Showing posts with label MummyDaddy. Show all posts
Showing posts with label MummyDaddy. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Jenis

awak, adalah jenis orang yang tak kesah apa pun.
contoh paling senang. ada couple wat project tepi awak. awak sikit tak kesah. 
tapi, kalo derang ttibe tertembak kene seluar awak. itu awak marah.
awak adalah jenis orang macam tu.
kan?

errrrr.. pom. tepat peluru di kepala kanan aku, terus straight keluar kat kepala kiri aku.
pergh. sungguh la namanya suami. mmg mengenali hati budi isterinya ini. tahu betul isterinya perangai cammana.

ok. i mengaku ye sayang. i adalah org yg, AAK? ada aku kesah? ko nk tergolek ke, ko nk telanjang ke, buat la. sukati ko. meletup ke kebabom ke. lantak la. bukan kacau hidup aku pun. itu ko punya pasal. tp jgn mengada2 nk babitkan aku. 

ye betul. itu mmg aku.

dlu, aku igt lagik f5. tahun 2001. ayah pernah tegur menda yg sama gak dekat aku. bukan apa, amal maaruf nahi mungkar. aku cuma diam. angguk2. 

dan 2013. 12 thn kemudian. suami aku sndri cakap menda yg sama.

errrrr.. pom. tepat peluru di kepala kanan aku, terus straight keluar kat kepala kiri aku. dan membuak2 la darah mengalir keluar! laksana paip pecah.

errr... 12thn, aku masih tak berubah nampaknya. masih berpegang teguh dgn prinsip, "apa kau nk buat, sukatikau. tp jgn libatkan aku". 

dan aku tau, sbb tu jugak ramai kawan2 abg kata aku sombong. dah memang tuhan jadikan raut wajah aku sombong pun. 

tp, amal maaruf nahi mungkar.

amik saham jugak aku kat situ kan tanpa sedar.

haishhh. 

dah sebati dgn diri dan jenis serta perangai camtu. camne nk tukar? 
takpe la pelan2 kayuh.

usia dah meningkat. next year dah 3series.

kene tukar cara hidup.

insyallah




Friday, June 7, 2013

Words

what's your child fav word?

mine would be dada. and yes, dada mean daddy. 

not mom, nor ma. but dada.

ok, seyes mommy jeles.

and y dada? because dada (in hamza's mind) means that yay, i got to play! let go play! its playtime!

but when he feels hungry, sleepy, sick, mad, tired, angry, who shall he call out for?

guess who?

mom. yes, mom. not dada.


exhibit 1:
main macam nk rak ngn daddy, gelak gile2, mommy langsung tanak pandang. pastu ttibe lapar dan nk susu. biasa la, daddy confirm malas nk buat, pastu tanya, hamza nk mommy or daddy buat susu?

confirm pandang mommy, dan sebut mom. 

oooo. tadik main ggile tak hingat mommy, sikit tanak main ngn mommy, dah lapar mintak susu kat mommy? iskk!


exhibit 2:
daddy balik keje, senyum sampai ke telinga. daddy ilang sikit dari pandangan kemain lagik nagis macam setahun tak jumpa daddy. main ngn daddy. wrestling bagai. bile daddy buli, takde de nk sebut dada.

confirm pandang mommy, dan sebut mom. 

kire cam nk ngadu la tu. 

ah mommy takkan layan punye!


exhibit 3:
main dengan daddy, seronok2 dengan daddy, nk tido, nk daddy tidorkan?
takde maknanye

menjerit2 tamo dada buaikan dia. 
mom gak kuar dari mulut die.
as if "mom im sleepy, please put me to bed. and i want you. not daddy, go away daddy!"
ok, thats what i wanted to believe what hamza really wanted to say.

haha

what ever it is, mommy and dada love you so much.



Monday, April 8, 2013

Itu Hak Kami.

maaf tp entry ini tidak bermaksud untuk membezakan golongan ttc dan tidak ttc. ia tak lebey drp luahan seorang mommy.

