Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Just Stop

** ini entry minggu lepas, aku tak siap luahkan perasaan lagik, tp aku rasa terpanggil gak nk publish. eh, blog aku, sukati aku la! ahhahahah. 

------------------------------

come on mommies, stop comparing.

it doesn't really matter whether your child is fully breastfeedor he drinks formula.
it doesn't matter whether your become a SAHM just to take care of your babies or that you sent them to nursery as you have to work.
it doesn't really matter whether you feed your child organics food or simply normal food.
it doesn't really matter whether you vac your child or you dont.

it doesn't matter.

and why is that?

because you are a mother.
whom loves their child unconditionally.

so your child if fully breastfeed?
so your child is formula feed?
so your become a SAHM?
so you sent your child to nursery?
so you feed your child organics?
so you feed your child drive tru?
so you vac your child?
so you dont vac your child?

so what?

i mean, come on. stop comparing.

either way, you are a good mother.

learn to accept that people are not the same.

so you got to breastfed your child, thats good.
i dont.
and i dont need people keep on reminding me that im a bad mother for feeding my child formulas. how i wish i coud bf hamza
things happened for a reasons. only He knows why. so please, do not rub it in my face.

so your child are fully bf child.
so what?
does it mean that your child are better than mine?
who are you to judge that? tuhan? duh!

come on mommies, stop comparing the children. let them be. let us be.

aku tak mintak utk tidak menyusukan hamza. aku regret sgt2. 
so please, do not rub it in my face.

tak semua ibu bagi susu formula itu ibu yg jahat atau ibu yg pentingkan diri sndrik.
kau untung sbb murah susu. 
jadi kau siapa utk pertikaikan untung rugi orang lain?


--------------------------------------

*eh, belum abis lagik meluahkan perasaan sbaner, nnti aku update lain. bz sgt skang nih.






Wednesday, November 21, 2012

Perlukah?

ok, sebelum aku tulis lebey panjang. aku nk bgtau awal2 yg entry kali ni mungkin akan wat certain2 org sentap. dan aku mintak maaf awal2 dlu.

lama sgt dah aku pendam pasal ni. tp aku diam je sbb ye la hak masing2 kan. pastu kang kalo aku story moli lebey2 karang kata aku jaki sgt plak kat derang. so aku amik pendekatan diam.

tp, last week, aku ngn kawan2 lepak2 kat kfc dan tersembang bab ni.

Perlukah Post Gambar BreastMilk kat FB, dan perlukah canang kat FB pasal susu meleleh dan bengkak susu dan sebagainya.

sekalik lagik, aku tak jaki ok kat org yg bf, sikit tak. kang ada plak suara sumbang kata aku jaki sgt sbb aku tak bf sbb susu langsung takde. iskkkk, tak ok, this is my humble opinion, which aku rasa aku nk share kat sini lepas kami berdiskusi aritu.

kita panggil saja kawan2 aku tu A dan B. 2-2 dah beranak. A mmg bf yg tegar. sekarang stop sbb tgh pregnant lagi.

aku lupa sapa bukak cerita dlu, tp rupanya, kami bertiga tak berkenan dgn org-org yg dok post gambar2 EBM dekat fb, berkoyan2 EBM dia. pastu dok cite pasal susu dok meleleh tak berhenti la. bengkak susu la dan sebagainya.

argument aku, dah nama pun EBM kan, walaupun dalam botol, mahupun dalam plastik, bile ko tempek gambar tu kat FB, dah confirm2 aku tau tu breastmilk. dah namanya breastmilk, datang dari mana? breast ko la kan. dan dan aku terbayang breast ko. lagik2 kalo ko duduk sebelah susu2 tu sambil sengih2. aishhhh. agak2 mata aku terarah kat mana lepas tgh EBM tu?

itu aku, perempuan, kalo lelaki yg baca? lelaki yg tgk?

isk, aku rasa tak perlu kot nk tunjuk semua tu.

pastu perlu status ko pasal baju basah susu meleleh? eiiiii. sekalik lagik, susu tu kuar tang mana? confirm terbayang tang mana?

itu adalah pertama kali aku suarakan rasa kurang senang aku pasal gambar EBM yg banyak gile kot org-org dok post kat fb, rupanya mereka jugak sama pandangan cam aku.

ye la, tak semua mende kite perlu tunjuk kat org kan. dan tak perlu la sampai nk cite meleleh ke bengkak ke ape ke.

