Showing posts with label Klinik Pakar Kanak-Kanak Sri Damansara. Show all posts
Showing posts with label Klinik Pakar Kanak-Kanak Sri Damansara. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

Ala Sakit Sikit Je pun

sabtu lepas, time balik lunch, terperasan telinga hamza macam berkerak. owh, apa itu? tak tunggu lama terus singgah kedai beli cotton bud, pastu korek. eh, ni dah cam berkerak kat hidung nih. pastu bila tarik, kaler hijau. ehhhhhhhhhhh. ni sebijik cam hingus hijau yg hamza selalu bersin keluar pagi2. kenapa pulak dekat telinga?

ah sudahhh!

terus la menuju ke Klinik pakar kanak2 wangsa melawati. time tu dah kul 2.30. sekalik die kate, kak, registeration sampai kul 12 je. sekarang ni nk habiskan patient yg menunggu tu je.

haiyaaaaaaaaa...

nk ke prince court, mcm tak sempat, sbb nk pegi ganti cermin kereta daddy yg retak tu. dah lama sgt dah tunggu nk ganti smp crack dah makin besar. tgk telinga hamza, ok takde mende. so off we went. igtkan sekejap je. sekalik. pergh la seharian kot kat kedai tu.

dah petang, telinga hamza start jadik balik. ah sudahhh. amende nih sbaner? pakai cotton bud buang je la.

balik umah google, perghhhh, berderau darah bila tau ape sebenarnya. Acute Otitis Media! bole lead to pekak tu! sudahhh! mula la tak senang tido, kejap2 lap telinga dia. tp tak berani nk cungkil dalam2. takut plak.

pagi2 ahad, terus call prince court, sekalik paed clinics sume tutup la plak. cetttt. meraban nih nk carik paed ni. google punye google, jumpa la Klinik Pakar Kanak-Kanak Bandar Sri Damansara. tak tunggu lama, terus je la pegi sana.

owhhhh.. org ramaiii. tp doctor bagus. Dr. Sakina Han. highly recommended! she's good with children. yg penting hamza tak nangis jumpa dia. which is sgt2 bagus. the way she handled hamza pun aku puas hati. the way she explained to worried first time parents like us pun sgt bagus. she will answer your questions (tho some maybe did not make any sense).

highly recommended! yg paling penting, they are open on sunday! which is a bonus. so confirm pasni pegi sini je dah. takde la jauh sgt ngn umah pun.

Klinik Pakar Kanak-Kanak Bandar Sri Damansara,
366, Jalan Tanjung SD 13/1,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur
Monday- Thursday: 9am - 12.30 pm, 6pm-9pm
Friday: 9am - 12.30 pm
Sat-Sun: 9am - 1 pm
03-62777370

oooo. risau.

tp yg paling tak menarik tu, ade plak suara2 sumbang yg ckp
la, sakit telinga pun nk bawak pakar?
biasa la tu sakit telinga. takda apa la tu
huih, sampai pi pakar? pi klinik biasa sudah la.
ala, tak payah pi klinik, tiup2 sudah. tak pun tu, bubuh dalam tu air orkid.
ala, anak sowang bole la.

ok, time aku dgr semua ni, aku pandang je muke makcik2 yg bercakap tu mcm nk terbeliak biji mata. haiii, bukannya aku mintak duit hampa pun nk pi pakar. bukannya aku mintak duit hampa pun nk p clinic. pasaipa nk kecoh2 bagai.

hampa tau ka anak aku menangis malam2 mcmmana sbb sakit? iskkkk...

seb bek aku tak kenal sume yg bercakap tu. kalo tak, confirm kene laser. fyi, lepas pegi clinic kiteorg pegi jumpa MIL aku ngn kawan2 die. kawan2 die la yg bersuara sumbang tu. kebetulan, kiteorg jumpa dekat dekat hospital tawakal, en suami pun bkk cerita yg aritu aku warded dekat tawakal.

sekalik lagik mereka bagi pandangan pelik. pasai pa nk warded kat private, hospital gomen kan ada?

ah sudahhhhh...

malas aku nk pk panjang terus dukung hamza kekonon nk bawak jenjalan.

hurmmmmmm.....

xde la, nk masuk hospital mana, nk pegi clinic mana, itu hak kami. kalau kami sebagai ibu bapa mahu yang terbaik utk anak2 kami. no offence, bukan nk kata hospital kerajaan tidak baik. bukan. tp faham2 la, kalo pegi klinik kerajaan, que die panjang, dan die suh jumpa MO dlu br forward ke pakar. mcm2 kan. dan bagi aku, tak salah, utk pegi kalo kita mampu.

tah la... rambut je sama hitam, hati mmg tak tentu merah atau hitam lagik. :P