2013, hamza setahun, dan mommy/daddy 4thn. kalo ikutkan mathematical logic disitu, mmg lambat hamza tu keluar. tp itulah, semuanya kerja Allah. lambat cepat, xde masalah pun. ada hikmah setiap kejadian. aku jugak bersyukur sbb pernah merasai ttc. sebab mengajar byk menda. kan dah kata tadik, semua kerja Allah. ada hikmah setiap kejadian.

sejak ttc, ramai yg sibuk2 bertanya pasal anak dan kekonon takde usaha. dush, malas nk bercerita dgn mereka yg rasa diri lebey hebat daripada tuhan tentang apa usaha kami dah buat. lagik pulak, kalo cerita kang, panjang lagik ceritanya, ah sipolan tu makan biodex dapat je anak, si polan tu urut ngn tukang urut ni, ah dapat je anak. hurmmm...

owh, dah jumpa pakar?
hospital mana?
bayar berapa?
dia check apa?
ubat apa bagi?
xpernah dgr pun ubat tu?
ala, betul je doctor ko tu, org lain takde pun cam tu?
membazir la ko pegi private, nape tak pegi gomen? jgn igt hospital gomen cikai la. 

hurmmm, kadang2 soalan2 yg dilontarkan mcm derang plak lagik hebat ngn doctor. ah lantak.

utk kemana treatment kami cari, itu hak kami.
utk bayar berapa, itu hak kami.

da ada anak, kau igt mereka diam?

hahaharapan.

eh, apesal plak letak anak kau dalam car seat ni. pangku sudah. kesian die dok dalam ni. ko letak je toto kat belakang, pastu baringkan dia. lagik selesa.
ala, org dulu mana ada pakai car seat bagai. hidup je sampai sekarang.
eh, kenapa pulak anak ko duduk kat depan ko duduk kat belakang. dah macam big bos pulak. kesian laki ko dah macam driver plak ko duduk belakang.

utk tidak memangku anak sewaktu didalam kereta, itu hak kami. 
utk menggunakan baby car seat, itu hak kami.
utk meletakkan baby car seat dihadapan, itu hak kami.

safety first. aku tak percaya dgn pangku memangku ataupun membaringkan anak di belakang. bayangkan ttibe break mengejut, kalo kita yg dewasa pun akan kedepan, bayangkan kanak2 yg alahai ringannyaaa! kenapa hamza perlu duduk hadapan? mudah, sebab mommy drive berdua dgn hamza, senang utk mommy tgk hamza. kenapa perlu hamza duduk depan walaupun ada daddy? supaya hamza faham yg tentang keselamatan, kalo naik kereta, duduk dalam car seat, buckle up ur seat belt. no excuses! 

eh, naikkan je buaian anak ko tu. senang dia nk tido nnti.nape ko beli swing ni? ni buai omputih ni. beli je buai yg electric tu.

utk tidak menaikan anak dalam buai, itu hak kami.
utk menggunakan swing, itu hak kami.

tp aku akui, aku akur jugak belikan hamza buai. sbb dlu neksu mintak jugak jugak buai. dan mmg hamza berbuai. tp tidak keatas ke bawah (mcm electric buai tu) aku akan buai dia macam swing. kalo masih tak percaya tentang shocking baby syndrome, bagi jawapan mudah iaitu, dulu, nenek2 kite buai, semua buai cam swing, sbb takde spring, sbb tu, baby dlu sume sehat2. senyum. confirm tak bertanya dah.

nape plak tanak nek bot kalo takde safety jacket? org dulu2 takde safety jacket pun bawak anak nek boat.
tak payah la beli safety jacket bagai. membazir.
eh naik je la. nk takut ape?

utk sibuk2 beli safety jacket, itu hak kami.
utk sibuk2 tanak nek boat tanpa safety jacket, itu hak kami.

again, safety first. ok ok, aku tau ramai yg dah tgk blog dr harlina, bella nek boat tanpa safety jacket, tasya berpangku je camtu. again, let me restated, itu hak kami. safety shall comes first. utk dapat hamza, kami sanggup berhabisan dan bersusah payah, kenapa tidak bersusah payah mencari safety jacket utk si jantung hati kami?

banyak betul gadget anak ko nih.
eh kenapa nk kene bli ni, membazir je.

utk beli macam2 gadget utk hamza, itu hak kami.
utk beli itu ini utk hamza, itu hak kami.

maaf, tp kami tak pernah minta duit sesiapa utk membeli barang2 hamza. selagi kami mampu, kami akan sediakan yg terbaik utk hamza. insyallah. ok, confession, ade setengah tu, mommy/daddy yg excited terlebey nk beli. hamza br nk masuk sethn, tak reti meminta2 lagik. lagipun, insyallah barang2 yg dibeli akan disimpan dgn baik, pasni bole adik2 hamza pakai. owh, tinggi harapan. (ps, berharap sgt adik hamza kembar. ohoiii)

dah panjang sgt. tp dah terluah.
alhamdulillah.

moga tidak menjadi racun dlm diri.

amin





Tuesday, January 1, 2013

Demam

ok lame gile bersawang blog ni.

sbbnye mudah. mummy yg malas.

dah genap sebulan hamza duduk educare, dan pecah rekod la hamza yg selama ni tak pernah demam setiap minggu akan demam. adehhhhh.

