Showing posts with label daddy's experience. Show all posts
Showing posts with label daddy's experience. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Jauh

esok merupakan malam pertama mummy tak tido dgn hamza. sbb mommy kene outstation pegi penang. ceh! penang je. bukan jauh pun. tapi tak ley nk bawak daddy n hamza, sbb mummy kene share bilik dgn colleague mummy.

hurmmm... tak pernah lagik ni berjauhan dgn hamza sejak die lahir. waktu mummy demam urat aritu pun, walaupun daddy bawak hamza tido luar, tgh2 malam tu, mummy diam2 bangun tido gak sebelah hamza. pastu bile hamza nangis, mummy kejut daddy suh wat susu, baru mummy masuk bilik balik. haiyarkkk. (malasnye mummy awak ni sayang)

tp esok, kene pegi penang. iskkk. rimas la perut. ikutkan perancangan, patutnye pegi ari kamis. the earliest flight pastu balik petang tu jugak. come on, penang dekat je ok. tido2 tak payah.

tp bos tanak, sbb kalo naik earliest flight, kene kuar umah kul 5. so? ape masalah? kuar je la. dushhhhhhhh! tp sbb die bos, dan kami kuli, kene la ikut kata bos, kene pegi besok petang. dan malamnye nnti camne? skype je la ngn hamza.

owh, bukan jauh pun penang. daddy aritu pegi china lagik. mummy 1 malam je. daddy sampai 2minggu. so daddy, jaga hamza elok2 tau. die nangis nk susu, bangun buat susu, bukan tepuk suh die sambung tido mcm slalu awak buat tu ye. :P


haila hamza, sure mummy rindu hamza.

tho semalam time hamza tido, mummy pandang muke hamza dan sebut out loud.
"takpe hamza, rabu malam ni mummy akan tido puas2 nyenyak2 tau. kamis malam mummy balik ye"

daddy kalih pandang mummy dengan pandangan membunuh.

hahahahhahah...


Tuesday, September 18, 2012

Away

Daddy shall be away for 9 days.

we are going to miss u daddy.

and please, do buy us souvenir, kalo tak, tanak bukak pintu nnti balik!

Saturday, August 11, 2012

Hamik Kau!

note: kalo anda tgh makan, sile jgn bace. hoho

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu.

semenjak 2 3 menjak ni, aku perasan, setiap kali aku masuk baby room dekat jusco, mesti ade parents yg basuh bontot anak dekat sinki yg ada kat stu. cumanya, yg tertulis die sinki tu, Due to hygienic reasons, please be informed that this sink is only for hand washing and baby utensil washing.

still, masih ramai yg basuh bontot anak disitu, despite the notice.

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

sampai je di jusco, benda pertama kiteorg akan buat ialah pegi ke baby room, buat susu bagai, check pampers bagai. dan time tu jugak, ade 2 org parents basuh bontot anak dekat sinki tu. selama ni aku diam je tgk, tak berkata apa2. tp kali tu, ttau nape, mulut mcm nk gak berkata2. ok, setan tade time ramadhan ni, confirm nafsu yg menyuruh berkata2. dem!

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

aku: yang, awak perasan tak tadik, derang basuh bontot anak kat sinki tu, patutnya tak bole la basuh kat stu. tak hygienic. siap 2org lagik tu basuh.

abg: owh ye ke tak ley? abg igt bole. sbb selalu je nampak org basuh.

fyi: biasanya kalo kat dalam baby room tu, abg akan ganti baju/pampers hamza (kecuali die berak la) dan aku plak wat susu, basuh bototl, penuh kan air panas etc.


zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

time berbuka, cam biasa la makan gilir2. abg makan dlu, aku jaga hamza, pastu aku makan abg jaga hamza. sbbnya stroller tak bawak, ada carrier je. time abg makan, hamza ok je. takde pape. time aku makan, hamza buat kek. hahahaha. dgn penuh jayanya die meneran2 sekalik dgn kentut bagai.(owh, fyi lagik, kami tak penah bbuka on time sekarang ni, mmg standard la masuk berbuka kul 8.30, n bbuka dlu ngn air pastu magrib) dah selesai berbuka terus pegi baby room lagik, nk basuh berak hamza.

