Showing posts with label Dr Nadir Khan. Show all posts
Showing posts with label Dr Nadir Khan. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Demam

ok lame gile bersawang blog ni.

sbbnye mudah. mummy yg malas.

dah genap sebulan hamza duduk educare, dan pecah rekod la hamza yg selama ni tak pernah demam setiap minggu akan demam. adehhhhh.

minggu pertama: mlm rabu rasa badan hamza dah dedar, pagi kamis mmg demam sah. bawak g clinic dan mummy pun EL. lepak umah neksu. hamza rindu neksu gamaknya sbb nampak bdak2 tu hamza chill je.

minggu kedua: petang kamis hamza hissing, so bawak g jmp dr nadir tp dr nadir kate tak yah sedut. ok. mlm kamis badan hamza panas gile, masuk ubat bontot pun tak kebah kebah. hamza merengek sepanjang malam (read: hamza adalah anak yg tak byk kerenah, alhamdulillah. nangis pun kalo sakit je atau lapar so bila dia merengek tak henti2 mummy risau gile) so kul 5pagi mummy/daddy bawak hamza g tawakal. masuk skalik lagik ubat bontot. tp weird thing, tak kene warded. hurmmm. mummy/daddy EL jumaat. lepak umah neksu lagik. 

minggu ketiga: jumaat petang educare call mintak amik hamza sbb badan dia panas. terus bawak hamza pegi clinic, masuk ubat bontot, lagik. hurmmmm. tp sebab dah jumaat mummy tak el la. minta kat bos je balik awal.

minggu keempat: alhamdulillah hamza sihat. phewwww. legaaa!

minggu kelima (minggu ni la): isnin educare kate badan hamza dedar. mmg betul pun. kejap panas kejap sejuk. tp hamza active je. mummy lak tak sampai hati tgk sekejap panas sekejap sejuk, bagi makan ubat demam. arini, kahak banyak sgt, so dari semalam makan ubat cairkan kahak. hurmmmm. dah tu pagi tadik hantar hamza kat educare, ttibe badan die dedar balik. haiiyaaa. ubat demam tak bawak. bawak ubat cairkan kahak je. so arini kene tunggu educare call ke tidak takut hamza demam lagik. risaunyee!


Wednesday, September 5, 2012

Dr Nadir Khan, Klinik Wangsa

sejak lahir, aku perasan hamza ckekadang cam susah nk bernafas, pastu cam ade hissing sket nafas die. cam org asthma plak. tp sometimes, bukan kerap, bukan selalu. tapi lately kerap, selalu. cam susah nk bernafas. pastu die menangis.

hamza jarang menangis, biasanya kalo die menangis tu sbb lapar, tp lately die kerap menangis sbb susah nk bernafas. pastu plak, susah nk isap susu. sbb tersumbat hidung. dah tersumbat, camne nk isap susu kan?

search punya search carik klinik pakar kanak-kanak, aiseh, sume tak bukak malam. sume siang. abes camne? dan sepupu aku kate, die slalu bawak anak die pegi klinik kita kat wangsa maju tu, doc ok. so isnin malam, aku pegi la sane. wohooo, ramainye org, dan mmg ramai yg bawak budak2. ok, so dalam otak kate, maybe this clinic ok kot, tho die general doc, bukan paed. lama gak la tunggu, then kami masuk, Dr. Izzat kot, rasanya.

tunggu dekat sejam, consultation 3minit.

nice?

abg dukung hamza, duduk kat kerusi patient, aku duduk depan doc. pandang muka aku pun mmule tanak. aku takde senyum, dan muka aku "im-all-business" baru die pandang. come on doc, u rasa u doc, and im nobody ke? walaupun sy tak pegi medical school, sy pegi u jugak, sy pun professional gak cam u.

dan selamba dia kta, ok, sy bagi ubat keringkan kahak.

dan aku tanya, is it ok to give drugs to a baby?

tahu apa dia kata? dah sakit, makan ubat la.

wohaaa! nice words eh doc? mcm tu eh ckp dkt ur patient parents? first time parents plak tu? yg mana semua mende kecik kat mata u, mmg besar kat mata kami? ok, fine, i tak pegi medical school cam u, but i learn ethics, dan budi bahasa.

ok enough pasal klinik kita.

selasa, muhasabah diri. kenapa aku tak bole bawak hamza pegi paed terus? time ttc, beribu habis, time pregnant, beribu habis, tak kesah pun pegi pakar. kenapa hamza dah lahir kedekut? astagfirullah hal azim!

masalahnya, paed malam tak bukak.

muhasabah diri lagik, siang? penting ke keje tu? meeting tu daripada anak? astagfirullah al hazim!

so arini, selepas tanye en google, mane clinic yg bagus, aku pegi Klinik Wangsa, jumpa dr Nadir Khan.

no, die bukan klinik pakar kanak-kanak, tp aku rasa die specialist utk lungs. dan one thing aku suka, dia tak bagi ubat. sbb aku tak percaya ubat utk kanak-kanak apatah lagik baby.

dan, penerangan dia, sgt puas hati. tanya la macam2, mmg dia tanya.

first thing, dia akan tanya, anak lahir normal atau ceaser. dan consultation die mmg best!

recommended!

nnti aku sambung. anak aku tido, aku nk masak jap. owh arini aku EL.