minggu pertama: mlm rabu rasa badan hamza dah dedar, pagi kamis mmg demam sah. bawak g clinic dan mummy pun EL. lepak umah neksu. hamza rindu neksu gamaknya sbb nampak bdak2 tu hamza chill je.

minggu kedua: petang kamis hamza hissing, so bawak g jmp dr nadir tp dr nadir kate tak yah sedut. ok. mlm kamis badan hamza panas gile, masuk ubat bontot pun tak kebah kebah. hamza merengek sepanjang malam (read: hamza adalah anak yg tak byk kerenah, alhamdulillah. nangis pun kalo sakit je atau lapar so bila dia merengek tak henti2 mummy risau gile) so kul 5pagi mummy/daddy bawak hamza g tawakal. masuk skalik lagik ubat bontot. tp weird thing, tak kene warded. hurmmm. mummy/daddy EL jumaat. lepak umah neksu lagik. 

minggu ketiga: jumaat petang educare call mintak amik hamza sbb badan dia panas. terus bawak hamza pegi clinic, masuk ubat bontot, lagik. hurmmmm. tp sebab dah jumaat mummy tak el la. minta kat bos je balik awal.

minggu keempat: alhamdulillah hamza sihat. phewwww. legaaa!

minggu kelima (minggu ni la): isnin educare kate badan hamza dedar. mmg betul pun. kejap panas kejap sejuk. tp hamza active je. mummy lak tak sampai hati tgk sekejap panas sekejap sejuk, bagi makan ubat demam. arini, kahak banyak sgt, so dari semalam makan ubat cairkan kahak. hurmmmm. dah tu pagi tadik hantar hamza kat educare, ttibe badan die dedar balik. haiiyaaa. ubat demam tak bawak. bawak ubat cairkan kahak je. so arini kene tunggu educare call ke tidak takut hamza demam lagik. risaunyee!


Sunday, December 2, 2012

First

yes, it is hamza's first day at educare.

sebelum ni, die tinggal dengan pengasuh sebulan, pastu lagik 3bulan dgn neksu (makcik aku la). tinggal dgn pengasuh dan neksu, well, die dapat undivided attention, lagik2 sbb maksu ipah, pak amai, pak ngah n paklong (read: umur br 9thn, 12 thn, 13 thn, 15thn) yg mmg suke gile main ngn dia.

so, mummy n daddy risau yg amat sgt2 bile hamza nk masuk educare.

bdak2 tu (anak2 maksu) siap pesan lagik "hamza, kat nursery, kalo ada yg cuit je hamza, tumbuk je derang."

hahahah. budak2 ok.

tp mummy ngn daddy pun pesan gak "hamza, kalo ada yg buli hamza, buli balik die tau! kalo ada yg buat hamza, nangis kuat2, (read: hamza cuma akan nangis kalo betul2 sakit atau lapar je. kalo biasa2 die rilex je. sbb nama dia hamza kot)

pagi tadik, mummy punye risau la, hantar hamza dekat kelas, br ade 4org budak. yg dah merangkak punye laju la. hamza belum merangkak lagik. yg nampak besar dr hamza pun banyak. ok, lagik la mummy risau gile.  teacher amik hamza letak kat pangku dia, hamza chill je. mata kemain bolat lagik tgk mural yg penuh kat wall tu. mainan yg tergantung2 kat wall.

sampaikan mummy nk balik pun die wat tak reti je. aduhhhai sayang. mummy kemain risau, awak selambe kodok je kannnn.

tawakal tu allallah.

insyallah semuanya selamat.

ps: tghari ni mummy nk g ngintai hamza. tak kira!

updated:

lunch tadik pegi ngintai hamza tgk die wat ape. rupenye die tgh duduk dlm bouncer. tahu sbb ape? sbb die sowang je yg tak reti merangkak lagik. dalam erti kata lain die paling kecik dlm kelas die. haiyaaaaaa... sian anak mummy.

mule2 mummy nampak die dalam bouncer teacher tgh buai. muke masam je.


mummy snap gambar die panang tempat lain.
mummy snap lagik gambar, die dah kalih pandang ke kanan.
mummy snap lagik, die dah perasan ade org tgh tangkap gambar die. tenung dan tenung tgk sape la tu.
mummy tak snap gambar dah, hamza perasan muke mummy. mummy senyum. hamza terus cembeng dan nangis.

haiyaaaaaaaaaaaa.

mummy terus lari balik. iskkk mummy lak sedeyyy

Monday, October 29, 2012

Ramblings

gila lama tak menulis.

sebab yg paling senang, malas.

