Thursday, October 17, 2013

BOOK REVIEW: Anthem by Hlovate

anthem dah ada di pasaran bulan 5 aritu. wohaaa. aku sgt ignorance sehingga tidak menyedarinya. dan hanya tahu awal bulan aritu. beli sekalik dengan MAGIS

selain RAM, hlovate mmg jadik penulis pilihan aku di malaysia ni. sbb novel dia lain dari yg lain.




Judul: Anthem
Penulis: Hlovate
Harga: RM21.00

Sinopsis Belakang Buku
Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.
Silam:
Westernized.
Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India.

Selepas Silam:
Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. 
Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya. 

Kini:
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak
untuk menjadi dirinya sendiri
tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.



Anthem dari kacamata seorang aku

permulaan yg bosan. serius. sbb byk sgt ulasan pasal music n instruments. sedikit meleret.

aku bukan penggemar music. main instrument langsung la tak reti. dari itu aku rasa, mak aiiii. meleretnyeeee!
dan lee. haih come on. perlu la nk sampai camtu punye dera anak org. tu dah kes ragging tu. 

tp bila masuk selepas silam (2/3 of the book), getting better n better. aku dpt rasa apa yg cuba disampaikan. mcmmana seorng melayu cuba untuk berubah kembali menjadi muslim. mcmmana die gambarkan sukarnya bagi org lain faham yg sebenarnya dia sedang cuba utk berubah.


dalam kan. sgt dalam. cuba selam diri kita sndrik la. tak payah jauh. kita muslim melayu, atau muslim tulen? hah?


sbb banyak sgt salah faham. banyak sgt wujud islam-melayu-adat. dan aku suka bila hlovate masukkan unsur2 ni dalam novel dia. at least, young generation akan realize, yg melayu sekarang banyak islam-adat. bukan islam tulen.

thumbs up hlovate.

bukan novel cinta biasa mcm yg bersepah dekat pasaran malaysia sekarang.

tho bagi aku rooftop rants jugak yg paling best. sgt! pasni aku nk ulang balik baca rooftop rants, for the nth times. like seriously.

owh, lupa, anthem masukkan balik watak trisy rooftop rants. dan biasalah, hlovate mmg cukup suka kaitkan watak2 dalam novel dia. confirm akan ada pahlawan melayu 5 bersahabat tu kan.

4star utk anthem.

No comments:

Post a Comment