Monday, April 8, 2013

Itu Hak Kami.

maaf tp entry ini tidak bermaksud untuk membezakan golongan ttc dan tidak ttc. ia tak lebey drp luahan seorang mommy.

2013, hamza setahun, dan mommy/daddy 4thn. kalo ikutkan mathematical logic disitu, mmg lambat hamza tu keluar. tp itulah, semuanya kerja Allah. lambat cepat, xde masalah pun. ada hikmah setiap kejadian. aku jugak bersyukur sbb pernah merasai ttc. sebab mengajar byk menda. kan dah kata tadik, semua kerja Allah. ada hikmah setiap kejadian.

sejak ttc, ramai yg sibuk2 bertanya pasal anak dan kekonon takde usaha. dush, malas nk bercerita dgn mereka yg rasa diri lebey hebat daripada tuhan tentang apa usaha kami dah buat. lagik pulak, kalo cerita kang, panjang lagik ceritanya, ah sipolan tu makan biodex dapat je anak, si polan tu urut ngn tukang urut ni, ah dapat je anak. hurmmm...

owh, dah jumpa pakar?
hospital mana?
bayar berapa?
dia check apa?
ubat apa bagi?
xpernah dgr pun ubat tu?
ala, betul je doctor ko tu, org lain takde pun cam tu?
membazir la ko pegi private, nape tak pegi gomen? jgn igt hospital gomen cikai la. 

hurmmm, kadang2 soalan2 yg dilontarkan mcm derang plak lagik hebat ngn doctor. ah lantak.

utk kemana treatment kami cari, itu hak kami.
utk bayar berapa, itu hak kami.

da ada anak, kau igt mereka diam?

hahaharapan.

eh, apesal plak letak anak kau dalam car seat ni. pangku sudah. kesian die dok dalam ni. ko letak je toto kat belakang, pastu baringkan dia. lagik selesa.
ala, org dulu mana ada pakai car seat bagai. hidup je sampai sekarang.
eh, kenapa pulak anak ko duduk kat depan ko duduk kat belakang. dah macam big bos pulak. kesian laki ko dah macam driver plak ko duduk belakang.

utk tidak memangku anak sewaktu didalam kereta, itu hak kami. 
utk menggunakan baby car seat, itu hak kami.
utk meletakkan baby car seat dihadapan, itu hak kami.

safety first. aku tak percaya dgn pangku memangku ataupun membaringkan anak di belakang. bayangkan ttibe break mengejut, kalo kita yg dewasa pun akan kedepan, bayangkan kanak2 yg alahai ringannyaaa! kenapa hamza perlu duduk hadapan? mudah, sebab mommy drive berdua dgn hamza, senang utk mommy tgk hamza. kenapa perlu hamza duduk depan walaupun ada daddy? supaya hamza faham yg tentang keselamatan, kalo naik kereta, duduk dalam car seat, buckle up ur seat belt. no excuses! 

eh, naikkan je buaian anak ko tu. senang dia nk tido nnti.nape ko beli swing ni? ni buai omputih ni. beli je buai yg electric tu.

utk tidak menaikan anak dalam buai, itu hak kami.
utk menggunakan swing, itu hak kami.

tp aku akui, aku akur jugak belikan hamza buai. sbb dlu neksu mintak jugak jugak buai. dan mmg hamza berbuai. tp tidak keatas ke bawah (mcm electric buai tu) aku akan buai dia macam swing. kalo masih tak percaya tentang shocking baby syndrome, bagi jawapan mudah iaitu, dulu, nenek2 kite buai, semua buai cam swing, sbb takde spring, sbb tu, baby dlu sume sehat2. senyum. confirm tak bertanya dah.

nape plak tanak nek bot kalo takde safety jacket? org dulu2 takde safety jacket pun bawak anak nek boat.
tak payah la beli safety jacket bagai. membazir.
eh naik je la. nk takut ape?

utk sibuk2 beli safety jacket, itu hak kami.
utk sibuk2 tanak nek boat tanpa safety jacket, itu hak kami.

again, safety first. ok ok, aku tau ramai yg dah tgk blog dr harlina, bella nek boat tanpa safety jacket, tasya berpangku je camtu. again, let me restated, itu hak kami. safety shall comes first. utk dapat hamza, kami sanggup berhabisan dan bersusah payah, kenapa tidak bersusah payah mencari safety jacket utk si jantung hati kami?

banyak betul gadget anak ko nih.
eh kenapa nk kene bli ni, membazir je.

utk beli macam2 gadget utk hamza, itu hak kami.
utk beli itu ini utk hamza, itu hak kami.

maaf, tp kami tak pernah minta duit sesiapa utk membeli barang2 hamza. selagi kami mampu, kami akan sediakan yg terbaik utk hamza. insyallah. ok, confession, ade setengah tu, mommy/daddy yg excited terlebey nk beli. hamza br nk masuk sethn, tak reti meminta2 lagik. lagipun, insyallah barang2 yg dibeli akan disimpan dgn baik, pasni bole adik2 hamza pakai. owh, tinggi harapan. (ps, berharap sgt adik hamza kembar. ohoiii)

dah panjang sgt. tp dah terluah.
alhamdulillah.

moga tidak menjadi racun dlm diri.

amin





7 comments:

  1. agreed. mira pun panas gak sbb pas bday twins hari tu byk plak bunyi2 ckp membazir duit la.. spend byk la...well... the babies come out after 5 yrs of marriage and im a one who struggling everyday with them at home alone. And the big point is... i tak mintak pun duit dr org... apahal dok kecoh2??