jom cerita pasal eid adha yg lepas. pergi rumah emak sedara abg, pastu biasala confirm la ramai org kan, yg aku tak kenal pun ramai. mahu tak kenal, pegi setahun sekalik je, confirm la tak kenal. tp derang kenal dgn abg. tp bile tanye ngn abg, die pun tak berapa nk kenal. jiran2 makcik die. ah lantak la.

ada sowang makcik ni, sibuk bertanya pasal hamza.
1. warna kulit hamza kan berbeza dgn warna kulit daddy dia. tu yg menjadikan tanda tanya tu. hamza cerah tp daddy sedikit bulan purnama (ok, itu statement derang. aku quote je. lebey kurang)

2. hamza baru 5 nk masuk 6bulan. dan baru sowang je anak kami walhal dah kawen 3thn.

ok, soalan no 2 tu, aku sikit tak berkenan.

siap dia sebut

"owh, br 5bulan, kawen dah dekat 3thn, lambat gak no"

tp aku malas nk panjang2 cite, aku wat2 pekak je. + aku tak kenal org tua tu, nk amik ati pun malas.

cuma, aku terfikir, ada anak pun salah, kalo tak beranak lagik, confirm lagik banyak tanda tanya kan.
hurm, manusia, mmg tak pernah lepas drp tanda tanya. lagik2 kalo pasal org.


owh, satu lagik, time tgh teman abg makan, hamza makcik abg dukung, seperti biasa, bab beza warna kulit hamza n daddy dipersoalkan. aku malas nk ckp ape dah. abes kuat aku ckp "hamza turun mummy." dan biasanya mulut2 tu akan diam. tapi yg sowang ni tak.

die bole ckp ape ko tau?

"owh, lepas ni anak dara hampa mesti hitam manis kan. pasal hak ni dah putih"

aku jeling mata dan kata, "nape plak, putih cam hamza gak la"

die selambe senyum kambeng dan kata lagik "apa plak, hak ni dah putih. pasni hitam la plak".

iskkk la, makan penampar gak kang org tua ni. abg tau aku dah panas ati, suh aku masuk bilik tidur dlu. dan dgn segeranya aku masuk bilik.

owh, lagik satu, nk luahkan ketidak puasan hati.

ade ke patut ayah kate aku slalu bossy sgt kat abg.

iskkk, in my defense, no im not. i mean come on, having a child means that both parties should be responsible. takkan sume mende nk harapkan aku, so whats the point of hamza having a daddy?

alasan lelaki penat bekerja tidak lagi releven utk zaman sekarang. sbb wanita pun bekerja. lagik hebat pulak wanita yg bekerja, pagi hantar anak, siang kerja, petang amik anak, masak, layan anak sampai suami balik. kemas umah, basuh kain dan lain2. tu supermommy ok! aku tak pernah dengar lagik cite pasal superdaddy.

if only ayah knew that aku bising2 dekat abg tu kenapa.

dan abg, please, stop acting so defenseless and helpless in front of others. people will tend to sympathize with you and obviously it made me look like im a bad wife/mother.

thank you

Friday, September 28, 2012

Sembang

semalam, daddy's finally back from china with love.

hahahha. igt from paris with love je bole?

tunggu daddy balik dekat umah neksu, hamza cam tau tau je daddy nk balik (owh, sbb mummy tiap2 hari bgtau hamza, daddy balik jumaat) hamza lawan mata tamo tido. tido kejap je 30min. pastu bangun. bayangkan, daddy sampai umah neksu kul 12.30am, hamza masih segar menanti kepulangan daddy. ah, cam dah besar sgt tau nk tunggu daddy balik gak br nk tido.

sampai je daddy, hamza tenung lama gila kat daddy, tak senyum tak apa. tenung je. bila daddy dukung dan ajak sembang. br hamza senyum, dan masyaallah, die punye bersembang tu, kuat tul suara hamza eh, owh, urh, ah, heh. dia. sampai neksu yg dah tido dalam bilik bole terbangun la tekejut dgr suara hamza bersembang kuat sgt.

toksu cam tak percaya tgk hamza bole bersembang dgn daddy camtu. mummy sengih je. sbb mmg tiap2 malam bile daddy balik keje hamza akan bersembang dgn daddy. ngn mummy sembang gak la, tp tak seexcited sembang ngn daddy.

mummy bgtau tok su, biasa la tu, die kalo jumpe daddy, meluahkan kan ketidakpuasaan hati, apa yg terbuku dalam hati die tu. hahahahha

takla, die tanye, mane daddy pegi 2minggu? pastu cite pasal diri die la kot.

neksu, toksu, maksu ipah, paklang amai mmg terkejut tgk aksi si hamza. patut la lawan mata tanak tido, excited nk jumpe daddy.

lepas dah luahkan ape terbuku, baru la carik mummy nk tido. hai la hamza....

