Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

The Most Amazing Creation of All



the story underneath
.
.
.
 
Millions of sperm entering the vagina and swim towards the opening of the cervix.

 
the egg

 
the fallopian tube

 
Shall we have a date? The egg and the sperm.

  
The winning sperm.

 
5-6 days, the clump has developed into a blastocyst, containing many more cells, and has entered the womb.

 
8 days, the blastocyst has landed and sinks slightly into its foundation.

 
24 days, the heart.

 
28 days, the vertebral column of the spine, The yolk-sac on the left influences the development of the genitals.

 
4 ½ weeks

 
40 days, the placenta, the umbilical cord and the embryo.

 
The Spaceman, 11 weeks.

4 months, the yolk-sac beside the embryo.

  
16 weeks

 
16 weeks

 
17 weeks. Eyelids are now complete and cover the eyes which will not reopen until week 26.

 
19 weeks

 
20 weeks

 
24 weeks

 
26 weeks

 
6months


~~~~~~~~~
subhanallah.
sgt takjub dgn kekuasaan Allah SWT.

sesunggahnya Dialah Sebaik2 Pencipta

Wednesday, December 19, 2012

Anak Soleh

klik utk besarkan imej

insyallah.

Tuesday, December 11, 2012

Demam

minggu pertama hantar hamza kat educare, tantrums. langsung tanak pandang muke mummy, gelak senyum ngn mummy. main pun sanggup tunggu daddy balik.

kecik ati mummy.

3ari duduk educare, balik hamza meragam2, dan demam. hurmmm..

pertama kali hamza demam.

selama ni alhamdullillah hamza tak pernah lagik demam, dedar badan ade la. tp demam? tak pernah. makan ubat demam pun tak pernah. malam rabu tu, amik temp hamza 37.4 degree. igtkan tak demam, sbb demam 38 kan.

pastu sok paginye, 37.8. terus mummy bawak pegi clinic. rupenye, utk baby, 37 je dah consider demam. pergh kau, berpeluh aku dengar. semalamnye aku google temp demam, katenye 38 baru demam, rupenye kate doc, tak applicable utk baby. tp sbb pagi tu aku dah tuam badan die turun sket la temp die.

so tanpa ragu lagik, aku el. cumenye, kene masuk gak ofis sbb jumaat aku cuti, isnin ade meting, so kene siapkan preparation meeting khamis jugak. so ke ofis la kami (hamza dan aku)


toto sume dah bawak balik, yg tinggal cume yoga mat, sleeping back n selimut. hampar semua kat belakang aku pastu letak hamza. mengaruk gak die mmule tu sbb tgk aku wat keje tak layan die. dah la die demam. 

siap je keje, terus pegi umah neksu. demam rindu kat neksu kot gamaknye.

yang bestnye, since hamza demam, hamza dah pandang mummy, senyum dan main ngn mummy. heheh, tau  pun mintak mummy layan. dah tak tantrums dah ngn mummy.

da sakit br carik mummy ye sayang?

hamza yang first time demam, lansung tak pakai baju sbb panas sgt. sian si kecik ni.

alhamdulillah, jumaat demam die dah kebah. 

nnti aku cite pasal jumaat plak. BBW!

Wednesday, May 30, 2012

Susu Ibu

breastfeeding, aku berani bet itu idaman setiap ibu2 baru.

ye la, sape tanak bagi anak susu sndrik? paling bagus adalah susu sendrik. kan?

susu ibu byk khasiatnya, mudah hadam, beri antibodi dekat baby. yada yada yada.

hospital langsung tak galakkan penggunaan susu formula. paksa bagi susu ibu. kalo takde susu, amik pil tambah susu. takde jugak, hah, minum formula, tp pakai cawan.

waktu anak aku warded sbb jaundice, time tu umur dia baru 3hari. dan dia dah terbiasa dgn susu formula, ye la aku ceaser, nurse dekat kohilal dah bagi die formula, pastu plak, susu aku tak banyak. takkan nk biar die lapar? formula la jawapannya.

ok, berbalik kepada jaundice tu, balik je tg malim, baby disahkan jaundice. pdhal aku br je kuar hospital semalamnya (day 2). mental aku tak bersedia lagik utk masuk hospital. tp, sbb baby jaundice, warded jugak dekat hospital slim river. dan malam itu adalah nightmare. sgt!

sampai2 je hospital, baby tak berhenti menangis. dibogelkan dan diletakkan di bawah phototherapy. kalo aku kate anak aku tak berhenti menangis, aku rasa ramai tak percaya. dia cuma berhenti menangis bila aku bawak kuar dari phototherapy tu dan peluk dia. time tu anak aku diam. letak balik dalam bekas tu, dia tak berhenti menangis. sejuk gamaknya. kaki dan tangan anak aku biru jadiknya sbb sejuk. dan dgn bodohnya aku (well, ibu baru), aku tak terfikir utk pakaikan booties dan mittens. sbb kate nurse, tinggalkan pampers saje. dan dgn bodohnya, aku tinggalkan pampers saja.

aku tak tidur langsung malam tu. bayangkan. sekejap2 terbangun, sakit ok bangun duduk. sbb pakai otot perut. br 3 hari lepas operation.

