Monday, June 3, 2013

Upbringing

satu perkataan sahaja.

upbringing.

ye, mmg semua org punya upbringing berbeza. suami isteri jugak dibesarkan berbeza. jadi, perbezaan ini akan menjadikan ketidaksamaan yang mana nanti kalau berpanjangan akan menyebabkan pertelagahan. bukan apa, cara kau dibesarkan dan dia dibesarkan berbeza. aku tak kata cara aku dibesarkan paling bagus, cara dia tidak bagus, tp bila kau dah jadi ibu bapa, kau punya akal fikiran utk melihat dan menilai sendiri bagaimana anak kau dibesarkan.

"ah, dlu mak bapak aku besarkan aku macam tu, bole je."

statement tu tak bole pakai, sbb mmg kau dibesarkan begitu, tapi spouse kau mungkin tidak. dan dimata spouse ko mende tu kurang bole diguna pakai. tidak kena dengan zaman milenium ni.

contoh 1:

"apa nangis2? tumbuk kang!"

ayat yg dilontarkan pada baby 13bulan. pedih je telinga aku dengar. berasap je telinga aku dengar. ringan je tangan aku nk tumbuk mulut yg berkata2 tu. iskkk.

mmg aku marah setiap kali kata2 itu dilontarkan. aku tak suka. alasan aku mudah. kenapa pada aku ayat itu tidak bole digunapakai? sbb kalau anak ko membesar dgn mendengar ayat itu, ayat itu akan melekat dalam hati die yg mana akan juga keluar dari mulut die. mungkin macam ini

"ah mommy bising ah. tumbuk kang!" 

atau

"tukar la channel tu daddy. tumbuk kang!"

sedap tak telinga ko dengar?

yg mana kalo betul ayat2 tu keluar dari mulut anak aku, ringan je tangan aku tampar mulut dia. tengoklah! sbb tu aku kata upbringing.

mungkin spouse kau dibesarkan dgn famili yg melontarkan kata2 macam tu, yg mana mungkin bagi mereka ianya kelakar, tp bagi aku, hey, behave ok. jgn kurang hajar! kecik2 dah pandai cakap bukan2, dah besar ko merompak ke ape? (ok, aku cukup pantang budak2 keluar kata2 kurang hajar ni. mencerminkan kedangkalan ibu bapa mereka. ye betul. anak tu kan kain putih. kita yg corakkan mereka.

tp aku tak kata upbringing dia salah. mungkin pada mata mereka itu semata2 kelakar. . itu lawak semata.  sebab lepas cakap gelak2. 

tapi, untuk anak-anak aku. maaf. aku tak berminat utk menggunakan kata2 begitu.

ambil yang jernih, tak salah kan. kalo rasa itu dah keruh sikit, tak payah amik.

upbringing berbeza. famili aku, jelir lidah pun dah kene marah. apatah lagik keluar mencarut.

---------------------------------------------------
contoh 2:

depan mata aku, anak buah laki aku sebut babi la hang. babi la hang. umor dia kala itu 3thn. mata aku terbeliak tgn mmg nk tampar je dah mulut. muke aku dah WTF! dan hati aku menjerit2 "hoi! mulut kau tu, aku cili2 kan baru tau!" dalam hati je la. luar aku tak sebut apa, sbb aku menantu je kan.

tp famili dia bole gelak2 bile bdak perempuan 3thn itu berulang2 kali sebut babi. macam kelakar. siap bole kata tu belajar kat nursery la tu. pandai tul ngikut. budak2 sekarang ni cepat ja belajar.

itu saja.

itu saja? kau takde rasa nk perbetulkan budak 3thn itu? iskkk. kalo hamza la tu, mmg merah telinga die aku piat. mmg berbirat peha dia aku cubit. mulut jaga!

ye, mmg mulut aku laser, pedih je kalo cakap. tp tak bermakna masa aku kecik2 dlu aku cakap mencarut. mmg parah la kalo berani camtu mulut. mmg ayah selamba la piat telinga. laser tak bermaksud mencarut. aku difahamkan, kecik2 dlu, aku cakap main lepas. maksudnya tak berlindung. tp tidak mencarut. gile ko nk mencarut? bapak aku garang kot!

ko bole bayangkan tak, anak kau, ttiba cakap camni kat kau.

"mommy babi la. bagi la keropok tu!"


iskk, bole pengsan tak?

oleh kerana yg berkata2 itu anak buah laki aku, aku diam seribu. tp kalo yg berkata2 itu anak aku ataupun anak buah aku, mmg siap la kau! sbb itu aku kata upbringing berbeza. bayangkan, kalo aku menegur anak buah dia, yg mana upbringingnya kata2 gitu adalah normal, mesti derang akan macam, eh kau kenapa?

bak kata mak aku, ada mata tengok. ada mulut, diam!

terbaik kan falsafah mak aku?

