Wednesday, April 7, 2010

BOOK REVIEW: 5 Tahun 5 Bulan by Hlovate

(image dr hlovate.blogsdrive.com)
Judul: 5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
Harga: RM20.00

Book synopsis:
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...
Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.
Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....
Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.
Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.
Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?
Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.

I kate:
kali pertama dgr buku ni time final year kat uia dulu, which is 2007. tak tergerak langsung nk baca, walaupun ramai yg kate best. so pesta buku 2010, tergerak nk beli novel2 hlovate yg digembar-gemburkan sebagai best. and this is hlovate 1st novel yang dibace. my first impression on the earlier chapter was quite high. lain pada yang lain. seorang budak yang akan melanjutkan pelajaran ke dalam bidang medic sanggup menjadi org gaji utk mendapatkan gaji setakat 400 ringgit. then aku terfikir, keluarga ana takde la miskin sangat, sbb kalo membaca truout the entire book, 3 @ 4 kali dalam masa 5 thn tu, die balik msia ok. i mean, think about the tickets la. igt murah ke mende? tp bile da melangkah ke chapter2 seterusnya. semuanya merundum. cerita meleret2. bosan. main tarik tali yang sangat2 bosan. tiada climax. sumenya flat. dari awal diceritakan yang ana berperang perasaan antara along dan jebat. tp tak memilih 2-2, mungkin sbb nk focus pada pelajaran. yeah maybe. mengaku jebat cuma bestfriend tp terasa hati ble jebat bawak jumpa awek die. apakah? dr penceritaan, ana seperti sgt menyukai along, tp dinafikan kata-kata hati. along pun sama. like ive said before, main tarik-tarik tali. yang bagi pendapat aku, sgt-sangat bosan!. until sampai ke part yang mana ana balik utk kawen, itu ada up sikit la. tapi the rest. omg, flat. perasaan yang tak sabar nk menghabiskan novel tu. sbb nk start novel lain.

honestly, maybe sebab ni novel pertama hlovate, dan aku rasa die tak berjaya menarik aku utk turut serta bersama-sama mereka yang mempromote utk membaca novel ini. maybe aku sarcastic, sbb selepas membaca novel2 ramlee awang murshid, aku tak lagik membeli novel2 melayu selain tulisan RAM. setelah bertahun2, aku tergerak nk membaca kisah cinta, alkisah terbelilah hlovate dan novel2 lain. so aku rasa sedikit terkilan membacanya sbb bagi aku, it did not meet my expectation. novel ini ditulis dgn penceritaan yang bersahaja, dan mungkin itu yang membuat ia menarik perhatian ramai. tapi tidak bagi aku. mungkin novel-novel hlovate yang lain bole menyemarakkan balik rasa ign terus membaca novel2nya. mungkin. fyi, aku beli 3 novel hlovate time pesta buku tu.

bintang: 2.0 je.

3 comments:

  1. novel2 melayu memang la like streotype gitu..watak sama, penceritaan dan setting je berbeza..kalau novel omputih tu, semua lapisan masyarakat disentuh..no wonder la filem2 melayu pun streotype jugak..now drama2 kat tv semua bajet kawen tanpa rela tapi mesti dengan anak orang kaya. dah semua budak2 remaja dok berangan nak kawen dengan orang kaya la pulak sekarang ni..hihi

    ReplyDelete
  2. kannn! sgt! igt lagik time raya aritu, tv3 ade pasang cite vanilla coklat raya kot, yg duduk bersusun depan tv, sume sepupu sepapat bdak2 skolah. paling tua pun ada lah dlm f5 (adik sndrik). yg dah tua2 sume tak layan.

    when i asked what's so special bout the telefilm, they simply said, sweet sgt.

    duhhhhh!

    ReplyDelete
  3. kannn! sgt! igt lagik time raya aritu, tv3 ade pasang cite vanilla coklat raya kot, yg duduk bersusun depan tv, sume sepupu sepapat bdak2 skolah. paling tua pun ada lah dlm f5 (adik sndrik). yg dah tua2 sume tak layan.

    when i asked what's so special bout the telefilm, they simply said, sweet sgt.

    duhhhhh!

    ReplyDelete