dan hari ni, walaupun laundry yg melampau2, rumah mcm dilanggar garuda, gembira sgt sbb semua yg tersayang akhirnya depan mata.

alhamdulillah

Saturday, August 11, 2012

Hamik Kau!

note: kalo anda tgh makan, sile jgn bace. hoho

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu.

semenjak 2 3 menjak ni, aku perasan, setiap kali aku masuk baby room dekat jusco, mesti ade parents yg basuh bontot anak dekat sinki yg ada kat stu. cumanya, yg tertulis die sinki tu, Due to hygienic reasons, please be informed that this sink is only for hand washing and baby utensil washing.

still, masih ramai yg basuh bontot anak disitu, despite the notice.

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

sampai je di jusco, benda pertama kiteorg akan buat ialah pegi ke baby room, buat susu bagai, check pampers bagai. dan time tu jugak, ade 2 org parents basuh bontot anak dekat sinki tu. selama ni aku diam je tgk, tak berkata apa2. tp kali tu, ttau nape, mulut mcm nk gak berkata2. ok, setan tade time ramadhan ni, confirm nafsu yg menyuruh berkata2. dem!

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

aku: yang, awak perasan tak tadik, derang basuh bontot anak kat sinki tu, patutnya tak bole la basuh kat stu. tak hygienic. siap 2org lagik tu basuh.

abg: owh ye ke tak ley? abg igt bole. sbb selalu je nampak org basuh.

fyi: biasanya kalo kat dalam baby room tu, abg akan ganti baju/pampers hamza (kecuali die berak la) dan aku plak wat susu, basuh bototl, penuh kan air panas etc.


zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

time berbuka, cam biasa la makan gilir2. abg makan dlu, aku jaga hamza, pastu aku makan abg jaga hamza. sbbnya stroller tak bawak, ada carrier je. time abg makan, hamza ok je. takde pape. time aku makan, hamza buat kek. hahahaha. dgn penuh jayanya die meneran2 sekalik dgn kentut bagai.(owh, fyi lagik, kami tak penah bbuka on time sekarang ni, mmg standard la masuk berbuka kul 8.30, n bbuka dlu ngn air pastu magrib) dah selesai berbuka terus pegi baby room lagik, nk basuh berak hamza.

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

bukak je baju hamza, pergh la ko, taik terkeluar sampai ke perut. ok sampai dada. fyi lagik, hamza baru tukar pampers dari size S ke size M. time abg ganti pampers die tadik, die kasik longgar sbb lupe dah pakai M, die igt masih S. aku n abg dah panic tak hingat la. maksudnya sungguh la anak aku sakit perut tadik, tu bermacam2 gaya die meneran tadik. nk dijadikkan cerita, baby wipes pulak ade sikit je. confirm tak cukup. abg pegi toilet amik tisu toilet, pun tak cukup sbb ade sikit je. ah sudah! dah la penuh baju ngn seluar. tgn aku pun dah penuh. couple sebelah kiteorg panang je tgk aku yg panic tu sambil senyum2. (kakak, abg, ni first time ok, sbb tu kami panic!)

tisu toilet dah abes, wet tisu abes sepeket aku kejekan. sudahhhhhh. tak cukup lagik. aku siap cakap, hamza, awak kene mandi ni sayang kalo camni. dgr je aku cakap camtu, abg terus angkat hamza dan cakap, ok yang, jom basuh kat sinki tu.

zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

kami dah takde jalan lagik, terpaksa basuh kat sinki. dont worry, pastu aku service la sinki tu, makesure takde poo yg ttinggal. dah basuh, nk pakai kan pampers, br sedar, celah kangkang hamza ade ttinggal lagik. dushh. sekalik lagik bawak g sinki basuhhh. dah la dlm baby room tu sejuk. kesian hamza menangis kesejukan. nk wat camne sayang, mummy daddy kene servis awak kaw kaw punye!

kuar je dari baby room. first thing aku sebut kat abang, zaman sekarang ni Allah bayar cash je. tadik mengata org basuh bontot anak kat stu (derang kencing je) kita siap basuh anak berak lagik bang. zaman sekarang ni Allah bayar cash je.

abg pun sengih2 kambeng. aku pun sengih2 kambeng.

itu la, manusia, we learn from our mistake, from our experience.

ok, tobat tak mengata org dah. zaman sekarang ni Allah bayar cash je. igt tu

btw: Lil Hamza is now 6.1kg at 3months old. chubby not-so-little  baby eh? =D

Thursday, June 7, 2012

Baca-baca Sikit

lebey kurang pukul 4-5pagi.

baby terjaga dan terus menangis. terkejut gamaknya.

