Showing posts with label hamza. Show all posts
Showing posts with label hamza. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Playroom #03

what playroom?

xde de dah playroom. susah nk monitor anak dlm bilik. kene pulak bilik takde kipas syiling. tv plak kat luar. panas woo. so aku belasah la letak je depan tv. hah amik!

 dah macam nursery kan umah? tp ni time hamza baru pandai2 merangkak. so takde la die ke dapur sgt. tp bile die dah pandai merangkak, ke dapur je keje. nk jadik chef ke nak?

so, nk taknak, playyard perlu ada. owh, aku beli preloved je. nk beli brand new, macam tercekik plak rasa harganya. preloved ok ape. 


heanim, 5 panel. bole la nk kurung hamza drp keluar. tp die punye melalak minta kuar tu. masyallah tuhan je la tau! mengamuk tak puas hati mommy daddy duduk luar playyard. die nk kiteorg duduk sesama dalam playyard. alahai, besar mane je la playyard die tu kan. mane la muat anak beranak dalam tu?



menjerit bagai nk rak. bukak je pintu playyard. walla! hepi sesangat! so, nk taknak, kami bukak playyard tu, sambungkan dengan ruang tamu, kire kepong ngn sofa2 la. so still tak bole keluar, tp makin besar dan luas la kawasan permainan hamza. dan mommy daddy bole golek2 atas karpet tgk tv. in which, this works wonders.




 muke puas hati tak terkurung. owh, btw, kalo ade org datang, kami tutup la balik playyard tu, dan hamza duduk la terkurung dalam itu. takkan nk nk kepung2 time org ada. masuk kene melompat?


and this, is the view of hamza's playyard last monday. kuat menyelongkar anak bujang sowang ni. dan bile dah puas ati semuanya dah tergolek dog, die datang dekat mommy, manja2 nk tido. warghhhhhhhhh.

mommy tensen kene kemas selalu pastu hamza punggah balik.

Wednesday, June 26, 2013

Senyum



kerana bila kau tersenyum, bunga matahari mekar di seluruh dunia!

Friday, June 7, 2013

Words

what's your child fav word?

mine would be dada. and yes, dada mean daddy. 

not mom, nor ma. but dada.

ok, seyes mommy jeles.

and y dada? because dada (in hamza's mind) means that yay, i got to play! let go play! its playtime!

but when he feels hungry, sleepy, sick, mad, tired, angry, who shall he call out for?

guess who?

mom. yes, mom. not dada.


exhibit 1:
main macam nk rak ngn daddy, gelak gile2, mommy langsung tanak pandang. pastu ttibe lapar dan nk susu. biasa la, daddy confirm malas nk buat, pastu tanya, hamza nk mommy or daddy buat susu?

confirm pandang mommy, dan sebut mom. 

oooo. tadik main ggile tak hingat mommy, sikit tanak main ngn mommy, dah lapar mintak susu kat mommy? iskk!


exhibit 2:
daddy balik keje, senyum sampai ke telinga. daddy ilang sikit dari pandangan kemain lagik nagis macam setahun tak jumpa daddy. main ngn daddy. wrestling bagai. bile daddy buli, takde de nk sebut dada.

confirm pandang mommy, dan sebut mom. 

kire cam nk ngadu la tu. 

ah mommy takkan layan punye!


exhibit 3:
main dengan daddy, seronok2 dengan daddy, nk tido, nk daddy tidorkan?
takde maknanye

menjerit2 tamo dada buaikan dia. 
mom gak kuar dari mulut die.
as if "mom im sleepy, please put me to bed. and i want you. not daddy, go away daddy!"
ok, thats what i wanted to believe what hamza really wanted to say.

haha

what ever it is, mommy and dada love you so much.



Wednesday, May 8, 2013

Almost 1

this sunday, hamza will officially turn 1y.o!

alhamdulillah. mcm cepat betul masa berlalu kan.

terima kasih Allah atas anugerah ini.

utk bday hamza, aku tak wat besar2 pun, panggil family terdekat je ngn kawan2 rapat je. a small party reunion la kengkonon.

menu utama:
1) nasi ayam golek
2) spegeti

desert:
1) tiramitsu kek (sendri buat. wahhhhh. hebatnye la kengkonon. mlm ni nk test buat, kalo jadik, mmg akan wat bebanyak. yeaaa!)

kek:
red velvet boboiboy. (pun sndrik nk buat. ini malam nk test wat satu. sbb daddy tak percaya mummy bole buat, so daddy kate, awak buat dlu, kalo sy approved awak bole buat, then ahad ni awak buat, kalo tak, beli je. errrrrrrrrrr)

hohoho.

excited terlebey, ini hari pegi keda kek beli barang mau buat kek. perghhh! mahal gak. total sume rm77. errr. bek beli secret recipe je kot?

