Showing posts with label Delivery. Show all posts
Showing posts with label Delivery. Show all posts

Monday, May 13, 2013

1 Tahun Lepas

arini genap usia hamza 1thn 2hari.

alhamdulillah.

mcm baru semalam je hamza lahir. mcm tak percaya pulak.

baru naik lunch, sembang2 pasal kelahiran anak. biasalah, setiap org punya cerita melahirkan yg berbeza. ada yg kuar kut pintu, ada yg kuar kut tingkap. masing2 punya pengalaman sndrik.

aku bukak cerita pasal kelahiran hamza. erm, hamza lahir tidak dijangka, genap2 37minggu hamza lahir. c-sect. siang aku bole pegi keje nek tangga turun tangga, makan eskrem sesama lepak pantry, ttibe malam beranak. hoho.

pegi check doctor, routine check up sbaner malam tu, bile doc tgk, eh u dah ada opening.

dan aku macam, dah ada opening??? (see those questions marks?)

doc sambung lagik. ye, dah 3cm, u tak rasa sakit contraction ke?

dan aku macam, err sakit contraction camne? sy sakit tru out pregnancy, sy tak bole nk differentiate sakit contraction ke sakit camne? (bayangkan seorg bakal ibu yg sgt blur)

doc sambung lagik. la, takpe meh kite check baby camne. eh, baby tak engaged ni. sy cadangkan u c-sect.

dan aku macam, .......??? (sambil pandang abg, abg pandang aku balik)

doc sambung, tali pusat terbelit, baby tak engaged, u pun dah ada opening, contraction akan bertambah. might as well u operate je drp sesia sakit tp kena operate jugak sudahnya.

dan aku macam, .......???

doc sambung lagik, takpe u kuar dlu bincang ngn husband ngn family, pastu masuk jumpe sy balik.

keluar bilik doctor, aku terus call mak. bgtau yg doc suruh operate. mak kata kalo dah doc suruh, operate je la. nnti kalo tak operate lagik bahaya. ok.

masuk balik bilik doctor.

ok doctor, sy operate. bile? (mind u, it was 9pm. aku masih dgn baju kerja, abg pun sama. belum naik umah lagik. beg baby masih dalam umah. beg aku sndrik tak siap lagik)

doc selamba cakap, "well, malam ini"

aku terus sebut "tp sy belum dinner lagik!"

hahahahhaha. bengong kan. ok honestly aku rasa aku dah tulis semua ni dlm entry yg lepas. tp aku tetap nk tulis gak lagik. it was a memorable experience. tak salah tulis bebanyak.

so malam tu, lepas dinner kami balik umah, amik baju, solat hajat dan terus pegi kohilal. yg lagik best, sampai kat kohilal, aku mintak air dekat nurse, nk rendam akar siti fatimah.

nurse kata "eh, u dah nk operate mana bole makan minum"

aku kate "ehh tak bole eh. kalo haus nk minum pun tak bole?"

haha. bengong.

alhamdulillah, hamza dilahirkan malam tu jugak, kira2 pukul 4 pagi. dan alhamdulillah lagik, semuanya lancar.

nk dijadikkan cerita, hp mati, charger tak bawak. nice. so aku n abg swap hp so tat die balik umah bole charge. die balik umah around 5pagi. aku suh die datang pagi2. bosan kot. abg datang hospital balik kul 11pagi. sbb die tertido. nice!

famili aku sampai dlu. alhamdulillah sekalik lagik, aku rasa sgt sihat. sampai ramai yg tanya, ko ni baru lepas beranak ke tak?

petang tu, aku mintak nurse bukak saluran air kencing tu sbb aku nk bangun pegi tandas. mlm tu aku rasa sakit yg amat, rupanya sebab plaster atas perut tu. doctor bukak plaster tu, terus hilang sakit. ok, aku ada masalah kulit gamaknya.