dan aku skeptikal dgn hospital kerajaan. nurse cam hampeh. anak menangis, lantak la. tp ada gak yg baik. dtg tgk, dan bila aku kata anak saya sejuk nurse, kesian dia. nurse cakap, pakaikan booties dan mittens. owh bole? tadik nurse tu kata, pakai pampers je? owh, bole la, dah dia sejuk. takpa.

ok, otak aku terus kata, bodoh la kau, nurse pertama! tak nampak ke anak aku kesejukkan, menggigil2 dia.! aircond dah la melampau, aku pun sejuk! mmg la bawah phototherapy tu patutnya panas, tp kalo tul la panas, asal anak aku tetap menggigil?

berbalik kepada susu ibu. susu aku takde. anak aku lapar. lapar sgt2. terpaksa dia hisap susu yg takda. dan menangis lagik la dia. bole minum formula, tp hanya formula yg hospital provide, dan minum pakai cawan. bayangkan, anak aku umur 3hari minum pakai cawan. didudukkan dan diberi minum pakai cawan? terpaksa, sbb aku sedar diri aku takde susu. dan anak aku lapar. terpaksa.

makin malam, makin sejuk susu tu, makin sejuk anak aku, makin lapar dia. dan susu aku tetap degil, tanak kuar banyak. anak aku tak berhenti menangis, aku dah nk jadik gila, tatau nk wat camna. pegi stesen nurse, derang takde. pegi stesen susu. susu dah sejuk, terpaksa bagi jugak baby minum. dia lapar. aku tak tidur langsung. baby meniarap dalam phototherapy, tp 30min aku pusingkan, sbb nnti dia panas. dan tak berhenti tepuk bontot dia kasik dia tidur. tp, bila menelentangkan dia, dia terus menangis.

menangis, sbb sejuk
menangis, sbb lapar.

dan aku pun menangis,
menangis, sbb baby menangis.

sanggup kau tgk anak kau umur 3hari tak berhenti menangis?

mcm nk gila aku. peluk anak, mintak dia berhenti menangis, sambil aku sndrik menangis.
sambil rasa nk koyak2 je breast tak guna ni sbb takde susu.

owh, jgn kata aku meroyan, malam tu aku baca ayat kursi, mathurat tak henti2. walaupun aku dalam keadaan kotor, sbb aku risau anak aku menangis sbb benda lain.

tp dia tetap tak henti menangis. berhenti sekejap sbb penat dan terlena. terjaga, terus menangis.

pujuk baby, baby, bagi mummy tido 15min je sayang, 15 min je sayang, bole la manja.

maybe sbb kesian dekat mummy, dapat jugak la tido 15min setiap jam. ah tipu setiap jam. aku rasa aku tido cam tak tido je. satu sbb anak aku mudah tersedak, jadik aku tak tido perhatikan dia.

berbeza dgn kohilal. kohilal biarkan aku berehat. dan mereka yg jaga baby.

tp ini, ah, terbalik dunia pun lantak la, anak kau, kau uruskan. kau operate ke normal ke, rahim terkoyak ke, anak kau, uruskan. kami nurse hanya akan buat2 rajin bila sister datang. (ok, statement ini mungkin akan buat setengah2 org marah, tp hey, ini pengalaman aku. mungkin kowang tak rasa. good for you)

esoknya, abang pagi2 dah datang. bagi ubat tambah susu. bengkak breast aku, still susu tetap tak bnayk. nurse kata mungkin sbb tak urut lagik. ok, maybe.

discharge, tp terpaksa amik darah setiap hari. sanggup kau tgk tgn anak kau yg mmg biru (sbb kecik sgt darah tak berapa cukup-kata paed) jadik hijau sbb asik amik darah? owh, lupa nk bgtau, anak aku menangis dgn jayanya dekat hospital. sakit cucuk mungkin.

tp alhamdullillah, sekarang baby kurang menangis, mungkin sebab dah menangis teruk dekat hospital?

balik umah, susu masih tak kuar. baby mengamuk setiap kali aku breastfeed. sbb tak cukup, sbb lapar. pdhal breast bengkak. aku perah pakai tgn, kuar la titik2 je. pam plak tertinggal kat kl. so abg belikan manual pam.

sakit gila pam manual. still tak kuar. abes kuat pun 1/2 oz je. sikit. sgt. walhal breast bengkak dgn jayanya.

aku berhenti amik pil tambah susu. tp aku tetap pam, dan perah. tp masih sikit.

arini genap 3hari berurut. tukang urut kata, mmg aku takda susu. maybe sbb lambat urut? mmg takda rezeki baby. bukan aku tak usaha, setiap hari aku perah, aku pam, kuar la 1/2oz, paling byk.

aku makan ubat tambah susu sampai bengkak2.

aku berurut bagai. aku bertungku bagai, walhal patutnya ceaser tak perlu wat sume tu.

jadi aku paling hangin bila ada suara sumbang kata, susu ibu paling bagus, breastfeed kan baby, bukan aku tak usaha.

dan paling paling marah bila ada yg kata, ubat ada tanak makan.

apa motif makan, bengkak tp stil tak kuar. bengkak breast sakit ok. dan menjadikkan aku kurang bertenaga. mengantuk.

ya, ya, susu ibu baik. bukan aku tak mahu bagi baby susu ibu. dan mmg bukan rezeki dia. setiap hari aku pam. aku cuba. dah mmg bukan rezeki baby, rezeki dia susu lembu.

aku redha.
anak aku redha.

mak aku faham.
tukang urut pun faham.

kenapa yang lain tidak?

jadik, cukup2 la salahkan aku tak bagi susu ibu dekat anak aku.

anak aku.
mesti aku nk yg terbaik utk dia.

bodohla aku kalau tidak.