Tuesday, October 28, 2014

Speech Delay

AmeerHamza is almost 2:6years old today. and yet to speak.

speech delay.

to be honest, aku dah lama perasan yg anak aku tak mahu bercakap sgt. setakat da,
dada => daddy.
ma => mummy
nak
jom
tak
bye

itu je. sebelum bersalin aqeelharraz, hamza nk jugak sebut 12345. siap record lagik. setiap malam b4 tido aku akan ajar die sebut. tp lepas harraz lahir, well, nk kata perhatian kurang, tak jugak sbb makin manja si hamza. cuma masa kurang la. tak sempat nk ajar die 12345 balik.

pantang kat umah mak. daddy lak balik seminggu 2x.

hamza makin kurang bercakap. mumbling selalu la. baby talk.

lama aku pendam napa hamza tak bercakap2. sampai la satu hari tu kiterorg bawak pegi chatterkidz therapy. utk evaluation. time tu hamza 2.4 years old.

evaluation by freelancer speech therapist. die kata hamza lambat dlm 8bulan. sbb perkembangan dia di takat 1:5 years old.

tak puas hati ngn freelancer tu. kiteorg bawak pegi IIUM Speech & Hearing Clinic. kat kuantan. jauh gile!

Highly recommended. Bukan sbb aku staff uia tp sbb mmg bagus. 

The way the therapist n audiologist handle hamza mmg buat hati rasa senang sbb derang sabar. Ikutkan aku sndrik tak sabar camtu.

Registeration fee:
Iium staff: rm5
Non iium staff: rm30

Sekali tu je bayar, lepas tu free sampai sudah.

The downside, jauh gile nk mampus kot kuantan tu! So audiologist cadangkan refer hamza ke ukm (bukan hukm ye).

Nnti aku share ukm plak. 


orang kata kite tak menyabar nk anak ckp cepat2. karang kalo dah cakap, tak berhenti. tp kami parents die, kami lebih tahu. aku risau sgt2. 

speech delay adalah tanda besar autisme ok! alhamdulillah, 2therapist kata, tak bukan autism cuma speech delay. alhamdulillah sgt2.

tho hati ibu, aku cukup runsing bila hamza masih tak bercakap lagik. die suka flapping hands, die suke pusing2 mcm helicopter. all the small2 things mmg buat aku risau. last time die susun kereta panjang2. tp sekalik tu je la. bile aku ckp ngn en suami, kiteorg wat experiment, takde lak panjang2.

atau aku terlebih risau? ok. mak mana tak risau woii?

oh ya, hamza dah start therapy kat ukm, setiap hari rabu. br pegi sekali. esok ada lagik. utk ukm, aku share nnti next entry.

da. nk solat pastu amik hamza pastu amik harraz pastu balikk!

No comments:

Post a Comment