esoknya aku yg minta balik. tp tak bole balik lagik. isnin baru balik. nurse pujuk duduk semalam lagik. tp aku rasa mcm dah tak perlu duduk hospital, aku nk balik. semua org pelik. sbb tak nampak mcm br lepas beranak.

balik terus kampung, besoknye masuk plak hospital sbb hamza kuning. ok, sgt seksa. sbb aku beranak kat private, tp lepas tu masuk hospital kerajaan. maaf kata, tp layanan mmg berbeza, nurse aku rasa sume dah la sombong, tak membantu langsung. seyes!

hari pertama aku masuk. dukung hamza atas katel. aku duduk bersila. depan katil aku, ibu muda jugak, terkepit2 duduk. sambil mata terbeliak pandang aku. aku senyum je.

dia tanya " tak sakit ke tu? sambil tunjuk kat aku"

aku pandang bawah "sakit ape?" (seyes aku tak paham apa die tanya)

tuuuuu.. sambil tunjuk bawah tuttt

ooooh. pahamla saya "owh, sy c-sect. tak sakit kt bawah. bole duduk camni. sakit time dari baring nk bangun" senyum.

ok, bukan nk riak atau megah. aku bersyukur sgt sebab tak rasa sakit delivery and post-delivery. dan bile aku bercerita, bukan niat utk berlagak. tak langsung. kenapa nk berlagak? sepanjang aku mengandung aku sakit. tru out pregnancy aku sakit. org morning sickness 1st trimester je. aku sampai beranak dok muntah2. so aku tak berlagak. sungguh tidak. dan terus terang aku kata, aku takut dgn sakit beranak. sbb aku tak pernah rasa. demi Allah!


Wednesday, May 23, 2012

12th May 2012

jam 2.46pagi, aku bergelar Mummy.

alhamdullillah. syukur tuhan.

semua sekelip mata. mcm sekejap je doc godek2 perut aku, abg gentel2 tangan aku supaya aku berjaga, ttibe dgr suara dr masitah minta abg azan. abg mcm terpaku. dr masitah keraskan sikit suara, cepat, azan sekarang. abg bole tanya lagik, sekarang? ye, sekarang! bergetar suara abg azan.

pastu nampak satu object putih dekat depan mata, ok, ni anak awak ye.

aku nampak sekelip mata je. pandang abg balik, baby nangis tak, itu soalan pertama aku. abg jawab, tu, die tgh nangis. lepas tu baby dibersihkan, terus bawak keluar.

dan abg pun duduk balik kat kerusi dia sambil terus pegang tangan aku. bosan nya. bole pulak doc n the team bersembang pasal tanam pokok? haha. korang penag tgk greys' anatomy? yg die bersembang2 dlm OR tu? owh, itu adalah reality! bayangkan derang sembang pasal nk tanam pokok sambil sudahkan operation aku?

pastu abg disuruh keluar. dan aku ditolak keluar gak. dalam kul 3.30am la time tu. still, bayang baby pun aku tak nampak. mintak dekat abg, abg, nk baby, mana baby? baru baby dibawak dekat aku. abg dukung letak dekat dada. br nampak muka baby,

ya Allah, anak aku... anak aku. anak aku. air mata pun jatuh. owh, dah ada anak dah aku. nk pegang lebey2 tak bole sbb aku separuh sedar. tgn dan kepala je bole gerak. tu pun limited. pandang je muka baby.

dalam kul 4.30am, abg pun balik umah.

terkebil2 aku pandang syiling. dah jadi ibu dah aku. mcm cerita dongeng. semalam masih lagik dalam perut aku.


owh, 11th May 2012, time nk ke clinic, pergerakan baby sedikit kuat, dan aku pujuk baby dan kata
"sabar sayang, malam karang mummy n daddy jumpa awak ye. sabar sayang. malam karang kita jumpa"

dan, mmg malam tu jugak kami bersua muka.


alhamdullillah.

terima kasih Allah.

