Showing posts with label Alhamdullillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdullillah. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Aminkan Boleh?

setiap kali bercerita tentang pregnancy, aku mesti akan kata,

doakan sy dapat kembar ye. aminn
eh, aminkan sy, aminkan saya. 
(sambil selamba mintak org lain aminkan jugak. selagi die tak sebut amin, aku paksa gak)

selamba eh? tak jugak, sbb aku percaya, makin ramai yg aminkan, makin dekat doa itu denganNya. kann?

kannnnnn?

and how i wish, i was this positive during my TTC time.
takde sentap2 bile org tanya bila nk dapat anak.

well, this is how i answer when people ask me when hamza's going to get adik.

bukan apa, aminkan orang pun sebenarnya adalah hadiah bagi orang tu kan? kan?



Thursday, November 21, 2013

Stay Positive!

sebenarnya bukan senang nk sentiasa positive. dah nama kata manusia kan. negative je sentiasa.

jujur, ini kisah negative aku. please dont judge me.
sebab aku cuba utk stay positive. and this is me being positive.


dan ini cerita 4hari lepas. cerita basi. tp aku mahu share.

famili laki aku sedang bergolak. jadi laki aku nk balik kg nek bas. 

aku tanya, "napa tak balik ngn N (N adalah adik laki aku)?"

dan jawapannya "N tak bole naik bas, sbb dia pregnant."

fyi, dia baru je kawen september lepas.
owh, dan dia jugak sbaner ada PCOS. kata familinya la. tah, aku tak pernah amik port. isu2 sensitif, aku lebey rela tuan badan yg cerita, bukan aku yg sibuk2 amik tau.

pregnant?
ok sentap.
baru 3bulan kawen.
wohooooo!

ttibe, aura jeles aku membuak2. 

setan terus berbisik kat aku "lepas ni makin hebat la derang cop ko yg problem nk pregnant aritu. sbb anak2 pompuan die sume subur"

jahat kan setan.
setan mmg sentiasa jahat. tp manusia ada akal, utk fikir buat jahat ke buat baik kan?

mmg, jujur, aku jeles, sentap dan segala mak nenek. wallawei senang gile ko nk dapat anak.

tp, aku diam. diam dan diam.

setengah jam kemudian, aku terfikir... 

lantakkan dia sudah. tak payah sakit2 hati nk pk.

dan sebenarnya, lantakkan dia sudah. tak payah sakit2 hati nk pk. adalah aku being positive. terima qada qadar. rezeki mereka cepat. rezeki aku nk dapat hamza lambat. itu tertulis utk kami. terima. positive.

and it works! takda lagik rasa sentap. takda lagik rasa jeles. terus jadik tak berperasaan.

oh ya, aku mmg org kurang berperasaan. but then, it is me being positive.

apa aku cuba sampaikan ialah, ye, aku tau, TTC adalah masa perasaan kita sgt2 sensitive. aku mengaku tu. in fact aku yg dah ada anak ni pun sedikit terkesan bila org lain senang2 je dapat anak. tp, di sebalik all those negativity, cuba utk positive.

being positive do helps. 
it helps easing your mood. 
it helps taking some burden off your shoulder.
and it helps you live your live more passionately.

for only He knows what best for us.

mungkin sekarang ko rasa down sbb takde anak. tp ko tak perasan yg sbaner tuhan bagi ko mende lain lebey. so sabar. be positive. 

lagikpun, by being positive, ko akan rasa semua menda mudah.

dan, ada hikmah sebalik kejadian. ada hikmah di sebalik aku diam, pendam dan akhirnya lantakkan dia sudah. tak payah sakit2 hati nk pk.

sebab.. Allah SWT ada perancangannya sendiri.

tapi tu cerita lain. entry lain aku cite.

jadi, kalo kowang dah down, sebab org lain pregnant (mcm aku awal2 tu), stay positive. divert kan fikiran anda ke tempat lain. lantak kan je mereka semua. anggap je mereka tak wujud. atau anggap je mereka cuma semut2 kecil dalam kehidupan anda. stop thinking bout them.

it helps.
well, it did helped me staying positive.

insyallah. 
masa kita akan tiba.

as for time being...