A dan B siap kate, kalo die la yg post camtu kat fb, confirm balik umah kene bambu ngn laki. ye la, mende dalam baju pun nk share dekat fb? lain la kalo dlm group ke ape ke. logic la gak. atau personal blog ke. ade org kesah? takde, sbb itu personal journal kau. ini social network, yg mmg la ramainya org.

aha...

tahla. aku tak jaki ok tgk EBM tu. cumanya, aku mintak, tak perlu kot post2 gambar2 tu dan status2 yg bole membawa org terbayang2 yg bukan2.

sila jgn maki aku kat sini.

peace,
Any

Tuesday, June 12, 2012

Susu oh Susu!

jom bicara pasal susu.

bukan susu ibu.

cukup2 lah pasal susu ibu.

ye, susu aku tak banyak. so aku kene bagi anak aku formula.

stop tanya kenapa.
stop bgtau aku khasiat susu ibu.
stop segalanya.

aku nk bicara pasal susu formula.


aku ade wat research sket2 tadik pasal susu2 yg ada kat pasaran. banyak rupenye! hahaha. nampak sgt aku ni ignorance orangany.

dan aku perasan gak ramai kawan2 aku bagi anak derang minum Anmum Essential, tanpa gula tambahan.

ke sbb iklan tu warwarkan tanpa gula tambahan sbb tu ramai yg pakai yg tu?

owh btw, anak aku minum Enfalac A+.

setakat ni, sesuai ngn dia. kerap gak minum, berak pun dgn jayanya! owh!

ok, kepada ibu2 diluar sana yg bagi anak minum formula, susu apa kalian berikan?

Wednesday, May 30, 2012

Susu Ibu

breastfeeding, aku berani bet itu idaman setiap ibu2 baru.

ye la, sape tanak bagi anak susu sndrik? paling bagus adalah susu sendrik. kan?

susu ibu byk khasiatnya, mudah hadam, beri antibodi dekat baby. yada yada yada.

hospital langsung tak galakkan penggunaan susu formula. paksa bagi susu ibu. kalo takde susu, amik pil tambah susu. takde jugak, hah, minum formula, tp pakai cawan.

waktu anak aku warded sbb jaundice, time tu umur dia baru 3hari. dan dia dah terbiasa dgn susu formula, ye la aku ceaser, nurse dekat kohilal dah bagi die formula, pastu plak, susu aku tak banyak. takkan nk biar die lapar? formula la jawapannya.

ok, berbalik kepada jaundice tu, balik je tg malim, baby disahkan jaundice. pdhal aku br je kuar hospital semalamnya (day 2). mental aku tak bersedia lagik utk masuk hospital. tp, sbb baby jaundice, warded jugak dekat hospital slim river. dan malam itu adalah nightmare. sgt!

sampai2 je hospital, baby tak berhenti menangis. dibogelkan dan diletakkan di bawah phototherapy. kalo aku kate anak aku tak berhenti menangis, aku rasa ramai tak percaya. dia cuma berhenti menangis bila aku bawak kuar dari phototherapy tu dan peluk dia. time tu anak aku diam. letak balik dalam bekas tu, dia tak berhenti menangis. sejuk gamaknya. kaki dan tangan anak aku biru jadiknya sbb sejuk. dan dgn bodohnya aku (well, ibu baru), aku tak terfikir utk pakaikan booties dan mittens. sbb kate nurse, tinggalkan pampers saje. dan dgn bodohnya, aku tinggalkan pampers saja.

aku tak tidur langsung malam tu. bayangkan. sekejap2 terbangun, sakit ok bangun duduk. sbb pakai otot perut. br 3 hari lepas operation.

dan aku skeptikal dgn hospital kerajaan. nurse cam hampeh. anak menangis, lantak la. tp ada gak yg baik. dtg tgk, dan bila aku kata anak saya sejuk nurse, kesian dia. nurse cakap, pakaikan booties dan mittens. owh bole? tadik nurse tu kata, pakai pampers je? owh, bole la, dah dia sejuk. takpa.

ok, otak aku terus kata, bodoh la kau, nurse pertama! tak nampak ke anak aku kesejukkan, menggigil2 dia.! aircond dah la melampau, aku pun sejuk! mmg la bawah phototherapy tu patutnya panas, tp kalo tul la panas, asal anak aku tetap menggigil?

berbalik kepada susu ibu. susu aku takde. anak aku lapar. lapar sgt2. terpaksa dia hisap susu yg takda. dan menangis lagik la dia. bole minum formula, tp hanya formula yg hospital provide, dan minum pakai cawan. bayangkan, anak aku umur 3hari minum pakai cawan. didudukkan dan diberi minum pakai cawan? terpaksa, sbb aku sedar diri aku takde susu. dan anak aku lapar. terpaksa.

