Wednesday, October 31, 2012

SiMulutJahat

ok, entry tidak berkaitan dgn mummyhood.

aku pelik dgn manusia, ade je yg tak kene dek mata mereka kan. kalo buruk kat mata mereka selamanya akan buruk kot. itu la, seeloknya jgn jadi bangsat, sebab kalo sekali jadi bangsat, sampai mati org akan cop kita bangsat.

muhasabah diri jugak. aku pun ade gak cop org-org tu. macam contoh, sekalik mencuri, sampai mati kita cop dia pencuri. itu sungguh. sbb itulah, jgn sesekali buat jahat sbb sampai mati akan dicop jahat. mcm pembunuh, sekali membunuh, sampai mati org akan tetap panggil pembunuh.

mcm aku, sampai sekarang aku dicop kuat marah.

abes camne dengan si mulut jahat? yes, sampai mati ko akan dicop simulut jahat.

aku nk bicara pasal si mulut jahat.



makcik suami aku, mmg sampai mati aku akan cop simulut jahat.

igt entry aku sebelum ni pasal makcik yg sibuk2 tentukan warna kulit anak kedua aku mcm dia tu tuhan (sila baca: aku tak pregnant 2nd child ok. ni kirenye adik si hamza nnti la. nanti ok, bukan aku pregnant pun sekarang, tp die dah tilik nasib bakal anak aku mcm dia ahli nujum)

"owh, lepas ni anak dara hampa mesti hitam manis kan. pasal hak ni dah putih"
aku jeling mata dan kata, "nape plak, putih cam hamza gak la"
die selambe senyum kambeng dan kata lagik"apa plak, hak ni dah putih. pasni hitam la plak".

hah, si dia ni la. ok, ni bukan first time dia bermulut jahat dgn aku. sungguh.

dulu, waktu aku sibuk2 berTTC. ok, time ttc, aku tak pernah cite kat family yg kiteorg berTTC. sbb aku tau famili die kat kampung takkan faham kenapa kami sanggup berhabisan semata2 utk TTC padahal org lain kawen terus lekat je. apehal plak kiteorg susah sgt sampai nk kene treatment bagai? jadik di mata mereka, kami ni seolah2 takde ikhtiar utk dapatkan anak.

fine.

raya tahun lepas,  aku dukung anak buah suami aku. simulutjahat pandang. dan kata
"hampa nk berapa org anak?"
aku kata "tak kisah, rezeki Allah semua tu"
"ermm, 2 cukup no, nk dapat 1 pun susah!"

macam kejadahkan?

hai laaaa!

selang berapa minggu kemudian, kami disahkan pregnant. dan aku dan abg decided, selagi tak 3bulan pregnant, none of our family members should know about it. we are afraid that we jinx it otherwise.

dan ko tahu ape simulutjahat punye reaksi? hah, terkedu. amik kau!

seminggu sebelum aku bersalin, family abg datang tumpang tido umah aku sbb adik die convo. si mulut jahat ikut sekalik. (6org datang) aku tinggal umah flat 2bilik. kecik. seyes kecik. satu bilik aku, satu bilik lagik bilik baju n buku. so kalo org datang, mmc kene tido ruang tamu yg sempit nk mampus tu.

simulutjahat masuk umah aku, pandang keliling dan cakap
"ni muat ka nk tidoq ramai2 tang ni?"

yes makcik, umah saya kecik. saya tahu. tp makcik yg terhegeh2 nk datang tumpang tido umah saya kan. so sedar diri la sikit.

dan byk lagik la. aku dah malas nk tulis. nnti wat hati aku yg panas plak. iskkk. tambah panjang aku ramblings nnti.

tah la. walaupun suami aku pernah kata, kalo 10 makcik cakap, amik 1 je yg betul. i dont care, mulut kalo dah jahat, mmg tetap akan jahat.

patut la anak2 ko sume rempit, isap gam bagai. mulut kau mengata org tu melampau sangat.

Ya Allah, Kau jauhkan la aku dari sifat mazmumah ini, kau peliharalah kami dari orang 2 begini dan semoga kami tidak tergolong dalam golongan2 begini.

aminnn

3 comments:

  1. ni makcik ko yg tanye "dokter mane yg buat ko sampai mengandung?" yg tuh ker

    ReplyDelete
  2. Fuh...luahan perasaan...mmg dear! its true....segelintir mulut manusia yg senang2 canang bukan2, sometimes dah sentap kena balas cara sentap...baru dia tau kit anih bukan sebarangan org dimain2 kan...kita pun punya hati dan perasaan :)

    ReplyDelete