Monday, May 21, 2012

11th May 2012

bangun pagi cam biasa kul 6, hi-hi-bye-bye kat en suami pastu sambung tidor. bangun balik kul 7.15 dgn perasaan pergh malasnya aku nk pegi keje arini! tp takpe sbb jumaat so bole tido time jumaat. ok. itu set dalam otak!

(fyi: tiada langsung perasaan mahu beranak ataupun kesakitan contraction. owh silap, kamis malas jumaat tu mmg ada sakit2. en suami dah ajak pegi hospital tp tanak, sbb layan tido lagii nice.)

pegi ofis siapkan keje2 pending. pastu kemas2 sket bilik ofis yg bersepah tu.

(fyi lagik: bilik aku mmg bersepah, atas meja penuh ngn makanan, atas almari penuh ngn kertas2 ngn file, belakang kerusi ada toto. perghh!)


siapkan kerja2. turun beli lunch, lepak2 pantry sampai kul 2. owh jumaat kan, so lunch lama, 2ptg tido, sampai 3.30. ok kantoi 45minit. hahahaha.

(fyi: ofis aku tingkat 3, tanpa lift, pantry kat tingkat 2. cafe of course la building lain kan.)

bangun kul 3.30 terus pegi solat. skalik lagik check kalo2 ade keje2 pending, make sure sume dah cc kat kakak ofis. buang2 sampah2 dalam ofis, kemas toto cantik2 letak bawak meja. kire aku nih berkemas2 la walhal selama ni sikit aku tak heran. hah.

(fyi, sejak aku pregnant ni, penyakit m tu sediki besar. hahaha)


sharp kul 5, mahu pulang, siap tanya member, sume dah settle kan. takde ape pending kan? yg tinggal cume kunci ofis aku je. sbb yg spare dah ilang, so aku lupe nk buatkan spare utk letak kat ofis. sbbnya kalo derang nk masuk bilik aku nnti camne? haiyaaa. selamba aku kate kat member, ala kak, takpe, senin nnti sy bagi. kalo sy dah beranak, nnti sy mintak husband sy passing kat sesape ye.


(fyi: aku memain je time kata kalo dah beranak tu. sbbnya the next week adalah sgt crucial, kiteorg ada audit, dan aku bertanggungjawab utk satu section. )


balik keje singgah clinic kejap utk set appointment then balik umah tunggu en suami, baru pegi balik klinic. sbbnye clinic tu susah sgt nk carik parking, so better nek 1 kereta je.


(fyi: kami masih perang dingin time tu. aku dan husband)


masuk clinic, doc check darah dlu, owh sedikit naik disitu. check punya check, rupanya aku dah ada opening. whattt? 1-2cm. whattt sekalik lagik? doc siap tanya, u tak sakit ke? errrr.. tade pun. sbb kat ofis keje byk kot? doc seluk utk check baby dah engage belum. ok belum engage. tp dah ada opening. ok sgt sakit ok seluk itu. sakitttt! terangkat gak la aku. lepas tu scan, tgk2 baby facing upwards.

pastu, tali pusat pulak terbelit. haiya la baby. tanak kuar lagik ke? tp cam biasa, aku dan hubby tak kesah sgt, ye la, br je kan 37weeks. ade lagik 3minggu.

pastu, doc suh duduk, dan dia kata, ada 4 mende penting.
1. baby tak engaged
2. baby facing upward
3. tali pusat terbelit
4. aku dah ada opening. meaning contraction akan cepat datang

aku pandang husband, husband pandang aku. ok, so?

so doc cadangkan c-sect.

aku pandang husband, husband pandang aku. what???

sbbnya, baby tak engaged lagik. dan sebab tali pusAT terbelit, possibility utk lahir normal cuma ada lagik 5%.

aku pandang husband, husband pandang aku, so bila doc suggest c-sect?

tonight.

aku pandang husband, husband pandang aku, whattttt?

 u dah ada opening, meaning contraction bila2 masa. 95% mmg akan kena c-sect. so, daripada u tunggu esok lusa, minggu depan, contraction datang, better u buat malam ni gak, so tat tak sakit dah. no point tunggu lama2 contraction padahal mmg akan c-sect.

aku pandang husband, husband pandang aku... speechless.

takpe, pegi bincang ngn ur famili dlu. nnti masuk balik bg jawapan.