Monday, April 8, 2013

Itu Hak Kami.

maaf tp entry ini tidak bermaksud untuk membezakan golongan ttc dan tidak ttc. ia tak lebey drp luahan seorang mommy.

2013, hamza setahun, dan mommy/daddy 4thn. kalo ikutkan mathematical logic disitu, mmg lambat hamza tu keluar. tp itulah, semuanya kerja Allah. lambat cepat, xde masalah pun. ada hikmah setiap kejadian. aku jugak bersyukur sbb pernah merasai ttc. sebab mengajar byk menda. kan dah kata tadik, semua kerja Allah. ada hikmah setiap kejadian.

sejak ttc, ramai yg sibuk2 bertanya pasal anak dan kekonon takde usaha. dush, malas nk bercerita dgn mereka yg rasa diri lebey hebat daripada tuhan tentang apa usaha kami dah buat. lagik pulak, kalo cerita kang, panjang lagik ceritanya, ah sipolan tu makan biodex dapat je anak, si polan tu urut ngn tukang urut ni, ah dapat je anak. hurmmm...

owh, dah jumpa pakar?
hospital mana?
bayar berapa?
dia check apa?
ubat apa bagi?
xpernah dgr pun ubat tu?
ala, betul je doctor ko tu, org lain takde pun cam tu?
membazir la ko pegi private, nape tak pegi gomen? jgn igt hospital gomen cikai la. 

hurmmm, kadang2 soalan2 yg dilontarkan mcm derang plak lagik hebat ngn doctor. ah lantak.

utk kemana treatment kami cari, itu hak kami.
utk bayar berapa, itu hak kami.

da ada anak, kau igt mereka diam?

hahaharapan.

eh, apesal plak letak anak kau dalam car seat ni. pangku sudah. kesian die dok dalam ni. ko letak je toto kat belakang, pastu baringkan dia. lagik selesa.
ala, org dulu mana ada pakai car seat bagai. hidup je sampai sekarang.
eh, kenapa pulak anak ko duduk kat depan ko duduk kat belakang. dah macam big bos pulak. kesian laki ko dah macam driver plak ko duduk belakang.

utk tidak memangku anak sewaktu didalam kereta, itu hak kami. 
utk menggunakan baby car seat, itu hak kami.
utk meletakkan baby car seat dihadapan, itu hak kami.

safety first. aku tak percaya dgn pangku memangku ataupun membaringkan anak di belakang. bayangkan ttibe break mengejut, kalo kita yg dewasa pun akan kedepan, bayangkan kanak2 yg alahai ringannyaaa! kenapa hamza perlu duduk hadapan? mudah, sebab mommy drive berdua dgn hamza, senang utk mommy tgk hamza. kenapa perlu hamza duduk depan walaupun ada daddy? supaya hamza faham yg tentang keselamatan, kalo naik kereta, duduk dalam car seat, buckle up ur seat belt. no excuses! 

eh, naikkan je buaian anak ko tu. senang dia nk tido nnti.nape ko beli swing ni? ni buai omputih ni. beli je buai yg electric tu.

utk tidak menaikan anak dalam buai, itu hak kami.
utk menggunakan swing, itu hak kami.

tp aku akui, aku akur jugak belikan hamza buai. sbb dlu neksu mintak jugak jugak buai. dan mmg hamza berbuai. tp tidak keatas ke bawah (mcm electric buai tu) aku akan buai dia macam swing. kalo masih tak percaya tentang shocking baby syndrome, bagi jawapan mudah iaitu, dulu, nenek2 kite buai, semua buai cam swing, sbb takde spring, sbb tu, baby dlu sume sehat2. senyum. confirm tak bertanya dah.

nape plak tanak nek bot kalo takde safety jacket? org dulu2 takde safety jacket pun bawak anak nek boat.
tak payah la beli safety jacket bagai. membazir.
eh naik je la. nk takut ape?

utk sibuk2 beli safety jacket, itu hak kami.
utk sibuk2 tanak nek boat tanpa safety jacket, itu hak kami.

again, safety first. ok ok, aku tau ramai yg dah tgk blog dr harlina, bella nek boat tanpa safety jacket, tasya berpangku je camtu. again, let me restated, itu hak kami. safety shall comes first. utk dapat hamza, kami sanggup berhabisan dan bersusah payah, kenapa tidak bersusah payah mencari safety jacket utk si jantung hati kami?

