lagi releven utk zaman sekarang. sbb wanita pun bekerja. lagik hebat pulak wanita yg bekerja, pagi hantar anak, siang kerja, petang amik anak, masak, layan anak sampai suami balik. kemas umah, basuh kain dan lain2. tu supermommy ok! aku tak pernah dengar lagik cite pasal superdaddy.

if only ayah knew that aku bising2 dekat abg tu kenapa.

dan abg, please, stop acting so defenseless and helpless in front of others. people will tend to sympathize with you and obviously it made me look like im a bad wife/mother.

thank you

10 comments:

  1. you know, I memang tak pernah faham jenis orang yang suka telek budak kecik/baby dari ujung rambut sampai ujung kaki pastu bising itu ini..banyak lagi boleh tanya kan, cthnya pergi kerja hantar anak kat mana, bagi susu badan ke susu formula, tak pun cakap benda baik2 je la, tak pun tak yah cakap apa2 pun lagi bagus..


    you see, generasi lebih tua dari kita memang susah faham sebab kita nampak macam being bossy to our husband, sebab mereka dah terbiasa ada mind-setting 'kerja orang pempuan, kerja orang lelaki' and one of the kerja orang pempuan is jaga anak..dulu boleh la sebab mak2 tak bekerja..i pernah juga ditegur dengan ayah sebab husband tolong bawak masuk beg pakaian dalam kereta, konon i 'mengarah' husband..so i cakap la dengan ayah yang we both husband and wife ada deal that marriage needs two, masing2 ada contribution pada rumahtanngga so masing2 pun ada responsibility juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly. masing2 ada contribution pada rumahtangga kan. but ayah tak ckp directly to my face, die ckp kat my sister, which then bgtau my husband. tp bile my husband bgtau kat i sikit kecik ati la. sbb people tends to judge when they did not know the reality.

      ermm, bab org telek tu, mmg tak berkenan betul. abes kuat tanya berapa bulan sudah la. mcm2 sgt nk tanye

      Delete
  2. Nasib kita sama...hubby saya sangaaaaat rajin tolong saya jaga raid syahmi...rajin tolong wat kerja rumah sebab dia kata dia kawen dengan saya utk sy jaga dia, bukan jadi maid dia...tapi org sekeliling xfaham..kata my hubby takut isteri, kena queen control...dulu kecik ati jugak..lama2 dah lali...kata lah apa pun, asalkan kitorang bahagia...

    ReplyDelete
  3. hai..kelakar pulak baca tang color kulit tu.. teringat entri lama saya dulu.. masa preggy pernah kami laki bini duk bayangkan warna anak kami bila dah lahir sok camna,saya gelap. kulit hubby cerah... :)
    lahir2 je, tengok anak kami itam manis cam mak dia.. tak kesah la apa pun..

    Hikari -ingat sy lg ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikari, rindunya kat awak...knp tutup blog? Princess sihat?

      Delete
    2. hikari. ingat. ingat. sbaner, i pun tak kesah pasal kaler kulit. tp yg i kesah sgt tu, kenapa nk mulut jahat camtu. tak kesah la kaler ape pun yg penting sihat. tapi die cam tak puas hati plak hamza cerah. itu yg pelik sgt tu

      Delete
  4. yg supermommy tu sokong sgt! Suami ni kadang2 senang je judge kita duduk rumah tak buat apa...cuba bg diaorg handle rumah utk 1 hari entah snggup ke tidak? Suami saya ni nak anak ramai tp anak sorang pun dia suka lepas tgn je. Anak mmg x rapat dgn dia, so apa2 sayalah yg kena. Memang sejak anak kecik smpai skrg dah 5thn, apa2 anak nak saya yg uruskan dia. Penat2 pun saya buat juga tp sekurg2nya saya nak suami saya bertimbang-rasalah sikit utk membantu. Kalau makan kat keluar, saya ni utamakan suap anak makan dulu smpai habis baru giliran saya makan tp suami x pernah pulak nak cuba membantu sekali-sekala utk suapkan anak. Kalau dia rasa malas, semua serah kat saya :(

    Kalau sudi followlah blog saya di www.kisahkeluargakecilku.blogspot.com :)

    ReplyDelete