    ReplyDelete
  2. tq sbb buat entry ni. sbenanye aku nak luah bende yg same walaupun anak aku belom keluar. it seems like semua org lebih pandai dari doktor. semua org lebih pandai dari knowledge.
    aku takleh post sbb blog aku ade problem :(( sbb tu aku tak updet dah beberape hari. bodo laa.
    serious aku nak luah the same thing.
    aku pun byk beli brg utk bakal anak, then ade org akan berkata2. i mean, aku tak gune pun duit diorg weh :( aku tak suh pun diorg angkatkan brg2 tu. but then mesti org nak kate. aku beli breastpump awal, fine mgkin aku confident lebih tapi aku perlu confident sbb aku mmg berhajat sgt dpt bf anak kalau ade rezeki. tapi nak tunggu rezki perlu la ade usaha, aku beli pump so aku dpt biasekan penggunaan die, tapi org kata Kenape beli skang? kalau susu tak keluar camne? Alahaiiiiii
    Then people start kondem itu ini, ape yg aku beli la especially. aku mmg nak try natural parenting kalau mampu, sbb aku rasa itu yg the best, and like u said, itu hak kami. kan? sbb aku tak pakse orglain pun ikot ape yg aku nak buat. ko nak buat, ko buat. ko taknak, sudah.
    then like my SIL smua cam gelak2 sinis kat aku (ok fine diorg dah ade anak 2 3 org yg lebih berpengalaman) diorg ckp diorg nak tgk smpai bile aku bertahan, smpai bile aku boleh guna CD and BF, (sbb diorg dah bagi solid as early as 2months okay!) aku rase kalau ko taknak buat ape yg org usahakan, ko takyah gelakkan effort org boleh? sukeati la aku nak mcm mana kan. siap gitau, takyah nak ikot ape doc ckp sgt, kdg2 doc tu bukannye betul. Oh tibe2 mereka lebih pandai dari doc. kalau begitu aku takyah bwk jumpe doc la kalau anak aku sakit. jumpe diorg je. dah kate doc tu tak betul.
    :(( serious, time ttc kite akan bingit, and it doesnt end there, bile dah conceive, kena jugak. anak dah keluar pun kena gak mcm ko cite ni la, kenape beli itu beli ini. Eh anak kite kan? die taknak beli sudah la. aku xpaham -_- parenting debate slalu mcm tu. kalo ko upload gamba anak ko tgh buat ape2, then mesti ade mak-mak nak ckp Eh kenape mcm tu? Eh kenapa tak buat mcm ni? pfftt........

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. gile bagi solid food umo 2bulan? gile?? hamza yg dah nk masuk sethn ni pun aku was2 nk bagi makan nasik. (gigi dah nk masuk 5 dah weh. hahaha) gile la.

      tahla, lain org lain pendapat. mcm contoh, aku mmg suke pegi motherhood expo sbb macam2 kite bole exposekan diri kite. tp obviously la barang die sikit pelik dan overprive. tp ade gak yg berkata kat aku, ah tak payah pegi, merapu je. laaa. ape masalah?

      Delete
    2. Kalau taknak pegi dok je la rumah diam2 boleh? takpaham aku. sbb die tak buat, die nak suh org takyah buat. Eh sukeati a? kalau pegi expo tu mcm2 kot ada, utk new mommy lagi la patot pegi boleh dgr talk psl parenting smua. die taknak gi sudah la, sibuk.
      hak ah, kite smua sangka GILA kan org yg bagi solid kat baby yg usus belom matang, diorg lain. diorg kate DOC ckp salah. diorg yg betul. sbb anak lapar, susu ibu takcukup zat. kalau diorg tambah dgn FM aku leh accept lagi serious sbb FM tu masih form of susu. ini bagi cerelac bagai, aku tattau nak buat reaksi muke mcm mana bile diorg kata Ala, bolehh je sbenanye..setiap baby lain2.. -___-

      Delete
  3. Huh...semua org suka mempersoalkan apa yg org ada dan tiada...baik kita buat apa yg terbaik utk anak2 kita sendiri...itu lebih baik dari dgr dari punca yg belum sahih

    ReplyDelete