---------------------------------------------------

contoh 3:

perbezaan upbringing mmg akan buat kita bergaduh. jadi compromise sgt penting. aku tak setuju kanak2 bawah 6thn dipakaikan tudung, baju kurung. panas ok. pastu rambut terkeluar sana sini. tudung senget sana sini. penuh comot, aiskrim, macam anak tak berjaga. macam anak tak beribu. iskkk. semak perut aku.

memang, famili aku tak paksa bertudung dikala umur 7thn. yes, itu silap aku tau. in fact, aku pakai tudung umur aku 15thn. itupun ayah tak paksa, cuma perli2. bak kata aku tadik, amik yg jernih je. aku tak kata upbringing kami hebat compare ngn org lain. tak. masing2 ada cara masing2. apa aku nk tegaskan, amik yg jernih.

tp, kalo umo 3thn ko dah suh pakai tudung. hey, comottt! dan berkali2 aku kata pada laki aku,
"anak perempuan kita, selagi belum 7thn, i tanak suh die pakai baju kurung tudung bagai. bukan kata dia yg rimas, i lagik rimas. macam anak tak beribu je comot. biar je die pakai dress. simple"

dan laki aku akan kaunter balik

"tapi kalo die nk pakai, u tak halang kan"

dan aku senyum tp dalam hati nakal berkata2 "i will make sure that she wont become those comot girls."

senyum.

---------------------------------------------------


contoh 4:

setiap kali cuti sekolah hantar anak balik kampung. setiap kali nk pergi bercuti hantar anak balik kampung, ko pegi laki bini je.

maaf, mak bapak aku tak pernah buat cenggini. nk pergi berjalan, kenapa perlu tinggal anak? amboi, dlu kemain ko nk anak kan? dah ada anak nk tinggal2kan? maaf. tidak sama sekalik. angkut je la. apa masalah?

owh, sapa ikut blog ttc aku, mungkin pernah terbaca yg MIL aku pernah sound aku seminggu lepas aku kawen. "mak tak suka budak2. nnati jgn nk hantar anak2 kat mak suh jaga"

yg mana resulting in mata aku terbeliak, aku br kawen seminggu? errrr?

ala, kalo die tak sound pun, mmg aku takkan buat punye. setelah hampir 4thn kawen, aku paham kenapa ayat tu die lontarkan. sbb SIL aku suke berjalan sana sini tinggalkan anak dekat die. duhhh, angkut la anak kau. kau nk nyusahkan org tua tu kenapa?

perbualan seperti ini pernah berlangsung antara Laki aku (L) dan aku (A):

L:  kalo hamza nnti nk balik kampung macam mana?
A: takda masalah, kita balik sama2.
L: kalo hamza nk tinggal kampung?
A: sorry, mana mommy daddy pegi, hamza ikut. tak bole tinggal2 kampung
L: kalo die insist?
A: no way jose! mommy takkan benarkan!
L: kalo daddy benarkan?
A: eh, maaf ye, tp sy tak berkenan dgn cara cuti sekolah je hantar anak balik kampung suh atuk nenek jaga. derang dah tua, bukan kuat sangat. apa kudrat derang nk jaga budak2 lasak? no. mommy takkan kasi
L: ala, kalo hamza da 10 thn ke, dah besar tu.
A: no. u know what, mak awak pernah sound sy seminggu lepas kita kawen yg die tak suka anak2 hantar cucu suh dia jaga.
L: speechless (mau tak, lepas hamza lahir br aku bgtau rahsia ini.)

tidak, bukan apa, anak kau, sendrik jaga la. jgn menyusahkan mak bapak kau. derang dah tak larat. jgn bebankan mereka.

---------------------------------------------------

upbringing.

setiap org berbeza. amik yg jernih. 

senang kan?

2 comments:

  1. couldnt agree more with you.
    kekadang, laki bini boleh jadi bergaduh sbb upbringing berbeza.
    yg laki, dibesarkan dgn idea pompuan je buat keja...org laki dok tekedang depan TV. bila kawin, bini hanginnnn satu badan....laki satu menda pun tak reti buat.

    yeahh..upbringing. boleh ubah but it takes time and a lot of doa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. aku cukup pantang bini macam samurai berperang kemas umah masak bagai, tp laki terkangkang tgk tv. nk tolong kemas, jgn harap la, nk basuh pinggan makan lagik telah la.

      tp tu la, pelan2, bole tukar, insyallah. kene pakai cara halus.

      contoh, aku cukup pantang makan tak basuh pinggan, main longgok2. membebel mmg takkan jalan, so aku bagi ayat simple je, pinggan berlonggok tu mewarisi kepapaan, awak nak papa ke? sy tanak, saya nk kaya.

      alhamdulillah, it works!

      Delete