mummy: syushh baby, mummy ada sebelah awak ni, daddy pun ada.
daddy: nape?
mummy: terkejut kot. die menangis.
daddy: ha, baca2 sket kat dia. baca ayat qursi ke.
mummy: allahumma bariklana fima roqaktana... eh, ni doa makan la plak.
daddy: hahahahahha mengong
mummy: errrrr

itula, kalo mamai.

bagos

Tuesday, June 5, 2012

Siang dan Malam #3

sbb takut baby mengaruk lagik, semalam aku tukar lagik masa susu dia. kali ni, 2oz setiap 2jam. gile penat kot. tp berbaloi.

malam tadik dia sgt baik.

owh jatuh chenta!

tp, konfrontasi siang dan malam, tak berlaku, sbb tidur kat ruang tamu pasang satu lampu (tho anak aku tido sepanjang malam). sampai kul 3.30am, aku tak larat dah, masuk bilik dan perasan dia sedang dalam proses jaga. tp biarkan la. takpe.

mak kata, dari kul 5pagi baby dah jaga tp main sndrik.

baik anak mummy.

alhamdulillah.

tp aku tau, bukan kul5 die bangun. maybe kul 4 kot. sbb aku terbangun kul 4.30am tgk mata dia dah terbuka sket, tp sbb mommy pemalas, (ye la masa susu dia kul 5.30am, takkan nk wat 4.30 plak kan? aku tido tak heran.)

alhamdulillah, malam tadik mummy rasa mudah sgt. cuma seksa sket la, setiap 2jam bagi susu. sekali isap, br 1oz, meaning kene 2x isap.

takpe, asalkan baby tak mengaruk lagik.

Sunday, June 3, 2012

Siang dan Malam

anak aku batman.

maksudnya, siang tidor, malam berjaga.

sungguh.

kalau kau mampu kejutkan dia time siang, aku bagi kau rm10.

25hari baru umur dia, tp mata mummy dia dah macam panda. mommy dan daddy da bape kali begaduh sbb daddy tak bangun walhal tu turn dia malam utk layan anak. hailaaaa...

penat jgn cakap la. bole kul 2.30am dia bukak mata, sengih2 ajak main?
haiyaaaaaaaaa

baby, tak sayang mommy ke? tak cantik dah muke mommy nih cam panda.

lagik2 kalo daddy balik, amboi awak, kemain lagik ye bijak akal awak.

siang dan malam dah terbalik. siang awak bantai tidur, malam awak berjaga. mungkin sebab awak melihat dunia pagi? .46am? jadik malam dan siang awak dah terbalik?

atau salah mommy dan daddy yang tak reti2 nk bagi awak bezakan malam dan siang? siang malam bilik bukak lampu, bukak aircond, itu yg awak tertukar?

jadik, pada malam tadik, aku nekad. nekad utk bagi anak beza siang dan malam.

cara mudah. tutup je lampu, walaupun dia bukak mata sengih2 ajak main. no! takde main2. tidor! hah amik, terkebil2 mata baby. terkebil2 cari mommy dan daddy. bila mata dah sesuai ngn kegelapan malam, dan nampak kiri muka mommy, kanan muka daddy, tanpa ragu2 lagik, ajak main.

owh tidakkk! esok (arini) daddy keje.

owh, cara anak aku ajak main sgt simple, die nganga2 mulut dia mcm anak burung yg mintak diisi, walhal dia baru je susu. kenyang perut. nganga2 mintak perhatian. tp, ada masalah di situ, bila dia nganga2, die sedut angin, pastu nnti die termual. mual takpe lagik. muntah. abes baju. tersedak. bahaya.

tiap2 kali jadik camtu, confirm aku melompat, terus tegakkan bdan dia. bahaya ok, tersedak susu.

sampai kadang2 aku tatau dia sebenarnya lapar atau saja nk attention. ok, biasanya mmg nk attention. takkan la baru lepas susu nk susu lagik. ah tipu.

mcm2 cara kiteorg buat utk tak kasik mulut burung nganga tu. dan semalam, solution yg kami dapat, berjaya! alhamdulillah. oyeay! lompat bintang!

solution simple, bagik puting. haha. 25hari dah pakai puting. memula en suami menolak mentah2 sbb tanak nnti gigi die muncung mcm mommy (ok, statement jahat). tp sbb dah mati akal sgt, terpaksa.

so malam tadik, tutup sume lampu, dan lepas baby dah serasi dgn kegelapan, mulut burung nganga bermula. dan aku sumbat puting. berkerut2 muka dia. mule2 tolak dgn lidah, lepas tu akhirnya dia terima.