(fyi, time tu, pukul 9 malam ye. dan aku serta husband, masih berbaju kerja. dan belum dinner ye. lapar)

bincang punya bincang, setuju utk c-sect. malam tu jugak. ikutkan doctor, die tak bagi balik umah, terus je pegi hospital utk prep. tp aku mintak utk makan dlu. sbb lapar. pegi makan secret recipe. tp sket tak sedap maybe sbb aku tgh risau. husband langsung tak makan. sbb die lagik risau.

balik umah, amik barang2 yg patut, solat dlu. then ke hospital.

kul 2 pagi baru ditolak masuk OR. sbbnye, sebelum aku, ada satu lagik operation, patutnya aku dlu, tp sbb aku dah makan, aku jadik 2nd case.

2.46am, azan dialunkan oleh en suami, bersamaan dgn saat baby dikeluarkan dari perut aku.

ok, dah panjang sangt, nnti aku sambung. aku nk tido. karang malam anak aku bangun aku tak bole tido. dia mmg bgn kul 12 malam ke atas. batman la katakan. superhero mummy and daddy.











Monday, February 27, 2012

Baby Expensive

atau bahasa melayunya bayi mahal.

semalam, setelah lama tak berjumpa gynea, kami pun amik keputusan utk pegi ke gynea. check up. takut jugak kalo kene marah sbb lama sgt tak datang. mak mmg dah marah pun. kul 5ptg singgah clinic register, kul 8.30mlm datang balik, ade lagik 9org, so makan dlu la.

masuk jumpe gynea around kul 11. well seperti biasa. 

alhamdullillah, baby sihat. cuma kali ni, baby taknak tunjuk muka. sombong ngn mummy.

tali pusat baby terbelit dekat leher. ok aku dah cuak, tp doctor kate takpe, 7bulan baru, die bole pusing2 lagik. lebey 2-3 kali aku tanya doc betul ke ok, bermasalah ke tak. tp die kate takpe. urmm, dr masitah mmg selalu camtu.

tak puas sgt tgk baby sbb die langsung tanak tunjuk muka. 

lepas ultrasound, sembang2 dgn doc pasal nk deliver kat mana. fyi, dr masitah attached dekat KPJ selangor (shah alam nun sana tu, in which, tak mungkin la, takkan nkberanak kat dalam kete?), tropicana medical centre, pusat perubatan kohilal, pusat perubatan seri gombak ngn satu lagik lupe.

since shah alam dah out of list, doc kate, u nk deliver kat tropicana ke? i tak suggest u pegi sana sbb sana quite expensive. normal delivery pun around 5k. sakit beranak die sama je kalo u pegi tempat lain. ok, seriously aku ngn hubby terdiam. tho mmg kami tak consider tropicana pun, sbb mcm jauh dan jam dari gombak ni nk menghala ke sana kan.

doc suggestkan kohilal. dekat ngn rumah, dan tak expensive sgt. normal delivery dlm 2k, ceaser br dalam 5K. + GL uia mmg bole pakai pun kan. 

doc kate lagik, terpulang kat u, tp kalo u tanya i, i akan suggest kohilal, sbb tropicana is too expensive. sakit dia sama je. dan kohilal dekat dgn rumah u. 

bila aku tanya pasal gombak medical centre, die kata, die prefer kohilal sbb kebersihan terjaga. meaning, die bagi placenta yg dah siap basuh dan berbalut lagik. dan the nurses are more friendly. dan sekalik lagik die tekankan, facility yg sama, cuma jauh lebey murah. okkkk

bile die tgk kami (aku sebenarnya) sedikit reluctant, sbb kalo bole aku nk hospital, bukan pusat perubatan, die bukak cerita pasal patient die yg beranak di kohilal. 