banyak betul gadget anak ko nih.
eh kenapa nk kene bli ni, membazir je.

utk beli macam2 gadget utk hamza, itu hak kami.
utk beli itu ini utk hamza, itu hak kami.

maaf, tp kami tak pernah minta duit sesiapa utk membeli barang2 hamza. selagi kami mampu, kami akan sediakan yg terbaik utk hamza. insyallah. ok, confession, ade setengah tu, mommy/daddy yg excited terlebey nk beli. hamza br nk masuk sethn, tak reti meminta2 lagik. lagipun, insyallah barang2 yg dibeli akan disimpan dgn baik, pasni bole adik2 hamza pakai. owh, tinggi harapan. (ps, berharap sgt adik hamza kembar. ohoiii)

dah panjang sgt. tp dah terluah.
alhamdulillah.

moga tidak menjadi racun dlm diri.

amin





Tuesday, February 5, 2013

Gigi

aritu hamza tumbuh gigi, baru nampak sikit.

semalam, raba2 gusi hamza, whatt? dah tumbuh lagik satu?

so total ade 2.

tp sume baru nampak bayang2 sikit2 je. bukan tumbuh fully lagik.

owhh, patut la sume mende nk masuk dlm mulut.

gambar takde, harapan la nk tangkap gambar sbb bile bukak mulut je, hamza akan jelir lidah. tadik pagi mummy geram, time hamza tido mummy bukak luas2 mulut, br nampak ke2-2nye sekalik.


owhh, kalo die turun aku yg kuat menggigit ni, naya!

Monday, January 28, 2013

Sudah

lama sgt tak update entry


eh baru update semalam pasal gigi hamza. tak. maksud aku lately aku sgt malas untuk menulis. banyak aku pendam je. nk tulis pun malas. ah sbaner aku memang malas. kan.

so far, life macam biasa. hamza makin byk kerenah, ye la dah nk masuk 9bulan dah kan. mcm2 dah pandai.

  • dah tumbuh gigi.

  • dah pandai cranky kalo mengantuk. akan menjerit as if nk bgtau "mummy, im sleepy, please put me to sleep"

  • dah pandai tantrums kalo tak dapat kehendak hati dia. biasanya hamza lebey berminat dgn hp, remote control, notebook drp toys die.  

  • dah pandai campak2 mainan drp car seat pastu pandang mummy bagi mummy-please-pick-up-my-toys-look. 

  • dah pandai sangat masuk bawah sofa. owh itu tempat kegemaran die. iskkk


  •  dah pandai tarik telinga kucing. owh, sungguh berminat dgn haiwan rupenye. turun daddy ni. sbb mummy haram tak suke pets.


  • dah pandai mintak org dukung. terkapai2 tangan mintak kite dukung.

  • dah pandai pujuk orang. hamza akan tepuk2 kekonon macam nk bagi kite tenang. hahaha. kelakar
  • dah pandai buat mummy-please-do-fed-me-as-well look setiap kali mummy makan. 
  • dah pandai buat no-mummy-i-dont-want-milk-but-i-want-whatever-u-and-daddy-are-eating look.
  • dah pandai buat bunyik mengunyah makanan kalo mummy choose to ignore all those looks. pastu wat puppy eyes mintak simpati so tat mummy akan bagi gak rasa.
  • dah pandai nk kiss org. tp instead of bagi pipi or hidung or mulut, die bagi dahi. ok, rasanya hamza tends to kiss people but end up wanting people to kiss him.


cumanya, masih kurang rajin nk merangkak. merangkak satu step pastu lepaskan badan, hamza lebey suka mengesot cam askar tu daripada merangkak. ah risau mummy napela anak mummy tanak merangkak. 



dannn, masih malas untuk pegang botol! owhhhhh tidakkkkk!


Sunday, January 27, 2013

1st

hamza dah tumbuh gigi!

owhhhh, sudah besar anak teruna saya!

patut la sume mende asik nk masuk dalam mulut je.

tak de gambar, sbb mmg tak bole nk tangkap pun, asal bukak je mulut die, confirm akan jelir lidah. eiiiiii!