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

bukak je baju hamza, pergh la ko, taik terkeluar sampai ke perut. ok sampai dada. fyi lagik, hamza baru tukar pampers dari size S ke size M. time abg ganti pampers die tadik, die kasik longgar sbb lupe dah pakai M, die igt masih S. aku n abg dah panic tak hingat la. maksudnya sungguh la anak aku sakit perut tadik, tu bermacam2 gaya die meneran tadik. nk dijadikkan cerita, baby wipes pulak ade sikit je. confirm tak cukup. abg pegi toilet amik tisu toilet, pun tak cukup sbb ade sikit je. ah sudah! dah la penuh baju ngn seluar. tgn aku pun dah penuh. couple sebelah kiteorg panang je tgk aku yg panic tu sambil senyum2. (kakak, abg, ni first time ok, sbb tu kami panic!)

tisu toilet dah abes, wet tisu abes sepeket aku kejekan. sudahhhhhh. tak cukup lagik. aku siap cakap, hamza, awak kene mandi ni sayang kalo camni. dgr je aku cakap camtu, abg terus angkat hamza dan cakap, ok yang, jom basuh kat sinki tu.

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

kami dah takde jalan lagik, terpaksa basuh kat sinki. dont worry, pastu aku service la sinki tu, makesure takde poo yg ttinggal. dah basuh, nk pakai kan pampers, br sedar, celah kangkang hamza ade ttinggal lagik. dushh. sekalik lagik bawak g sinki basuhhh. dah la dlm baby room tu sejuk. kesian hamza menangis kesejukan. nk wat camne sayang, mummy daddy kene servis awak kaw kaw punye!

kuar je dari baby room. first thing aku sebut kat abang, zaman sekarang ni Allah bayar cash je. tadik mengata org basuh bontot anak kat stu (derang kencing je) kita siap basuh anak berak lagik bang. zaman sekarang ni Allah bayar cash je.

abg pun sengih2 kambeng. aku pun sengih2 kambeng.

itu la, manusia, we learn from our mistake, from our experience.

ok, tobat tak mengata org dah. zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

btw: Lil Hamza is now 6.1kg at 3months old. chubby not-so-little  baby eh? =D

Thursday, August 9, 2012

Secret #02: Tolak

let me share a secret.

aku adalah first time mommy (tak, ini bukan secretnya) selepas TTC 2thn lebey (ok, ini juga bukan secretnya). jadi, bila hamza lahir, byk menda yg kene belajar sbb tak tahu. jadual hidup berubah2 mengikut peel hamza. takda lagik me-time. tidur malam pun tak menentu. mata lebam cam panda jgn kata la kan time pantang dlu.

being first time mommy, sume menda yg kecik akan jadik besar. hamza kene gigit nyamuk, berkoyan2 bedak dan minyak aku sapu. hamza merengek2, semalaman aku tak tido. semua benda serba tak kena bila berkaitan dgn hamza. itu takbole, ini tak bole. itu jgn, ini jgn. dan deep down, aku akui, ini pun penangan lambat dapat hamza, makanya overprotective tu lebey sikit.

dlm byk2, yg paling aku risau ialah Infant Sudden Death Syndrome (SIDS)

penah dgr?


As the name implies, SIDS is the sudden and unexplained death of an infant who is younger than 1 year old. It's a frightening prospect because it can strike without warning, usually in seemingly healthy babies. Most SIDS deaths are associated with sleep (hence the common reference to "crib death") and infants who die of SIDS show no signs of suffering.
While most conditions or diseases usually are diagnosed by the presence of specific symptoms, most SIDS diagnoses come only after all other possible causes of death have been ruled out through a review of the infant's medical history, sleeping environment, and autopsy. This review helps distinguish true SIDS deaths from those resulting from accidents, abuse, and previously undiagnosed conditions, such as cardiac or metabolic disorders.
When considering which babies could be most at risk, no single risk factor is likely to be sufficient to cause a SIDS death. Rather, several risk factors combined may contribute to cause an at-risk infant to die of SIDS.
Most deaths due to SIDS occur between 2 and 4 months of age, and incidence increases during cold weather. African-American infants are twice as likely and Native American infants are about three times more likely to die of SIDS than caucasian infants. More boys than girls fall victim to SIDS.
Other potential risk factors include:
  • smoking, drinking, or drug use during pregnancy
  • poor prenatal care
  • prematurity or low birth weight
  • mothers younger than 20
  • tobacco smoke exposure following birth
  • overheating from excessive sleepwear and bedding
  • stomach sleeping
source: here