Wednesday, November 20, 2013

alhamdulillah

for only He knows what best for us.

alhamdulillah for we are still breathing,
alhamdulillah for our loves one are still with us,
alhamdulillah.
alhamdulillah.




so, have you say alhamdulillah today?


ada hikmah setiap kejadian.
insyallah

Monday, May 13, 2013

1 Tahun Lepas

arini genap usia hamza 1thn 2hari.

alhamdulillah.

mcm baru semalam je hamza lahir. mcm tak percaya pulak.

baru naik lunch, sembang2 pasal kelahiran anak. biasalah, setiap org punya cerita melahirkan yg berbeza. ada yg kuar kut pintu, ada yg kuar kut tingkap. masing2 punya pengalaman sndrik.

aku bukak cerita pasal kelahiran hamza. erm, hamza lahir tidak dijangka, genap2 37minggu hamza lahir. c-sect. siang aku bole pegi keje nek tangga turun tangga, makan eskrem sesama lepak pantry, ttibe malam beranak. hoho.

pegi check doctor, routine check up sbaner malam tu, bile doc tgk, eh u dah ada opening.

dan aku macam, dah ada opening??? (see those questions marks?)

doc sambung lagik. ye, dah 3cm, u tak rasa sakit contraction ke?

dan aku macam, err sakit contraction camne? sy sakit tru out pregnancy, sy tak bole nk differentiate sakit contraction ke sakit camne? (bayangkan seorg bakal ibu yg sgt blur)

doc sambung lagik. la, takpe meh kite check baby camne. eh, baby tak engaged ni. sy cadangkan u c-sect.

dan aku macam, .......??? (sambil pandang abg, abg pandang aku balik)

doc sambung, tali pusat terbelit, baby tak engaged, u pun dah ada opening, contraction akan bertambah. might as well u operate je drp sesia sakit tp kena operate jugak sudahnya.

dan aku macam, .......???

doc sambung lagik, takpe u kuar dlu bincang ngn husband ngn family, pastu masuk jumpe sy balik.

keluar bilik doctor, aku terus call mak. bgtau yg doc suruh operate. mak kata kalo dah doc suruh, operate je la. nnti kalo tak operate lagik bahaya. ok.

masuk balik bilik doctor.

ok doctor, sy operate. bile? (mind u, it was 9pm. aku masih dgn baju kerja, abg pun sama. belum naik umah lagik. beg baby masih dalam umah. beg aku sndrik tak siap lagik)

doc selamba cakap, "well, malam ini"

aku terus sebut "tp sy belum dinner lagik!"

hahahahhaha. bengong kan. ok honestly aku rasa aku dah tulis semua ni dlm entry yg lepas. tp aku tetap nk tulis gak lagik. it was a memorable experience. tak salah tulis bebanyak.

so malam tu, lepas dinner kami balik umah, amik baju, solat hajat dan terus pegi kohilal. yg lagik best, sampai kat kohilal, aku mintak air dekat nurse, nk rendam akar siti fatimah.

nurse kata "eh, u dah nk operate mana bole makan minum"

aku kate "ehh tak bole eh. kalo haus nk minum pun tak bole?"

haha. bengong.

alhamdulillah, hamza dilahirkan malam tu jugak, kira2 pukul 4 pagi. dan alhamdulillah lagik, semuanya lancar.

nk dijadikkan cerita, hp mati, charger tak bawak. nice. so aku n abg swap hp so tat die balik umah bole charge. die balik umah around 5pagi. aku suh die datang pagi2. bosan kot. abg datang hospital balik kul 11pagi. sbb die tertido. nice!