Tuesday, January 1, 2013

Demam

ok lame gile bersawang blog ni.

sbbnye mudah. mummy yg malas.

dah genap sebulan hamza duduk educare, dan pecah rekod la hamza yg selama ni tak pernah demam setiap minggu akan demam. adehhhhh.

minggu pertama: mlm rabu rasa badan hamza dah dedar, pagi kamis mmg demam sah. bawak g clinic dan mummy pun EL. lepak umah neksu. hamza rindu neksu gamaknya sbb nampak bdak2 tu hamza chill je.

minggu kedua: petang kamis hamza hissing, so bawak g jmp dr nadir tp dr nadir kate tak yah sedut. ok. mlm kamis badan hamza panas gile, masuk ubat bontot pun tak kebah kebah. hamza merengek sepanjang malam (read: hamza adalah anak yg tak byk kerenah, alhamdulillah. nangis pun kalo sakit je atau lapar so bila dia merengek tak henti2 mummy risau gile) so kul 5pagi mummy/daddy bawak hamza g tawakal. masuk skalik lagik ubat bontot. tp weird thing, tak kene warded. hurmmm. mummy/daddy EL jumaat. lepak umah neksu lagik. 

minggu ketiga: jumaat petang educare call mintak amik hamza sbb badan dia panas. terus bawak hamza pegi clinic, masuk ubat bontot, lagik. hurmmmm. tp sebab dah jumaat mummy tak el la. minta kat bos je balik awal.

minggu keempat: alhamdulillah hamza sihat. phewwww. legaaa!

minggu kelima (minggu ni la): isnin educare kate badan hamza dedar. mmg betul pun. kejap panas kejap sejuk. tp hamza active je. mummy lak tak sampai hati tgk sekejap panas sekejap sejuk, bagi makan ubat demam. arini, kahak banyak sgt, so dari semalam makan ubat cairkan kahak. hurmmmm. dah tu pagi tadik hantar hamza kat educare, ttibe badan die dedar balik. haiiyaaa. ubat demam tak bawak. bawak ubat cairkan kahak je. so arini kene tunggu educare call ke tidak takut hamza demam lagik. risaunyee!


Tuesday, December 11, 2012

Demam

minggu pertama hantar hamza kat educare, tantrums. langsung tanak pandang muke mummy, gelak senyum ngn mummy. main pun sanggup tunggu daddy balik.

kecik ati mummy.

3ari duduk educare, balik hamza meragam2, dan demam. hurmmm..

pertama kali hamza demam.

selama ni alhamdullillah hamza tak pernah lagik demam, dedar badan ade la. tp demam? tak pernah. makan ubat demam pun tak pernah. malam rabu tu, amik temp hamza 37.4 degree. igtkan tak demam, sbb demam 38 kan.

pastu sok paginye, 37.8. terus mummy bawak pegi clinic. rupenye, utk baby, 37 je dah consider demam. pergh kau, berpeluh aku dengar. semalamnye aku google temp demam, katenye 38 baru demam, rupenye kate doc, tak applicable utk baby. tp sbb pagi tu aku dah tuam badan die turun sket la temp die.

so tanpa ragu lagik, aku el. cumenye, kene masuk gak ofis sbb jumaat aku cuti, isnin ade meting, so kene siapkan preparation meeting khamis jugak. so ke ofis la kami (hamza dan aku)


toto sume dah bawak balik, yg tinggal cume yoga mat, sleeping back n selimut. hampar semua kat belakang aku pastu letak hamza. mengaruk gak die mmule tu sbb tgk aku wat keje tak layan die. dah la die demam. 

siap je keje, terus pegi umah neksu. demam rindu kat neksu kot gamaknye.

yang bestnye, since hamza demam, hamza dah pandang mummy, senyum dan main ngn mummy. heheh, tau  pun mintak mummy layan. dah tak tantrums dah ngn mummy.

da sakit br carik mummy ye sayang?

hamza yang first time demam, lansung tak pakai baju sbb panas sgt. sian si kecik ni.

alhamdulillah, jumaat demam die dah kebah. 

nnti aku cite pasal jumaat plak. BBW!

Wednesday, December 5, 2012

Tantrums

okay, how should i knows that 6-turning-7-months-old-baby could have tantrums?

ah, hebat sgt la kot tantrums tu. tak la. more kepada mogok.

mogok yg berjaya sbb sebagai ibu aku sedey kot bila

1) anak yg selama ni kite amik die lepas balik keje excited gile nampak kite sengih2 tak hingat dunia, tp sekarang buat derkkkkk je kat kita tanda protes.

2) dlu dlam kete bile mummy tanye wat ape kat umah neksu, bising mulut die bercerita sekarang wat derkk je pandang mummy pun tanak.

3) jangan kata senyum, pandang mummy pun tanak. sedey ok!