dan dia kata lagik, "ur baby is expensive" sambil senyum.

aku pandang muka husband, husband pandang muka aku, then kami sama2 pandang muka dia. ???

sambil senyum dia kata, u conceived after the surgery, then while pregnant, u suffer from various complications, jadi, i suggestkan, u deliver je kat kohilal. no need to go to other places which is much more expensive. the facility is just the same, and the pain surely the same. baik u guna duit tu utk barang2 baby.

ooookkkk.

mahal ke baby kami? sedikit kami tak terfikir.

then tanya lagik, 

kalo di kohilal, sape yg akan sambut?
-dont worry, die yg akan sambut dan akan buat yg terbaik. and since she knows my history, insyallah semuanya akan berjalan lancar.  maksudnya, dia akan datang ke kohilal la.

mcm mana kalo ceaser?
-kalo boleh normal, kita normal. jgn risau.

tp saya ada asma?
-we shall take prevention. (then i remembered before the surgery, tho i tak kene attack, they still give me neb. ok, thats what they said the prevention)

mcm mana saya nk tau sy nk beranak?
- when i said so. (dan aku macam ???) maksudnya, bile dah 32weeks, kene datang jumpa dia every week dan dia akan check bukaan. kalo dah terbuka, dia akan kata sila warded, dan jgn degil. walaupun tak sakit. terus warded.

tp kalo air ketuban tak pecah lagik?
- u ni banyak sgt tengok drama melayu kan? (oppps. takde la, mane ade doc. i tgk house ngn grey's anatomy :P) biasanya yg pecah air ketuban tu, gynea dia tak regularly check. (ok, skalik lagik aku garu pala) when u reach 32weeks, gynea akan monitor bukaan dan kedudukan baby, insyallah bole predict bila nk beranak.

but my cousin, ketuban die pecah kat rumah?
- she did not have regularly check ups with her gynea. sbb jarang sangat ade org pecah ketuban dekat rumah. sbb biasanya during check ups, gynea can predict the edd. ataupun, ade complications.

is it possible to have pre-mature labour?
- doa, jgn mintak. sbb kecik sgt. the lungs are not fully developed. doa banyak2 mintak dekat Allah supaya at least 36weeks baru deliver.

tali pusat terbelit dekat leher yg 2 kali tadik tu, wont it affect the baby?
- insyallah tak ada apa, sbb if u see the ultrasound, tak terjerut, baru terbelit. insyallah bole terbukak sendrik.

if not? bole deliver normal?
- before delivery, kita akan scan. kalo tak bole, then go for ceaser, but kita akan cuba utk normal.

sakit yg terasa dekat ari2 ni. cramp di ari2, wont if affect my delivery?
- tak. sbb sakit nk deliver tak sama dgn sakit sekarang. u have to understand, u have retroverted uterus, and during previous surgery, i lifted the uterus back to normal position, and 6 month later, u are pregnant. now the baby is growing, it is pressing against the uterus, compressing the lifted uterus which caused all the pain. (mind u, the pain is soo strong that i am walking like a penguin. member siap kate, penguin lagik cantik kot jalan). doa, mintak kurang sakit. dan cara nk hilangkan sakit, buat squatting. 11times per day is enough. (mlm tadik try, sekalik nk bangun pun seksa. hohho)

on da way balik, berdiscuss dgn husband. ok sbaner i have bad experience with kohilal's nurses, thats y im a lil bit skeptical when the gynea propose to us to deliver at kohilal. hubby dgn selamba kata, u nk nurse kohilal tp doc masitah, atau u nak nurse ampang puteri tp doctor u tak kenal sape?

of course i nak my own doctor kan.

so, decision has been made. we shall deliver our lil khalifah at pusat perubatan kohilal.. esok akan ke IIUM Health Centre utk uruskan GL.

doakan semuanya akan berjalan lancar.

insyallah
amin