famili aku sampai dlu. alhamdulillah sekalik lagik, aku rasa sgt sihat. sampai ramai yg tanya, ko ni baru lepas beranak ke tak?

petang tu, aku mintak nurse bukak saluran air kencing tu sbb aku nk bangun pegi tandas. mlm tu aku rasa sakit yg amat, rupanya sebab plaster atas perut tu. doctor bukak plaster tu, terus hilang sakit. ok, aku ada masalah kulit gamaknya.

esoknya aku yg minta balik. tp tak bole balik lagik. isnin baru balik. nurse pujuk duduk semalam lagik. tp aku rasa mcm dah tak perlu duduk hospital, aku nk balik. semua org pelik. sbb tak nampak mcm br lepas beranak.

balik terus kampung, besoknye masuk plak hospital sbb hamza kuning. ok, sgt seksa. sbb aku beranak kat private, tp lepas tu masuk hospital kerajaan. maaf kata, tp layanan mmg berbeza, nurse aku rasa sume dah la sombong, tak membantu langsung. seyes!

hari pertama aku masuk. dukung hamza atas katel. aku duduk bersila. depan katil aku, ibu muda jugak, terkepit2 duduk. sambil mata terbeliak pandang aku. aku senyum je.

dia tanya " tak sakit ke tu? sambil tunjuk kat aku"

aku pandang bawah "sakit ape?" (seyes aku tak paham apa die tanya)

tuuuuu.. sambil tunjuk bawah tuttt

ooooh. pahamla saya "owh, sy c-sect. tak sakit kt bawah. bole duduk camni. sakit time dari baring nk bangun" senyum.

ok, bukan nk riak atau megah. aku bersyukur sgt sebab tak rasa sakit delivery and post-delivery. dan bile aku bercerita, bukan niat utk berlagak. tak langsung. kenapa nk berlagak? sepanjang aku mengandung aku sakit. tru out pregnancy aku sakit. org morning sickness 1st trimester je. aku sampai beranak dok muntah2. so aku tak berlagak. sungguh tidak. dan terus terang aku kata, aku takut dgn sakit beranak. sbb aku tak pernah rasa. demi Allah!


Wednesday, May 8, 2013

Almost 1

this sunday, hamza will officially turn 1y.o!

alhamdulillah. mcm cepat betul masa berlalu kan.

terima kasih Allah atas anugerah ini.

utk bday hamza, aku tak wat besar2 pun, panggil family terdekat je ngn kawan2 rapat je. a small party reunion la kengkonon.

menu utama:
1) nasi ayam golek
2) spegeti

desert:
1) tiramitsu kek (sendri buat. wahhhhh. hebatnye la kengkonon. mlm ni nk test buat, kalo jadik, mmg akan wat bebanyak. yeaaa!)

kek:
red velvet boboiboy. (pun sndrik nk buat. ini malam nk test wat satu. sbb daddy tak percaya mummy bole buat, so daddy kate, awak buat dlu, kalo sy approved awak bole buat, then ahad ni awak buat, kalo tak, beli je. errrrrrrrrrr)

hohoho.

excited terlebey, ini hari pegi keda kek beli barang mau buat kek. perghhh! mahal gak. total sume rm77. errr. bek beli secret recipe je kot?

Wednesday, May 23, 2012

12th May 2012

jam 2.46pagi, aku bergelar Mummy.

alhamdullillah. syukur tuhan.

semua sekelip mata. mcm sekejap je doc godek2 perut aku, abg gentel2 tangan aku supaya aku berjaga, ttibe dgr suara dr masitah minta abg azan. abg mcm terpaku. dr masitah keraskan sikit suara, cepat, azan sekarang. abg bole tanya lagik, sekarang? ye, sekarang! bergetar suara abg azan.

pastu nampak satu object putih dekat depan mata, ok, ni anak awak ye.