4) main sowang2 tanak langsung main ngn mummy tp daddy balik bole je gelak2 main ngn daddy.

seriously hamza, mummy sedey ni!

semua gara2 mummy hantar pegi nursery dan bukan umah neksu.
atau
sbb mummy datang lunch aritu, yg hamza nampak mummy pastu nangis tp mummy larik balik ofis.

so hamza pun merajuk kat mummy.

iskkk. belum 7bulan dah pandai merajuk.

kuat merajuk. like mummy.

sob sob

camne nk pujuk? any idea? puas dah sampai pegang pipi die kuat2 suh pandang muke mummy die ley wat bodo je.


tido pun tanak senyum dah. dah tak happy go lucky dah. mummy risau ni.

br 2 hari duduk educare dah pandai nk tantrums.

haiyaa

Sunday, December 2, 2012

First

yes, it is hamza's first day at educare.

sebelum ni, die tinggal dengan pengasuh sebulan, pastu lagik 3bulan dgn neksu (makcik aku la). tinggal dgn pengasuh dan neksu, well, die dapat undivided attention, lagik2 sbb maksu ipah, pak amai, pak ngah n paklong (read: umur br 9thn, 12 thn, 13 thn, 15thn) yg mmg suke gile main ngn dia.

so, mummy n daddy risau yg amat sgt2 bile hamza nk masuk educare.

bdak2 tu (anak2 maksu) siap pesan lagik "hamza, kat nursery, kalo ada yg cuit je hamza, tumbuk je derang."

hahahah. budak2 ok.

tp mummy ngn daddy pun pesan gak "hamza, kalo ada yg buli hamza, buli balik die tau! kalo ada yg buat hamza, nangis kuat2, (read: hamza cuma akan nangis kalo betul2 sakit atau lapar je. kalo biasa2 die rilex je. sbb nama dia hamza kot)

pagi tadik, mummy punye risau la, hantar hamza dekat kelas, br ade 4org budak. yg dah merangkak punye laju la. hamza belum merangkak lagik. yg nampak besar dr hamza pun banyak. ok, lagik la mummy risau gile.  teacher amik hamza letak kat pangku dia, hamza chill je. mata kemain bolat lagik tgk mural yg penuh kat wall tu. mainan yg tergantung2 kat wall.

sampaikan mummy nk balik pun die wat tak reti je. aduhhhai sayang. mummy kemain risau, awak selambe kodok je kannnn.

tawakal tu allallah.

insyallah semuanya selamat.

ps: tghari ni mummy nk g ngintai hamza. tak kira!

updated:

lunch tadik pegi ngintai hamza tgk die wat ape. rupenye die tgh duduk dlm bouncer. tahu sbb ape? sbb die sowang je yg tak reti merangkak lagik. dalam erti kata lain die paling kecik dlm kelas die. haiyaaaaaa... sian anak mummy.

mule2 mummy nampak die dalam bouncer teacher tgh buai. muke masam je.


mummy snap gambar die panang tempat lain.
mummy snap lagik gambar, die dah kalih pandang ke kanan.
mummy snap lagik, die dah perasan ade org tgh tangkap gambar die. tenung dan tenung tgk sape la tu.
mummy tak snap gambar dah, hamza perasan muke mummy. mummy senyum. hamza terus cembeng dan nangis.

haiyaaaaaaaaaaaa.

mummy terus lari balik. iskkk mummy lak sedeyyy

Thursday, October 11, 2012

5mo

Hamza is now 5months old.

alhamdulillah ya Allah untuk anugerah yg kau berikan ini.
aku bersyukur.


mcm baru semalam dok tatap gambar2 ni.

Shinchan

my very own shinchan.
minus the kening tebal and nakal

Sunday, September 30, 2012

Playroom #01


pasni gantung ABC felt tu, pastu kemas bilik lagik satu, bawak kuar meja study letak dlm bilik tu, and completely transform this room into playroom.

oh impian!

Thursday, September 6, 2012

Age

Hamza is now 6.9kg at 3months 3 weeks and 6days old.

syukur, alhamdulillah ya Allah.

terima kasih atas segala nikmatMu.


-bila ingat mati, semua masalah jadik senang kan-

Friday, August 24, 2012

Berlakon

sapa kata buat baik confirm org akan buat baik balik dekat kita?

manusia zaman sekarang selalu berlakon.

tak kesah la kalau anda mahu berlakon, tp jgn sampai org bole hidu lakonan anda sudah.

zaman sekarang Allah bayar cash. jadi tak perlu sakitkan hati org, luka kan hati org.

no mummy, hamza tak berlakon mcm dia, hamza mmg syg mummy!