alhamdulillah, malam tadik takde insiden mual atau muntah. alhamdullilahh! akhirnya.

tp, sbb die isap puting, kene set alarm bila masa susu dia. timing kene betul. cumanya, sedikit meragam la, bila puting terjatuh, mmg aku tidor dlm kelambu dia la semalam.

tp, alhamdulillah, malam semalam dia tidur. dan pagi tadik dia berjaga.

maksudnya, konfrontasi pertama baby dgn kegelapan telah berjaya.

alhamdullilah.

kita tgk mlm ni camne

Wednesday, May 23, 2012

12th May 2012

jam 2.46pagi, aku bergelar Mummy.

alhamdullillah. syukur tuhan.

semua sekelip mata. mcm sekejap je doc godek2 perut aku, abg gentel2 tangan aku supaya aku berjaga, ttibe dgr suara dr masitah minta abg azan. abg mcm terpaku. dr masitah keraskan sikit suara, cepat, azan sekarang. abg bole tanya lagik, sekarang? ye, sekarang! bergetar suara abg azan.

pastu nampak satu object putih dekat depan mata, ok, ni anak awak ye.

aku nampak sekelip mata je. pandang abg balik, baby nangis tak, itu soalan pertama aku. abg jawab, tu, die tgh nangis. lepas tu baby dibersihkan, terus bawak keluar.

dan abg pun duduk balik kat kerusi dia sambil terus pegang tangan aku. bosan nya. bole pulak doc n the team bersembang pasal tanam pokok? haha. korang penag tgk greys' anatomy? yg die bersembang2 dlm OR tu? owh, itu adalah reality! bayangkan derang sembang pasal nk tanam pokok sambil sudahkan operation aku?

pastu abg disuruh keluar. dan aku ditolak keluar gak. dalam kul 3.30am la time tu. still, bayang baby pun aku tak nampak. mintak dekat abg, abg, nk baby, mana baby? baru baby dibawak dekat aku. abg dukung letak dekat dada. br nampak muka baby,

ya Allah, anak aku... anak aku. anak aku. air mata pun jatuh. owh, dah ada anak dah aku. nk pegang lebey2 tak bole sbb aku separuh sedar. tgn dan kepala je bole gerak. tu pun limited. pandang je muka baby.

dalam kul 4.30am, abg pun balik umah.

terkebil2 aku pandang syiling. dah jadi ibu dah aku. mcm cerita dongeng. semalam masih lagik dalam perut aku.


owh, 11th May 2012, time nk ke clinic, pergerakan baby sedikit kuat, dan aku pujuk baby dan kata
"sabar sayang, malam karang mummy n daddy jumpa awak ye. sabar sayang. malam karang kita jumpa"

dan, mmg malam tu jugak kami bersua muka.


alhamdullillah.

terima kasih Allah.

Monday, May 21, 2012

11th May 2012

bangun pagi cam biasa kul 6, hi-hi-bye-bye kat en suami pastu sambung tidor. bangun balik kul 7.15 dgn perasaan pergh malasnya aku nk pegi keje arini! tp takpe sbb jumaat so bole tido time jumaat. ok. itu set dalam otak!

(fyi: tiada langsung perasaan mahu beranak ataupun kesakitan contraction. owh silap, kamis malas jumaat tu mmg ada sakit2. en suami dah ajak pegi hospital tp tanak, sbb layan tido lagii nice.)

pegi ofis siapkan keje2 pending. pastu kemas2 sket bilik ofis yg bersepah tu.

(fyi lagik: bilik aku mmg bersepah, atas meja penuh ngn makanan, atas almari penuh ngn kertas2 ngn file, belakang kerusi ada toto. perghh!)


siapkan kerja2. turun beli lunch, lepak2 pantry sampai kul 2. owh jumaat kan, so lunch lama, 2ptg tido, sampai 3.30. ok kantoi 45minit. hahahaha.

(fyi: ofis aku tingkat 3, tanpa lift, pantry kat tingkat 2. cafe of course la building lain kan.)

bangun kul 3.30 terus pegi solat. skalik lagik check kalo2 ade keje2 pending, make sure sume dah cc kat kakak ofis. buang2 sampah2 dalam ofis, kemas toto cantik2 letak bawak meja. kire aku nih berkemas2 la walhal selama ni sikit aku tak heran. hah.

(fyi, sejak aku pregnant ni, penyakit m tu sediki besar. hahaha)


sharp kul 5, mahu pulang, siap tanya member, sume dah settle kan. takde ape pending kan? yg tinggal cume kunci ofis aku je. sbb yg spare dah ilang, so aku lupe nk buatkan spare utk letak kat ofis. sbbnya kalo derang nk masuk bilik aku nnti camne? haiyaaa. selamba aku kate kat member, ala kak, takpe, senin nnti sy bagi. kalo sy dah beranak, nnti sy mintak husband sy passing kat sesape ye.