jdi, setiap kali hamza tidur, aku sgt takut. setiap kali hamza tido tak bergerak2, aku letak tgn dekat hidung dia nk rasa nafas dia, atau pun pandang tak berkelip tgk die bernafas ke tidak. cium ke ape ke yg penting aku nk tgk die bergerak. kirenya aku akan makesure die bergerak br aku buat keje lain.

malam2 kalau hamzaz tidur nyenyak sgt, cium pipi pun die tak gerak, aku akan tolak badan dia sampai die buat bunyi, br aku akan tido balik.

melampau kan?

tade sape tau aku berperasaan cam ni. tade sape, termasuklah laki aku. dan aku tak pernah berniat nk cite kat sesape pun, tambah2 plak nk tulis kat blog. tp incident pagi tadik, buat aku rasa nk cite gak.

pagi tadik, abg dah bersiap2 nk pegi keje, so die cium pipi hamza sblm pegi keje. hamza wat tatau je. bergerak tidak bersuara pun tidak. abg cium lagik. still takde respon. selamba abg tolak badan hamza smp hamza berbunyi. lepas dgr hamza mengeluh dan bergerak, br abg bgn dari katil. *abg tak perasan aku pandang je ape die buat*

dan dalam ati, owhhh, laki aku pun same sbaner cam aku. bukan aku sowang je la yg pelik dan overprotective. mmg sepadan kami kan?

hahahah

Thursday, August 2, 2012

Ehh?

malam semalam semalam, seperti biasa bangun kul 4utk masak sahur. kebetulan hamza pun dah merengek2 lapar. so buatkan la susu, pastu pass kat daddy mintak daddy susukan.

biasala daddy, nk kejut mengalahkan nk kejut hamza. kejut hamza cium je pipi die terus bukak mata, daddy? simbah air baru bangun kot? haihhh, kejutkan daddy paksa gak daddy bangun susukan hamza, mummy terus g dapur masak.

dari dapur ade gak dgr daddy mmbebel2 dlm bilik dekat hamza.

time sahur tu, daddy cite, tadik time bagi hamza susu, daddy terlena, pastu dengar hamza merengek2 pastu daddy dgn tak bukak mata ckp kat hamza
"hamza ape lagi ni? minum je la susu ni"

dan hamza makin kuat merengek.

daddy bukak mata, pastu br sedar bottle dr browns tu dah terlepas. jari daddy kosong tp dgn gaya memegang. confirm la hamza marah, sbb bottle tu kat tepi muke die, terpusing2 die nk isap bottle tu. pulak tu daddy bising2 marah die suh susu. lagik la hamza merengek.

ape la daddy nih!

Sunday, July 8, 2012

Unavailable

wekend arini kami sama2 balik umah baru dan kemas mcm nk gila. ye, kami semua, termasuk baby. tp of coz la baby baring atas katel saje.

mummy & daddy over exhausted tp umah tak settle2 lagik. so semalam, time daddy drive nk hantar mummy&baby balik umah wan, singgah kejap kat rnr rawang, sbb nk cucuk duit. lama gak daddy kat stu.

masuk je kete daddy cite

D: tadik abg masukkan kad nk cucuk duit, die kate ur card is unavailable. abg masukkan lagik sekalik, still unavailable. kali ke3 baru abg perasan. cube teka ape?

M: abg bukan masukkan bank card?

D: tak la, abg cucuk dekat mesin cash deposit! penat sgt la kemas umah n jaga baby malam tadik.

cetttttttt