aku nampak sekelip mata je. pandang abg balik, baby nangis tak, itu soalan pertama aku. abg jawab, tu, die tgh nangis. lepas tu baby dibersihkan, terus bawak keluar.

dan abg pun duduk balik kat kerusi dia sambil terus pegang tangan aku. bosan nya. bole pulak doc n the team bersembang pasal tanam pokok? haha. korang penag tgk greys' anatomy? yg die bersembang2 dlm OR tu? owh, itu adalah reality! bayangkan derang sembang pasal nk tanam pokok sambil sudahkan operation aku?

pastu abg disuruh keluar. dan aku ditolak keluar gak. dalam kul 3.30am la time tu. still, bayang baby pun aku tak nampak. mintak dekat abg, abg, nk baby, mana baby? baru baby dibawak dekat aku. abg dukung letak dekat dada. br nampak muka baby,

ya Allah, anak aku... anak aku. anak aku. air mata pun jatuh. owh, dah ada anak dah aku. nk pegang lebey2 tak bole sbb aku separuh sedar. tgn dan kepala je bole gerak. tu pun limited. pandang je muka baby.

dalam kul 4.30am, abg pun balik umah.

terkebil2 aku pandang syiling. dah jadi ibu dah aku. mcm cerita dongeng. semalam masih lagik dalam perut aku.


owh, 11th May 2012, time nk ke clinic, pergerakan baby sedikit kuat, dan aku pujuk baby dan kata
"sabar sayang, malam karang mummy n daddy jumpa awak ye. sabar sayang. malam karang kita jumpa"

dan, mmg malam tu jugak kami bersua muka.


alhamdullillah.

terima kasih Allah.

Monday, May 21, 2012

11th May 2012

bangun pagi cam biasa kul 6, hi-hi-bye-bye kat en suami pastu sambung tidor. bangun balik kul 7.15 dgn perasaan pergh malasnya aku nk pegi keje arini! tp takpe sbb jumaat so bole tido time jumaat. ok. itu set dalam otak!

(fyi: tiada langsung perasaan mahu beranak ataupun kesakitan contraction. owh silap, kamis malas jumaat tu mmg ada sakit2. en suami dah ajak pegi hospital tp tanak, sbb layan tido lagii nice.)

pegi ofis siapkan keje2 pending. pastu kemas2 sket bilik ofis yg bersepah tu.

(fyi lagik: bilik aku mmg bersepah, atas meja penuh ngn makanan, atas almari penuh ngn kertas2 ngn file, belakang kerusi ada toto. perghh!)


siapkan kerja2. turun beli lunch, lepak2 pantry sampai kul 2. owh jumaat kan, so lunch lama, 2ptg tido, sampai 3.30. ok kantoi 45minit. hahahaha.

(fyi: ofis aku tingkat 3, tanpa lift, pantry kat tingkat 2. cafe of course la building lain kan.)

bangun kul 3.30 terus pegi solat. skalik lagik check kalo2 ade keje2 pending, make sure sume dah cc kat kakak ofis. buang2 sampah2 dalam ofis, kemas toto cantik2 letak bawak meja. kire aku nih berkemas2 la walhal selama ni sikit aku tak heran. hah.

(fyi, sejak aku pregnant ni, penyakit m tu sediki besar. hahaha)


sharp kul 5, mahu pulang, siap tanya member, sume dah settle kan. takde ape pending kan? yg tinggal cume kunci ofis aku je. sbb yg spare dah ilang, so aku lupe nk buatkan spare utk letak kat ofis. sbbnya kalo derang nk masuk bilik aku nnti camne? haiyaaa. selamba aku kate kat member, ala kak, takpe, senin nnti sy bagi. kalo sy dah beranak, nnti sy mintak husband sy passing kat sesape ye.