makin malam, makin sejuk susu tu, makin sejuk anak aku, makin lapar dia. dan susu aku tetap degil, tanak kuar banyak. anak aku tak berhenti menangis, aku dah nk jadik gila, tatau nk wat camna. pegi stesen nurse, derang takde. pegi stesen susu. susu dah sejuk, terpaksa bagi jugak baby minum. dia lapar. aku tak tidur langsung. baby meniarap dalam phototherapy, tp 30min aku pusingkan, sbb nnti dia panas. dan tak berhenti tepuk bontot dia kasik dia tidur. tp, bila menelentangkan dia, dia terus menangis.

menangis, sbb sejuk
menangis, sbb lapar.

dan aku pun menangis,
menangis, sbb baby menangis.

sanggup kau tgk anak kau umur 3hari tak berhenti menangis?

mcm nk gila aku. peluk anak, mintak dia berhenti menangis, sambil aku sndrik menangis.
sambil rasa nk koyak2 je breast tak guna ni sbb takde susu.

owh, jgn kata aku meroyan, malam tu aku baca ayat kursi, mathurat tak henti2. walaupun aku dalam keadaan kotor, sbb aku risau anak aku menangis sbb benda lain.

tp dia tetap tak henti menangis. berhenti sekejap sbb penat dan terlena. terjaga, terus menangis.

pujuk baby, baby, bagi mummy tido 15min je sayang, 15 min je sayang, bole la manja.

maybe sbb kesian dekat mummy, dapat jugak la tido 15min setiap jam. ah tipu setiap jam. aku rasa aku tido cam tak tido je. satu sbb anak aku mudah tersedak, jadik aku tak tido perhatikan dia.

berbeza dgn kohilal. kohilal biarkan aku berehat. dan mereka yg jaga baby.

tp ini, ah, terbalik dunia pun lantak la, anak kau, kau uruskan. kau operate ke normal ke, rahim terkoyak ke, anak kau, uruskan. kami nurse hanya akan buat2 rajin bila sister datang. (ok, statement ini mungkin akan buat setengah2 org marah, tp hey, ini pengalaman aku. mungkin kowang tak rasa. good for you)

esoknya, abang pagi2 dah datang. bagi ubat tambah susu. bengkak breast aku, still susu tetap tak bnayk. nurse kata mungkin sbb tak urut lagik. ok, maybe.

discharge, tp terpaksa amik darah setiap hari. sanggup kau tgk tgn anak kau yg mmg biru (sbb kecik sgt darah tak berapa cukup-kata paed) jadik hijau sbb asik amik darah? owh, lupa nk bgtau, anak aku menangis dgn jayanya dekat hospital. sakit cucuk mungkin.

tp alhamdullillah, sekarang baby kurang menangis, mungkin sebab dah menangis teruk dekat hospital?

balik umah, susu masih tak kuar. baby mengamuk setiap kali aku breastfeed. sbb tak cukup, sbb lapar. pdhal breast bengkak. aku perah pakai tgn, kuar la titik2 je. pam plak tertinggal kat kl. so abg belikan manual pam.

sakit gila pam manual. still tak kuar. abes kuat pun 1/2 oz je. sikit. sgt. walhal breast bengkak dgn jayanya.

aku berhenti amik pil tambah susu. tp aku tetap pam, dan perah. tp masih sikit.

arini genap 3hari berurut. tukang urut kata, mmg aku takda susu. maybe sbb lambat urut? mmg takda rezeki baby. bukan aku tak usaha, setiap hari aku perah, aku pam, kuar la 1/2oz, paling byk.

aku makan ubat tambah susu sampai bengkak2.

aku berurut bagai. aku bertungku bagai, walhal patutnya ceaser tak perlu wat sume tu.

jadi aku paling hangin bila ada suara sumbang kata, susu ibu paling bagus, breastfeed kan baby, bukan aku tak usaha.

dan paling paling marah bila ada yg kata, ubat ada tanak makan.

apa motif makan, bengkak tp stil tak kuar. bengkak breast sakit ok. dan menjadikkan aku kurang bertenaga. mengantuk.

ya, ya, susu ibu baik. bukan aku tak mahu bagi baby susu ibu. dan mmg bukan rezeki dia. setiap hari aku pam. aku cuba. dah mmg bukan rezeki baby, rezeki dia susu lembu.

aku redha.
anak aku redha.

mak aku faham.
tukang urut pun faham.

kenapa yang lain tidak?

jadik, cukup2 la salahkan aku tak bagi susu ibu dekat anak aku.

anak aku.
mesti aku nk yg terbaik utk dia.

bodohla aku kalau tidak.