Sunday, September 8, 2013

Kebodohan Orang Kita

setiap kali abg dukung hamza, mesti ada yang akan berkata "eh, hamza ikut mak die la."

dan kami paham, maksudnya warna hamza ikut mummy. daddy sedikit gelap. ok lah, gelap banyak. tho mummy takde la putih pun, mummy warna melayu biasa.

ala, biasa la budak. ikut muka ayah ke, ikut muka mak ke. dah tu anak kami. takkan nk ikut muka kowang plak. tak ke pelik.

tp biasalah, masyarakat kita. suka jadik hakim. suka sgt menghakimi orang.

bila statement seperti berikut kuar, aku cuma bole jawab dalam hati.

statement 1:
anak hang ikut warna mak dia. *sambil wat muka tak puas hati.*
dalam hati: eh eh, yg nk tak puas hati anak aku cerah drp ayah dia apasal? sbb anak2 ko sume gelap cam kicap? eiiiiii! aiseh terserlah kebodohan yg berkata-kata tu!

statement 2:
ala, anak lelaki mmg la ikut mak dia. nnti bila hang dapat anak pompuan. gelap cam hang la.
dalam hati: pala otak ko. nk doakan anak aku hitam macam ko nape? kalo anak aku nk ikut aku pun apa salahnya? eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! aiseh terserlah kebodohan yg berkata-kata tu!

dalam byk2 statement, yg ke2 paling bodoh sekalik. bukan apa. sebuk2 nk jadi tukang tilik nk tilik nasib masa depan napa? nk kata aku sedang mengandung, aku tgh period kot skang. pelik pelik.

cuma aku mmg perasan, bila balik kg laki aku, ramai tak puas hati tgk kulit hamza yg lain drp kulit derang. so? nenanti bile dah besar, gelap la sket sbb main panas. ape la tak puas hati sgt? nampak sgt kebodohan disitu kan. tidak berpuas hati dgn mende2 bodoh seperti itu.

malaies mmg mudah sgt tak puas hati dgn mende2 simple mcm tu. itu belum lagik mende simple mcm, si polan tu tukar kete, si polan tu ganti sofa baru. si polan tu, tambah rumah.

ape kejadah? chill sudah. itu rezeki. dah rezeki die murah. so dia mampu. ko nk jeles napenye? chill sudah. die kacau hidup ko ke mintak duit nk tukar kereta? mintak duit nk ganti sofa baru? mintak duit sbb nk renovate umah? takkan?

so ape ko nk kecoh2?

terus terang aku ckp, aku kawen tahun 2009. tp baru bulan lepas aku beli katil. percaya?

sbb bagi aku tak penting pun set bilik tidor. yg penting almari- utk simpan baju. dan tilam- utk tidur.

sbb kita tidur atas tilam. bukan atas katil. aha, get my point?

apa guna set bilik tidur ko beribu2 bagai. tp tilam murah je. maaf. aku tak minat. biar katel aku murah, tilam aku yg paling selesa sekalik. bukan katil yg penting. tapi tilam.

tp orang kita, biasalah, kalo nk beli kene berabis. alang2 nk beli, biar menang memakai. dan pulak bile kate aku takde katel. start la buat muke pelik. eh, abes ko tido atas apa? atas tilam la ngok! (ok, itu jawapan aku dalam hati je la)

ala, kawen bukan setahun dua. pelan2 la kayuh. rasa ada duit lebey sket, ha beli. bukan ko nk fully furnishkan umah sebelum masuk umah kawen. mati la. kalo laki ko ade stesen minyak sndrik. hah bole. bukan essential pun katil tu. lain la tilam. utk org baru kawen, yg paling penting, tilam, almari, mesin basuh, peti ais, dapur, almari dapur, tv.

cukup.

ada duit lebey, beli meja makan. lebey lagik, beli sofa, lebey lagik, beli la apa2 patut. tp tak patut kalo nk beli segalanya in one shot. ini tidak, segalanya mahu ada depan mata. lagik best kalo ada kitchen cabinet skalik. hoho. yela, sapa taknak. aku pun nk. nk sgt kot. tp aku sedar. belum masanya lagik. chill chill sudah.

orang kita, cukup pantang tgk orang senang. ada je nk dikutuknya. sipolan tu dlu sblm senang, kais pagi makan pagi, kain petang makan petang. bla bla bla. tuptup dah kaya. dah senang. ade membela kot.

ceh! asal org tu senang sket, dituduh membela. dituduh buat mende menyalahi undang2. apasal la tak bole sebut je. alhamdulillah. senang dah sipolan tu skearang?

tangan aku banyak lebam lebam. salur urat halus burst gamaknya. bila aku tanya, jawapan standard org melayu "eh tu hantu gigit tu."

duhhhh. agak2 la nk hantu gigit. salur urat halus burst baru la lebam. itu common sense la.

dan itu belum masuk bab anak.

berapa ramai dah aku jumpa dok kecoh2 aku tak dukung hamza dlm kete tp letak je dlm car seat? sedar tak sebenarnya dukung anak dlm kereta tu bahaya? tak cikgu. ye ke bahaya? kalo bahaya awat dlu time hampa kecik2 tak ada pun carseat bagai? hidup ja hampa sampai la ni.

ok, nampak tak ade sedikit kebodohan kata2 itu?

anak tidur dlm baby cot instead of tidur sekalik. isk membazir ja hampa beli nih. nnti anak2 hampa bkn tido dlm tu pun. tido ngn hampa gak.

haishh. tak salah ape nk tidurkan anak dalam baby cot. lebey selesa dia dalam tu. tak payah risau die terjatuh ke, tertutup dgn selimut kita ke. kan.

playyard. napa nk dikurung anak tu? biarkan dia bebas. membazir ja hampa beli nih.
- senang, sbb bila aku kat dapur. atau aku tertidur, aku akan rasa yg anak aku dalam keadaan selamat. dia takkan pergi ke dapur, toilet atau mana2 yg bahaya. faham?

hamza masih belum bole berjalan. ye betul. dah nk masuk 16bulan. tp belum berjalan lagik. dan sibuk2 kecoh2 pasal ini.
satu je soalan aku. hamza tak bole berjalan, ada aku mintak ko tolong dukungkan? ada aku mintak ko tolong papah die berjalan? takde kan? so diam.

bila dia nk berjalan. itu urusan Allah. kami sebagai ibu bapa pun tak pernah persoalkan. kenapa org lain perlu kecoh2? asalkan anak aku sihat. itu yg penting. tipu kami tak tertanya2 kenapa hamza belum berjalan sndrik lagik. tp perlu la nk kecoh2 mcm itu lagik besar isunya daripada isu mesir?

sudah2 la sibuk2 hal org lain. pandang cermin. tgk kat mana diri tu yg kurang dlu, baru sibuk nk kecoh2 pasal org. tgk anak2 sndrik dlu, baru sibuk2 nk pertikai anak orang lain.

No comments:

Post a Comment