(fyi: aku memain je time kata kalo dah beranak tu. sbbnya the next week adalah sgt crucial, kiteorg ada audit, dan aku bertanggungjawab utk satu section. )


balik keje singgah clinic kejap utk set appointment then balik umah tunggu en suami, baru pegi balik klinic. sbbnye clinic tu susah sgt nk carik parking, so better nek 1 kereta je.


(fyi: kami masih perang dingin time tu. aku dan husband)


masuk clinic, doc check darah dlu, owh sedikit naik disitu. check punya check, rupanya aku dah ada opening. whattt? 1-2cm. whattt sekalik lagik? doc siap tanya, u tak sakit ke? errrr.. tade pun. sbb kat ofis keje byk kot? doc seluk utk check baby dah engage belum. ok belum engage. tp dah ada opening. ok sgt sakit ok seluk itu. sakitttt! terangkat gak la aku. lepas tu scan, tgk2 baby facing upwards.

pastu, tali pusat pulak terbelit. haiya la baby. tanak kuar lagik ke? tp cam biasa, aku dan hubby tak kesah sgt, ye la, br je kan 37weeks. ade lagik 3minggu.

pastu, doc suh duduk, dan dia kata, ada 4 mende penting.
1. baby tak engaged
2. baby facing upward
3. tali pusat terbelit
4. aku dah ada opening. meaning contraction akan cepat datang

aku pandang husband, husband pandang aku. ok, so?

so doc cadangkan c-sect.

aku pandang husband, husband pandang aku. what???

sbbnya, baby tak engaged lagik. dan sebab tali pusAT terbelit, possibility utk lahir normal cuma ada lagik 5%.

aku pandang husband, husband pandang aku, so bila doc suggest c-sect?

tonight.

aku pandang husband, husband pandang aku, whattttt?

 u dah ada opening, meaning contraction bila2 masa. 95% mmg akan kena c-sect. so, daripada u tunggu esok lusa, minggu depan, contraction datang, better u buat malam ni gak, so tat tak sakit dah. no point tunggu lama2 contraction padahal mmg akan c-sect.

aku pandang husband, husband pandang aku... speechless.

takpe, pegi bincang ngn ur famili dlu. nnti masuk balik bg jawapan.

(fyi, time tu, pukul 9 malam ye. dan aku serta husband, masih berbaju kerja. dan belum dinner ye. lapar)

bincang punya bincang, setuju utk c-sect. malam tu jugak. ikutkan doctor, die tak bagi balik umah, terus je pegi hospital utk prep. tp aku mintak utk makan dlu. sbb lapar. pegi makan secret recipe. tp sket tak sedap maybe sbb aku tgh risau. husband langsung tak makan. sbb die lagik risau.

balik umah, amik barang2 yg patut, solat dlu. then ke hospital.

kul 2 pagi baru ditolak masuk OR. sbbnye, sebelum aku, ada satu lagik operation, patutnya aku dlu, tp sbb aku dah makan, aku jadik 2nd case.

2.46am, azan dialunkan oleh en suami, bersamaan dgn saat baby dikeluarkan dari perut aku.

ok, dah panjang sangt, nnti aku sambung. aku nk tido. karang malam anak aku bangun aku tak bole tido. dia mmg bgn kul 12 malam ke atas. batman la katakan. superhero mummy and daddy.











Thursday, May 17, 2012

alhamdullillah


Time: 2.46am
DOB: 12th May 2012

Weight: 2.3kg
Height: 48cm

POB: Pusat Perubatan Kohilal
OB/GYN: Dr. Marsita Mansor
Delivery Method: C-sect


alhamdullillah Allah.

sorry for the late entry, i was discharge on Sunday (evening) only to be warded back on Monday due to the baby's jaundice. alhamdullilah, we are discharge on tuesday evening but have to get a blood test everyday to monitor the jaundice (for 14days amik darah, kesian kot baby!)

owh btw, aku tak budget pun nk beranak on saturday pagi tu. emergency c-sect. nnati aku cite lain.

mak panggil makan.