(fyi: aku memain je time kata kalo dah beranak tu. sbbnya the next week adalah sgt crucial, kiteorg ada audit, dan aku bertanggungjawab utk satu section. )


balik keje singgah clinic kejap utk set appointment then balik umah tunggu en suami, baru pegi balik klinic. sbbnye clinic tu susah sgt nk carik parking, so better nek 1 kereta je.


(fyi: kami masih perang dingin time tu. aku dan husband)


masuk clinic, doc check darah dlu, owh sedikit naik disitu. check punya check, rupanya aku dah ada opening. whattt? 1-2cm. whattt sekalik lagik? doc siap tanya, u tak sakit ke? errrr.. tade pun. sbb kat ofis keje byk kot? doc seluk utk check baby dah engage belum. ok belum engage. tp dah ada opening. ok sgt sakit ok seluk itu. sakitttt! terangkat gak la aku. lepas tu scan, tgk2 baby facing upwards.

pastu, tali pusat pulak terbelit. haiya la baby. tanak kuar lagik ke? tp cam biasa, aku dan hubby tak kesah sgt, ye la, br je kan 37weeks. ade lagik 3minggu.

pastu, doc suh duduk, dan dia kata, ada 4 mende penting.
1. baby tak engaged
2. baby facing upward
3. tali pusat terbelit
4. aku dah ada opening. meaning contraction akan cepat datang

aku pandang husband, husband pandang aku. ok, so?

so doc cadangkan c-sect.

aku pandang husband, husband pandang aku. what???

sbbnya, baby tak engaged lagik. dan sebab tali pusAT terbelit, possibility utk lahir normal cuma ada lagik 5%.

aku pandang husband, husband pandang aku, so bila doc suggest c-sect?

tonight.

aku pandang husband, husband pandang aku, whattttt?

 u dah ada opening, meaning contraction bila2 masa. 95% mmg akan kena c-sect. so, daripada u tunggu esok lusa, minggu depan, contraction datang, better u buat malam ni gak, so tat tak sakit dah. no point tunggu lama2 contraction padahal mmg akan c-sect.

aku pandang husband, husband pandang aku... speechless.

takpe, pegi bincang ngn ur famili dlu. nnti masuk balik bg jawapan.

(fyi, time tu, pukul 9 malam ye. dan aku serta husband, masih berbaju kerja. dan belum dinner ye. lapar)

bincang punya bincang, setuju utk c-sect. malam tu jugak. ikutkan doctor, die tak bagi balik umah, terus je pegi hospital utk prep. tp aku mintak utk makan dlu. sbb lapar. pegi makan secret recipe. tp sket tak sedap maybe sbb aku tgh risau. husband langsung tak makan. sbb die lagik risau.

balik umah, amik barang2 yg patut, solat dlu. then ke hospital.

kul 2 pagi baru ditolak masuk OR. sbbnye, sebelum aku, ada satu lagik operation, patutnya aku dlu, tp sbb aku dah makan, aku jadik 2nd case.

2.46am, azan dialunkan oleh en suami, bersamaan dgn saat baby dikeluarkan dari perut aku.

ok, dah panjang sangt, nnti aku sambung. aku nk tido. karang malam anak aku bangun aku tak bole tido. dia mmg bgn kul 12 malam ke atas. batman la katakan. superhero mummy and daddy.











Thursday, May 17, 2012

alhamdullillah


Time: 2.46am
DOB: 12th May 2012

Weight: 2.3kg
Height: 48cm

POB: Pusat Perubatan Kohilal
OB/GYN: Dr. Marsita Mansor
Delivery Method: C-sect


alhamdullillah Allah.

sorry for the late entry, i was discharge on Sunday (evening) only to be warded back on Monday due to the baby's jaundice. alhamdullilah, we are discharge on tuesday evening but have to get a blood test everyday to monitor the jaundice (for 14days amik darah, kesian kot baby!)

owh btw, aku tak budget pun nk beranak on saturday pagi tu. emergency c-sect. nnati aku cite lain.

mak panggil makan.


Monday, March 12, 2012

kantoiii

hubby: awak mmg tanak pakai dah ke kamera awak tu?
me: erm, takde object menarik utk dijadikkan bahan gambar.
hubby: abg?
me: errrr.. maksud sy, tunggu baby lahir baru pakai balik.. errr

kantoiiii

awal2 kawen kemain lagik usung kamera digital tu kemana-mana. tp sekarang, buat berat handbag yg dah sedia penuh ni. 


hahahahhaha