Sunday, October 20, 2013

BOOK REVIEW: Love You Mr Arrogant by Aliesha Kirana



Judul: Love You Mr Arrogant
Penulis: Aliesha Kirana
Harga: Rm18


Sinopsis Belakang Buku
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

---------------------------------
Dari kaca mata seorang aku:


jujur. biasa2 saja.


aku baca sebab nk tahu apa pasal org gila2 tgk drama magrib2 tu sambil sengih2 romantik. dan jugak sbb nk tahu nape org sanggup time lunch layan tonton nk tgk cite ni. tp sbb aku mmg tak berapa minat tgk cerita melayu sambung2, aku lebey prefer membaca.


tapi, sayang, xada wow factor yg mampu buat aku kata wahhh best buku ni. 


pasal drama xmo komen sbb mmg xpenah tgk. tp novel, nah... xde pun dialog atau adegan yg mampu buat aku sengih2 sendrik ataupun buat jiwa romantik aku tersentuh.  (ok, aku mmg tak romantik. mengaku.) tp ada beberapa novel yg bila baca, romantik dia tu terkesan dihati. yang mana buat pembaca rasa terbuai2 dan masuk ke dunia watak2 tersebut. seolah2 kita melihat dgn mata kepala sndrik.

ok, get what i mean?



dialog yg sgt mudah, tp xterkesan dihati.



cerita stereotype. paksa kawen ngn keluarga kaya. jatuh cinta ngn suami sndri. mertua jahat ada pilihan sndrik. ah, semua cerita melayu cenggitu. bosan. 



but come on. get real la. kalo aku dipaksa kawen sbb langgar kete. owh xmungkin. insuran kan ada. jgn jadik lembu cucuk idung ikut je. takat langgar bontot. pegi hantar kedai, evaluate the loss. come on, bukan total loss. kalo kate die petik 5k, pegi evaluate, u can easily haggle the price with apek kedai kot. (if tamo gune issurance ko sbb sayang eh?) 

ye ye paham, sbb org tu pakai bmw. dan zahraa pakai myvi. so? come on. pakai myvi kan. kalo dah 5thn pakai pun, aku rasa sum issued ada la dlm 29k. itu aku bercakap dari pengalaman. sbb aku pun pakai myvi.

see what i mean? bukan aku nk condem gile2. tp, aku sedikit frustrated dgn penulis kita. 

please, get real. be realistic. 

berapa ramai teenagers kat luar sana baca novel2 romantik camni dan berangan2 nk jadik cenggitu. mcm duduk dlm dunia sendrik. tak berpijak di bumi yg nyata.

but seriously. biasa2 saja. typical malay romance book. 


nasib baik aku pinjam je xbeli.

maaf cik penulis. aku tak berniat nk condem anda. tp ini dari kacamata aku. seorang pembaca, yg semakin lama semakin lemas dgn cerita2 cinta melayu stereotype yg bersepah2 di pasaran malaysia.

bintang: 1.5

No comments:

Post a Comment